![]()
(Mulai 1 April 2005, esastera.com berpindah ke platform baru dan meninggalkan platform CommunityZero (Ramius Corporation, Canada). Maka tulisan tentang esastera.com versi CommunityZero diarkibkan di sini sebagai rujukan sejarah.)
e-sastera: SUATU PENGENALAN
Oleh: Irwan Abu Bakar
Artikel ini mengandungi tiga bahagian:
(A) Pengenalan kepada majalah "e-sastera",
(B) Manual Pengguna untuk e-sastera,
dan
(C) Manual Pengguna untuk perisian
laman web CommunityZero.
(Pada 20.12.2003, "e-sastera" telah dinaiktarafkan ke "e-sastera fasa 2" dengan nama "esastera.com". Namun nama "e-sastera" atau "esastera" masih digunakan.)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(A) PENGENALAN KEPADA MAJALAH e-sastera
(Dikemaskini pada 4.08.2004)
1. Preliminari
(a) e-sastera ialah sebuah majalah elektronik (e-majalah) berbahasa Melayu yang bertindak sebagai wadah untuk ahli-ahlinya menyiarkan karya sastera dan hal-hal lain yang berkaitan dengan sastera dan budaya. Majalah ini mengandungi 13 “ruangan” sastera, dengan setiap ruangan merupakan satu “komuniti” yang dibangun berasaskan kerangka laman web komersial CommunityZero (cz) yang disediakan oleh syarikat Ramius Corporation, Canada. Kekecualian ialah ruangan "Rekod Sastera" dan "Komuniti Teka-Teki" yang dibangunkan berasaskan laman web biasa. Pada mulanya, e-sastera beralamat di http:// www. geocities. com/esastera tetapi pada 28.02.03 telah berpindah ke domain sendiri www.esastera.com).
(b) Di samping 13 ruangan sastera itu, terdapat ruangan perniagaan "Iklan Apas" dan "Beauteous Adverts" yang juga menggunakan laman web sendiri.
(c) Setiap komuniti e-sastera menangani satu genre sastera yang tertentu. Kekecualian ialah komuniti "Berita & Bicara", komuniti "Madah dan Pantun", komuniti "Poets", dan komuniti "Cerpenis" yang masing-masing menangani dua genre yang berlainan.
(d) Komuniti "Teka-Teki" telah ditambahkan kepada e-sastera pada bulan Mulai Mei 2004, . Komuniti ini dipersembahkan melalui laman web sendiri yang dibangunkan oleh sdr Nahrizul Adib dari Jabatan kejuruteraan Bioperubatan, Universiti Malaya.
2. Founder dan Administrator
(a) Orang yang membangunkan sesuatu komuniti berasaskan kerangka laman web cz dinamai “founder” (pengasas) komuniti itu. Beliau mempunyai kuasa untuk membuat kawalan tertentu terhadap perjalanan komuniti yang dibangunkannya. Dalam artikel ini, kata “founder” itu akan digunakan secara langsung dan tidak diterjemahkan ke bahasa Melayu demi mengelakkan kekeliruan. Kata itu akan ditulis dengan huruf pertama huruf besar “Founder” seolah-olah kata nama khas. Semua komuniti dalam e-sastera mempunyai Founder yang sama, iaitu Irwan Abu Bakar. (Username yang digunakannya ialah Drirwan).
(b) Founder juga dapat melantik orang lain sebagai "Administrator" untuk mana-mana komuniti. "Administrator" mempunyai kuasa yang sama seperti Founder terhadap komuniti yang berkenaan kecuali tidak boleh memadamkan komuniti itu.
3. Kandungan dan Alamat
(a) Kandungan e-sastera serta alamat dan deskripsi setiap komuniti yang sepadan ditunjukkan dalam Jadual 1.
(b) Setiap komuniti ada namanya sendiri. Komuniti itu juga mempunyai “alias” (nama ringkas) yang digunakan dalam alamatnya. Setiap komuniti dapat diakses dengan mengklik ikon nama komuniti itu yang tersenarai di halaman entri e-sastera. Komuniti-komuniti itu juga dapat diakses secara langsung dengan pergi terus ke alamat masing-masing komuniti. (Kandungan dalam Jadual 1 sah pada hari ini, 4.08.2004. Hal ini ditegaskan di sini kerana kandungan sesebuah e-majalah dapat diubah dengan serta-merta, tidak seperti kandungan majalah biasa.)
4. Pelancaran
e-sastera telah dilancarkan secara sederhana (soft launching) pada 20 Disember 2002 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
5. Sejarah
(a) e-sastera bermula dengan komuniti “Penyair” yang dibangunkan khusus untuk menjadi wadah penyiaran sajak-sajak secara terbuka dan bebas. Kemudiannya, Founder komuniti itu telah membentuk komuniti “Cerpenis” pula, diikuti oleh komuniti “Magpie” tidak lama selepas itu. Kemudian dibangunkannya pula komuniti “Novelis”. Lalu diikuti komuniti-komuniti lain.
(b) Melalui suatu proses penggabungan yang inovatif, komuniti-komuniti ini telah dirangkaikan untuk menjadi majalah e-sastera. Hal ini dilakukan pada 20.12.2002 sempena pertemuan pertama yang diadakan di Universiti Malaya untuk ahli-ahli komuniti “Penyair”. (Ahli-ahli komuniti “Penyair”, secara kumpulan, dikenali sebagai Komuniti “Penyair” Alam Siber.)
(c) Lanjutan sejarahnya, e-sastera pernah mempunyai komuniti "Fiksyenis" yang menggabungkan genre cerpen dan drama tetapi wujud secara serentak dengan komuniti "Cerpen" dan "Drama" yang berasingan. Akhirnya, komuniti itu ditukarkan kepada komuniti "Resensi". Begitu juga, komuniti Pantun, Madah Pujangga Moden (alias "madah"), Berita Sastera (alias "bersas"), dan Bicara Sastera (alias "birsas") wujud secara berasingan pada mula-mula dibangunkan. Kemudiannya dipasangkan untuk menjadi komuniti "berbicara" dan "mapan" demi mengoptimumkan bilangan komuniti dalam e-sastera. Komuniti berbahasa Inggeris "Poets" pula digabungkan ke dalam komuniti "Magpie" (yang tidak lama selepas itu ditukar kepada nama "Poets", dengan dua ruangan, Magpie dan Neopie). Pada 3.6.03, komuniti "Rekod" yang telah ditutup terdahulu (kerana diganti dengan laman web sendiri) telah ditukar kepada komuniti "Haiku".
6. Akses
(a) Untuk mengakses mana-mana komuniti yang dalam e-sastera (kecuali "Rekod Sastera" dan "Teka-Teki"), anda akan diminta untuk mendaftar sebagai ahli CommunityZero terlebih dahulu. (Syarat ini ialah syarat untuk mengakses mana-mana komuniti yang dibentuk melalui sistem CommunityZero. Kekecualian hanya untuk komuniti yang menyediakan kemudahan "Preview" kepada pelawat. Dalam kes ini, pelawat boleh memilih untuk "Preview" dan masuk ke komuniti tanpa mendaftar sebagai ahli. Namun pelawat yang sedemikian biasanya dihadkan penglibatannya di komuniti itu, misalnya dia tidak boleh menyiarkan apa-apa bahan, hanya membacanya.) Pada masa ini, semua komuniti dalam e-sastera tidak menyediakan kemudahan preview kecuali komuniti "Profil".
(b) Mulai Februari 2004, kebanyakan komuniti dalam e-sastera dikategorikan sebagai "closed". Hal ini bermakna pelayar hanya dapat menjadi ahli setelah memohon dan setelah permohonan itu diluluskan oleh Founder/Administrator. Pihak pengurusan e-sastera menetapakn bahawa permohonan untuk menjadi ahli hanya akan diluluskan setelah pemohon mendaftar sebagi ahli di komuniti "profil" dan menyiarkan biodata lengkapnya di situ. Untuk memudahkan pelayar, komuniti Profil telah dikategorikan sebagai "opened" dan diakses secara bebas.
7. Keahlian CommunityZero (CZ)
(a) CommunityZero menyediakan tiga kategori keahlian, iaitu (i) ahli premium (dinamai juga ahli platinum), (ii) ahli percubaan (trial members), dan (iii) ahli asas percuma (free basic member).
(b) Untuk menjadi AHLI PREMIUM, seseorang itu dikehendaki membeli keahlian daripada pihak cz. Pembelian boleh juga dibuat oleh seseorang ahli dan diperuntukkan (dipindahmilikkan) kepada ahli yang lain. AHLI PERCUBAAN diberikan oleh pihak cz secara percuma kepada sesiapa sahaja yang mendaftar sebagai ahli tetapi sah hanya untuk 30 hari selepas mendaftar. Apabila tamat tempoh 30 hari itu, ahli yang berkenaan secara automatik diubah statusnya kepada AHLI ASAS PERCUMA. Ahli Premium dan Ahli Percubaan boleh membangunkan dan menyertai seberapa banyak komuniti yang disukainya.
(c) Ahli-ahli yang berlainan kategori ini boleh dikenali dengan warna yang menandai nama mereka dalam senarai ahli yang dipaparkan di halaman komuniti. Ahli premium ialah "ahli hijau", ahli asas ialah "ahli kelabu" dan ahli percubaan ialah "ahli kuning".
8. Page Views CZ
(a) Sehubungan dengan komuniti-komuniti cz, wujud suatu konsep yang dinamai “page views” (pandangan muka surat). “Page views” (pv) merujuk kepada pembukaan mana-mana halaman dalam sesuatu komuniti. Apabila anda mengklik mana-mana ikon lalu membuka halaman tertentu dalam komuniti, maka anda telah memanfaatkan (menggunakan) satu pv.
(b) “Page views” (sebenarnya hak untuk membaca mana-mana halaman) boleh dibeli daripada pihak cz oleh Founder sesuatu komuniti sama ada secara bulanan atau tahunan. Harganya bergantung kepada bilangan pv dan tempoh penggunaan, samalah seperti pembelian hak membuat panggilan telefon bagi telefon mobil jenis “prepaid”.
10. Jenis Komuniti CZ
(a) Komuniti-komuniti yang dapat dibentuk dalam CommunityZero terbahagi kepada dua jenis, iaitu “komuniti tajaan Founder” dan “komuniti tajaan ahli".
(b) Komuniti dari jenis Tajaan Founder ialah komuniti yang mempunyai “page views” yang telah dibeli oleh Foundernya. Maka semua ahli yang berdaftar dengan komuniti itu dapat megakses komuniti itu sepenuhnya secara percuma selagi pv yang dibeli itu masih belum habis digunakan.
(c) Bagi komuniti dari jenis Tajaan Ahli, Foundernya tidak membeli sebarang “page views”. Dalam kes ini, hanya “ahli premium cz” dan “ahli percubaan cz” (trial members) sahaja yang dapat mengkases komuniti itu secara sepenuhnya. Ahli dari kategori "ahli asas percuma" (free basic members) hanya dapat membaca halaman “Yang Terkini”, iaitu halaman depan bagi setiap komuniti.
(d) Ahli premium dan ahli percubaan cz mempunyai hak membuka secara percuma mana-mana halaman di mana-mana komuniti yang disertainya. Jika dia membuka halaman komuniti dari jenis Tajaan Founder, dia tidak menggunakan pv yang telah dibeli oleh Founder. Maka kemasukan ahli premium dan ahli percubaan ke mana-mana halaman tidak akan mengurangkan jumlah pv yang telah dibeli oleh Founder.
11. Pada hari ini, semua komuniti dalam e-sastera telah dibayar harga "page views" oleh Founder. Maka semuanya dapat diakses sepenuhnya oleh semua kategori ahli.
Sila rujuk dokumen "e-sastera: Manual Pengguna" untuk mendapatkan maklumat terperinci bagaimana e-sastera diakses.
WAB/22.1.02
|
Jadual 1: Kandungan e-sastera |
||||
| Kandungan | Alamat | Deskripsi | Administrator | |
| 1 | Berita
& Bicara Sastera |
www.communityzero.com/berbicara | Melaporkan kegiatan sastera yang telah dan akan diadakan. Memaparkan perbincangan tetang isu-isu semasa dalam dunia sastera. | Dahrie |
| 2 | Cerpen | www.communityzero.com/cerpenis | Untuk menyiarkan karya cerpen dan cerita rakyat. | Abdullatip |
| 3 | Drama
|
www.communityzero.com/dramatis | Menyiarkan Karya Drama Melayu dan Perbincangan Tentang Drama-Drama Melayu. | |
| 4 | Haiku | www.communityzero.com/haiku | Menyiarkan haiku dalam bahasa Melayu. | damahuM |
| 5 | Komsas
|
www.communityzero.com/komsas | Untuk memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. | Telah dikeluarkan dari esastera kerana tiada sambutan. |
| 6 | Madah & Pantun | www.communityzero.com/mapan | Menyiarkan karya pantun dan madah asli ciptaan ahli. | Tintasukma |
| 7 | Novel | www.communityzero.com/novelis | Untuk menyiarkan karya novel Melayu. | Saleha Ahmad |
| 8 | Poets | www.communityzero.com/poets | Terbahagi kepada dua bahagian. (1) Magpie: Memaparkan versi Inggeris bagi sajak-sajak Melayu bagi tujuan pengantarabangsaan. (2) Neopie: menyiarkan puisi baru dan asli dalam bahasa Inggeris. | Airmas_sz |
| 9 | Profil
|
www.communityzero.com/profil | Memaparkan profil penulis yang aktif berkarya dalam bahasa Melayu di alam siber. Juga peminat sastera di alam siber. (2) Menyiarkan wawancara dengan penulis pilihan. | |
| 10 | Rekod Sastera | www.esastera.com/rekod | Memaparkan pencapian dalam bidang sastera yang merupakan rekod yang belum dicabar. (Tidak menggunakan kerangka CommunityZero.) | |
| 11 | Resensi Buku | www.communityzero.com/resensi | Menyiarkan resensi buku-buku sastera dan resensi filem. | |
| 12 | Sajak | www.communityzero.com/penyair | Memaparkan sajak-sajak Melayu. | |
| 13 | Sajak Jenaka (Sajen) | www.communityzero.com/sajen | Memaparkan sajak-sajak jenaka (sajen). | Arisel Ba |
| 14 |
Teka-Teki |
www.esastera.com/tekateki | Memaparkan teka-teki. Tidak menggunakan kerangka CommunityZero. | |
| 15 | "Iklan Apas" dan "Beauteous Adverts" | www.esastera.com/iklan.htm | Ruangan komersial untuk memaparkan iklan-iklan umum. Tidak menggunakan kerangka CommunityZero. | |
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(B) e-sastera: Manual Pengguna
(Dikemaskini pada 4.08.2004)
1.0 PENDAHULUAN
e-sastera (http://www.esastera.com) ialah sebuah majalah elektronik
(e-majalah) berbahasa Melayu yang menyiarkan hal-hal berkaitan dengan sastera
dan budaya. Majalah ini mengandungi 14 “ruangan”, dengan setiap ruangan (kecuali
3 daripadanya) merupakan satu “komuniti” yang dibangun berasaskan kerangka laman
web komersial CommunityZero (cz) yang disediakan oleh syarikat Ramius
Corporation, Canada. Komuniti-komuniti yang membentuk e-sastera terdiri daripada
13 komuniti sastera dan 1 komuniti perniagaan (iklan). Setiap komuniti sastera
dalam e-sastera menangani satu atau dua aspek sastera yang tertentu.
(Untuk maklumat tentang majalah e-sastera, sila rujuk dokumen "e-sastera: Suatu Pengenalan". Untuk maklumat tentang CommunityZero, sila rujuk dokumen "CommunityZero: Manual Pengguna".)
2.0 PRASYARAT
Untuk mendaftar sebagai ahli CommunityZero, anda perlu ada:
1. Komputer yang tersambung dengan talian Internet.
2. Alamat e-mel.
3.0 LOG IN
1. Buka Internet (misalnya perisian "Internet Explorer"). Anda akan dibawa ke
"Home" yang telah diset untuk komputer anda. Bagi kebanyakan komputer, untuknya
"Home" ialah muka depan yahoo.com.
2. Dari halaman "Home", ada dua cara untuk anda memasuki e-sastera:-
(a) Log-in Cara 1: Dengan pergi ke halaman entri majalah e-sastera di
alamat www.esastera.com. Kemudian gunakan
"drop-down menu".
(b) Log-in Cara 2: Dengan pergi terus ke mana-mana komuniti dalam e-sastera
di alamat www.communityzero.com/alias_komuniti.
3.1 Log-in Ke Halaman Entri e-sastera
1. Di ruang "Address", taipkan alamat yang berikut untuk menggantikan alamat "Home" komputer anda:
http://www.esastera.com/ ATAU http://www.esastera.com/v1
(Alamat pertama ialah alamat versi terkini yang menggunakan "drop-down menu"; alamat kedua ialah alamat versi pertama yang tidak menggunakan "drop-down menu"; kandungan halaman entri di alamat yang kedua kini tidak dikemaskinikan).
Selepas itu tekan "Enter". Anda akan dibawa ke halaman entri majalah e-sastera.
2. Untuk pergi ke komuniti (ruangan) tertentu dalam e-sastera: klik drop-down menu "komuniti" dan kemudian klik ikon yang sepadan dengan ruangan yang anda mahu pergi. Misalnya, klik "Sajak" untuk pergi ke komuniti "Penyair" yang menyiarkan sajak. Anda dicadangkan supaya pergi ke komuniti "Penyair" dahulu (klik "Sajak") kerana komuniti ini ialah komuniti "pusat" dalam e-sastera. Hampir kesemua komuniti lain telah "disekutukan" dengannya. (Perhatian: mulai Februari 2004, kesekutuan ini telah dibatalkan dan anda perlu mendftar sebagai ahli masingh-masing komuniti utnuk menyertainya).
3.2 Cara 2 Untuk 'Log in'
Anda boleh "skip" langkah log-in ke halaman entri majalah e-sastera dan
pergi terus ke "komuniti" (ruangan) yang anda kehendaki. Caranya begini:
1. Dari "Home" di komputer anda, taipkan alamat yang berikut:
http://www.communityzero.com/alias
Tempat yang ditandai dengan "alias" hendaklah ditaipkan alias (nama ringkas) komuniti yang anda kehendaki. Misalnya, jika anda mahu ke komunti "Penyair" (yang aliasnya ialah "penyair"), taipkan alamat yang berikut:
http://www.communityzero.com/penyair
Kemudian, tekan "Enter". Anda akan dibawa terus halaman log-in bagi komuniti yang sepadan.
4.0 Apa Jadi Apabila Anda Log-In Ke Sesuatu Komuniti?
Katalah anda log-in ke komuniti "Penyair", maka akan berlakulah perkara yang
berikut:
4.1 Jika anda bukan ahli cz:
Anda akan diminta mendaftar sebagai ahli CZ dengan mengisi borang yang disediakan.
Kod empat digit: Setelah mendaftar buat pertama kali dengan CommunityZero, pihak CommunityZero akan memberi anda suatu "kod empat angka" yang dihantar kepada anda melalui alamat e-mel yang anda berikan semasa mendaftar sebagai ahli CommunityZero. Anda akan diminta memberikan kod ini untuk masuk ke mana-mana komuniti untuk kali yang pertama. Kod ini anda gunakan SEKALI itu sahaja. Selepas itu, anda disahkan sebagai ahli CommunityZero dan anda boleh masuk semula ke komuniti tadi atau masuk ke mana-mana komuniti lain tanpa diminta memberikan kod itu lagi.
4.2 Jika anda sudah menjadi ahli cz tetapi belum menjadi ahli komuniti
"Penyair":
Klik ikon "Join" di halaman masuk ke komuniti "Penyair". Anda akan diminta
mendaftar sebagai ahli "Penyair". Sila ikut arahan yang diberi oleh perisian.
4.3 Jika anda telahpun menjadi ahli komunti "Penyair":
Sila klik ikon "log in" di halaman masuk ke komuniti. Anda akan diminta
memberikan "username" dan "passsword" SETIAP KALI anda mahu masuk ("log in") ke
komuniti. Selepas "log in", anda akan dibawa ke halaman pertama (halaman "Yang
Terkini") bagi komuniti yang berkenaan.
5.0 Berpindah Dari Satu Komuniti Ke Komuniti Lain
Ada dua cara untuk berpindah dari komuniti ke komuniti yang lain, seperti yang
berikut:
5.1 Guna Kemudahan "Jump To"
Kemudahan "Lompat Ke" ini disediakan oleh CommunityZero sendiri. Ikon yang
berkenaan ada di sudut bawah kiri mana-mana halaman bagi mana-mana komuniti.
Klik ikon itu. Senarai semua komuniti yang telah anda anggotai akan pop keluar.
Klik nama komuniti yang anda kehendaki. Anda akan dibawa ke halaman "Yang
Terkini" (halaman depan) bagi komuniti itu.
5.2 Kembali Ke Muka Depan e-sastera
Kemudahan ini disediakan oleh e-sastera. Di sudut atas kanan halaman "Yang
Terkini" bagi setiap komuniti ada ikon hiperlink "Kembali ke Halaman Depan
e-sastera". Klik ikon ini untuk kembali ke halaman depan e-sastera. Dari
halaman depan itu, anda boleh pergi ke mana-mana komuniti dalam e-sastera.
PERHATIAN: Muali Mei 2004, keahlian memerlukan kelulusan Founder terlebih
dahulu sebelum anda boleh mengambil bahagian. Kekecualian adalah untuk komuniti
"Profil".
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(C) CommunityZero: Manual Pengguna
(Dikemaskini pada 24.05.2004)
1.0 PENGENALAN
1.1 CommunityZero ialah laman web interaktif yang memungkinkan ahli-ahlinya berkomunikasi dan bertukar-tukar maklumat melalui internet di kawasan sendiri (di alam siber) yang terkawal dan selamat. Setiap kawasan itu dinamai "komuniti dalam talian". Komuniti ini boleh dibangunkan oleh sesiapa sahaja yang telah mendaftar sebagai ahli CommunityZero.
1.2 Di setiap komuniti, para perserta dapat mengakses pelbagai alat yang memungkinkan sesuatu kumpulan berorganisasi, berkongsi pengetahuan, dan berkomunikasi secara berkesan.
1.3 CommmunityZero ialah produk yang dimiliki dan dipasarkan oleh syarikat Ramius Corporation, Canada.
2.0 CARA MENGAKSES COMMUNITYZERO
PERINGATAN PENTING: Sebelum memohon menjadi ahli CommunityZero, pastikan anda mempunyai alamat e-mel yang aktif. CommunityZero mensyaratkan hal ini kerana "kod masuk" ke komuniti akan dihantar ke alamat e-mel anda itu. Anda perlukan kod ini untuk memasuki komuniti buat pertama kali.
2.1 Untuk mengakses CommunityZero, taipkan alamat yang berikut di panel "address" halaman internet di skrin anda:
http://www.communityzero.com/
2.2 Setelah mengaktifkan alamat tersebut, anda akan dibawa ke halaman depan bagi laman CommunityZero (dinamai halaman "My Communities").
2.3 Jika anda masih belum menjadi ahli CommunityZero: perhatikan ikon "Sign up now" di sudut kanan bawah halaman itu. Untuk mendaftar sebagai ahli CommunityZero, klik ikon ini. Anda akan dibawa ke halaman untuk mendaftar sebagai ahli. Halaman ini dinamai halaman "Signing Up!". Di halaman ini ada borang pendaftaran untuk menjadi ahli. Isikan borang ini. Di hujung borang ini, ada ikon "Join CommunityZero". Klik ikon ini setelah borang lengkap diisi.
2.4 CommunityZero akan menghantar kod empat angka ke alamat emel yang anda berikan semasa mendaftar. Ambil kod ini dan gunakan untuk memasuki mana-mana komuniti buat kali pertama sahaja.
AMARAN: Jangan lupa apakah "username" dan "password" anda.
2.5 Jika anda seorang ahli CommunityZero, anda boleh memasuki atau memohon untuk memasuki mana-mana komuniti dari halaman depan CommunityZero ini.
3.0 TIGA KATEGORI KEAHLIAN COMMUNITYZERO
3.1 CommunityZero menyediakan tiga kategori keahlian: ahli percubaan (trial member), ahli biasa (basic member), dan ahli premium (dinamai ahli platinum).
3.2 Ahli percubaan diberikan secara percuma oleh CommunityZero apabila anda mula-mula mendaftar sebagai ahli CommunityZero. Namun tempoh keahlian ini hanyalah untuk satu bulan. Selepas itu status keahlian akan ditukarkan secara automatik kepada ahli biasa. Ahli percubaan boleh memasuki komuniti dan menubuhkan komuniti secara percuma.
3.3 Ahli biasa diberikan secara percuma. Ahli biasa hanya boleh menyertai dan mengakses komuntiti-komuniti yang dibayar oleh Founder (iaitu Founder membeli sebilangan "page views" atau hak untuk membuka sebilangan halaman). Apabila memasuki mana-mana komuniti, ahli biasa menggunakan "page views" yang telah dibeli oleh Founder. Apabila "page views" habis digunakan, ahli biasa tidak boleh memasuki komuniti itu lagi sehinggalah Founder membeli "page view" tambahan.
3.3 Keahlian premium perlu dibeli daripada pihak CommunityZero secara tahunan. Ahli platinum boleh memasuki komuniti dan menubuhkan komuniti secara percuma. (Keahlian platinm CommunityZero boleh dibeli melalui Founder esastera.com dengan harga RM125.00 untuk setahun keahlian).
TAMAT