Visi, Misi, dan Moto

INGAT: masa depan sastera anda berada di esastera.com

Pengurusan

Keahlian

Pengenalan dan Manual Pengguna


Pemilik:

eSastera Enterprise

 


 

Visi

Menjadi agen utama dalam memperkasa dan mengantarabangsakan sastera Melayu di internet serta membangunkan karya dan penulis bertaraf Hadiah Nobel.

Misi

-Untuk membangunkan karya dan penulis sastera Melayu yang berkualiti Hadiah Nobel.

-Untuk menerbitkan produk bermutu dalam bentuk konvensional daripada karya-karya di internet.

-Untuk menjana pendapatan bagi mempromosi karya dan penulis esastera.com ke peringkat nasional dan internasional.

-Untuk menjadi wadah berkarya, bertemu, dan berinteraksi bagi penulis dari semua generasi, profesi, dan lokasi.

-Untuk menjadi media penerbitan yang berwibawa dan bertaraf dunia.

-Untuk menjadi lama web yang popular di kalangan pengguna internet dan menarik mereka daripada melawat laman-laman yang tidak bermanfaat atau merosakkan.

-Untuk menjadi ruang pendidikan bagi penulis baru.

-Untuk menerbitkan di internet karya terjemahan bagi karya sastera berbahasa Melayu.

Moto

(1) ...dan ke arah memenangi Hadiah Nobel.

(2) Masa depan sastera anda berada di esastera.com

Logo


 



 

Pengasas Pengasas Bersama
Irwan Abu Bakar
 
Hasimah Harun
 

Administrator

Dahrie
Berbicara
 
Abdullatip
Cerpenis
 

Amir Mukhriz
Resensi
(Mulai Jan 05); Dramatis (hingga Dec 04)
Damahum
Haiku
(hingga Disember 2004)
Tintasukma
Pantun (mulai 10.10.05)Mapan (hingga 10.10.05)
Alaieffa
Mapan (Jan-Apr 04)
Saleha
Novelis
Airmas_SZ
Poets
Fahd Razy
Profil
 
Kablam22 Kablam22
Dramatis (Mulai Jan 05)Resensi (hingga Dec 04).
Arisel BA
Sajen
(hingga Sept 05)
Lelahiro
Haiku
(
dari januari 2005)
Nimoiz T.Y
Teka-Teki
As Syramy
Cerita Rakyat
Hafez Iftiqar
Sastera Sains
Hasimah Harun
Sajak Jenaka (Sajen) (Mulai September 05)
Anbakri
Madah
 
Webmaster
Wan Dinie Ashrafi


 

KEAHLIAN
(Dikemaskinikan pad 31.08.2005)

Ahli Kehormat Kriteria pemilihan untuk menjadi Ahli Kehormat esastera.com adalah seperti yang berikut:

Individu yang telah memberi galakan dan sokongan yang bermakna terhadap perkembangan sastera Melayu di alam siber. Keahlian melalui undangan oleh Pengurusan Esastera Enterprise atau Pengurusan eSastera.com.


Keistimewaan dan kelebihan menjadi Ahli Kehormat:
(1) Sijil keahlian.
(2) Laman web peribadi percuma di esastera.com.
(3) Keistimewaan-keistimewaan lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.
ES0 001. SN Datuk A. Samad Said (mulai 02/04).

ES0 002. T. Alias Taib (mulai 08/04). Meninggal dunia 17.08.84.

Ahli Pengasas Pengasas dan Pengasas Bersama portal e-sastera.com ES1 001 Irwan Abu Bakar

ES1 002 Hasimah Harun

Ahli Pengurusan (1) Administrator atau bekas Administrator mana-mana komuniti dalam Esastera.

(2) Telah mendapat 3 bintang di komuniti Profil.

 

ES2 xxx

 

Ahli Platinum:

Kriteria pemilihan untuk menjadi Ahli Platinum esastera adalah seperti yang berikut:

(1) Telah menyertai esastera dengan aktif selama tidak kurang daripada 12 bulan,
(2) Telah menyiarkan tidak kurang daripada 50 buah karya dalam sekurang-kurangnya 3 genre di esastera, dan
(3) Telah mendapat 3 bintang di komuniti Profil.

Keistimewaan dan kelebihan menjadi Ahli Platinum akan ditentukan dari semasa ke semasa.

Keahlian melalui pelawaan daripada Founder, cadangan ahli, atau permohonan sendiri dan akan diputuskan oleh Pengurusan Esastera Enterprise atau Pengurusan eSastera.com.

ES3 xxx. Masih dalam proses pelantikan.
Ahli Premium:

Kriteria pemilihan untuk menjadi Ahli Premium esastera adalah seperti yang berikut:

(1) Telah menyertai esastera dengan aktif selama tidak kurang daripada 3 bulan,
(2) Telah mendapat 3 bintang di komuniti Profil.

Keistimewaan dan kelebihan menjadi Ahli Premium akan ditentukan dari semasa ke semasa.

Keahlian melalui pelawaan daripada Founder, cadangan ahli, atau permohonan sendiri dan akan diputuskan oleh Pengurusan Esastera Enterprise atau Pengurusan eSastera.com.

 

ES4 xxx.
Ahli Rasmi: (1) telah mendapat 3 bintang di komuniti Profil.  
Ahli esastera.com: Sesiapa yang mendaftar untuk menyertai mana-mana komuniti dalam esatera.com secara automatik menjadi ahli esastera.com.  

 


 ARKIB  (versi terdahulu)

e-sastera: SUATU PENGENALAN

Oleh: Irwan Abu Bakar
31.04.2005

Artikel ini ditulis semula sempena perpindahan esastera.com ke platform (perisian) sendiri pada 1.4.2005 yang menuntut penerangan baru tentang beberapa aspek makalah ini.

Artikel ini mengandungi dua bahagian:
(A) Pengenalan kepada majalah "e-sastera" dan
(B) Manual Pengguna untuk e-sastera

(Pada 20.12.2003, "e-sastera" telah dinaiktarafkan ke "e-sastera fasa 2" dengan nama "esastera.com".  Namun nama "e-sastera" atau "esastera" masih digunakan. Mulai 1.4.2005, esastera.com menggunakan platform baru dengan mengekalkan nama esastera.com atau e-sastera.)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(A) PENGENALAN KEPADA MAJALAH e-sastera

(Dikemaskini pada 21.11.2005)

1. Preliminari

(a) e-sastera ialah sebuah majalah elektronik (e-majalah) berbahasa Melayu yang bertindak sebagai wadah untuk ahli-ahlinya menyiarkan karya sastera dan hal-hal lain yang berkaitan dengan sastera dan budaya. Majalah ini mengandungi 15 “ruangan” sastera, dengan setiap ruangan merupakan satu “komuniti” yang dibentuk oleh perisian yang dibangunkan khas untuknya.

(b) Pada mulanya, e-sastera beralamat di http:// www. geocities. com/esastera tetapi pada 28.02.03 telah berpindah ke domain sendiri www.e-sastera.com (dan domain sampingan www.esastera.com).   Mulai 20.11.05, laman ini menggunakan empat domain sampingan lagi, iaitu www.e-sastra.com, www.esastra.com, www.cybersastera.com, dan www.cybersastera.net

(c) Di samping 15 ruangan (komuniti) sastera, terdapat pula ruangan berbentuk informasi "Rekod Sastera" serta ruangan perniagaan "Iklan Apas" dan "Beauteous Adverts".

(d) Setiap komuniti e-sastera menangani satu genre sastera yang tertentu. Kekecualian ialah beberapa komuniti seperti komuniti "Berita & Bicara", komuniti "Poets", komuniti "Cerpenis" dll yang masing-masing menangani dua atau lebih genre yang berlainan.

(e) Komuniti-komuniti dalam esastera.com pada mulanya dibentuk dengan menggunkan perisian komersial CommunityZero dari Ramius Corporation, Canada tetapi telah berpindah ke platform sendiri pada akhir bulan Mac 2005.

2. Pengasas dan Administrator

(a) Orang yang membangunkan sesuatu komuniti berasaskan kerangka laman web CommunityZero dinamai “Founder” bagi komuniti itu. Beliau mempunyai kuasa untuk membuat kawalan tertentu terhadap perjalanan komuniti yang dibangunkannya. Dalam artikel ini, kata “Founder”  itu akan digunakan secara langsung. Kata itu akan ditulis dengan huruf pertama huruf besar “Founder” seolah-olah kata nama khas. Versi bahasa Melayunya yang akan diterima pakai di sini ialah "Pengasas". Semua komuniti dalam e-sastera mempunyai Pengasas yang sama, iaitu Irwan Abu Bakar. (Username yang digunakannya ialah drirwan). Istilah-istilah yang sama telah diterima pakai apabila e-sastera meninggalkan platform CommunityZero dan berpindah ke platform sendiri.

(b) Pengasas juga dapat melantik orang lain sebagai "Administrator" untuk mana-mana komuniti.  "Administrator" mempunyai kuasa yang sama dengan Pengasas tetapi terhad kepada komuniti yang di bawah pentadbirannya sahaja.

3. Kandungan dan Alamat

(a) Kandungan e-sastera serta alamat dan deskripsi setiap komuniti yang sepadan ditunjukkan dalam Jadual 1.

(b) Setiap komuniti ada namanya sendiri. Komuniti itu juga mempunyai “alias” (nama ringkas) yang digunakan dalam alamatnya. Setiap komuniti dapat diakses dengan mengklik ikon nama komuniti itu yang tersenarai di halaman entri e-sastera. Komuniti-komuniti itu juga dapat diakses secara langsung dengan pergi terus ke alamat masing-masing komuniti.

(Kandungan dalam Jadual 1 sah pada hari ini, 21.11.2005. Hal ini ditegaskan di sini kerana kandungan sesebuah e-majalah dapat diubah dengan serta-merta, tidak seperti kandungan majalah konvensional.)

4. Pelancaran

(a) e-sastera telah dilancarkan secara sederhana (soft launching) pada 20 Disember 2002 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur oleh Pengasasnyanya, Irwan Abu Bakar.

(b) Pelancaran platform baru e-sastera.com telah dilaksanakan di Kota Bharu, Kelantan oleh YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim sempena majlis Baca Puisi E-sastera.com pada 10 Jun 2005.

5. Sejarah

(a) e-sastera bermula dengan komuniti “Penyair” yang dibangunkan khusus untuk menjadi wadah penyiaran sajak-sajak secara terbuka dan bebas. Kemudiannya, Founder komuniti itu telah membentuk komuniti “Cerpenis” pula, diikuti oleh komuniti “Magpie” tidak lama selepas itu. Kemudian dibangunkannya pula komuniti “Novelis”. Lalu diikuti komuniti-komuniti lain.

(b) Melalui suatu proses penggabungan yang inovatif, komuniti-komuniti ini telah dirangkaikan untuk menjadi majalah e-sastera. Hal ini dilakukan pada 20.12.2002 sempena pertemuan pertama yang diadakan di Universiti Malaya untuk ahli-ahli komuniti “Penyair”. (Ahli-ahli komuniti “Penyair”, secara kumpulan, dikenali sebagai Komuniti “Penyair” Alam Siber.)

(c) Lanjutan sejarahnya, e-sastera pernah mempunyai komuniti "Fiksyenis" yang menggabungkan genre cerpen dan drama tetapi wujud secara serentak dengan komuniti "Cerpen" dan "Drama" yang berasingan. Akhirnya, komuniti itu ditukarkan kepada komuniti "Resensi". Begitu juga, komuniti Pantun, Madah Pujangga Moden (alias "madah"), Berita Sastera (alias "bersas"), dan Bicara Sastera (alias "birsas") wujud secara berasingan pada mula-mula dibangunkan. Kemudiannya dipasangkan untuk menjadi komuniti "berbicara" dan "mapan" demi mengoptimumkan bilangan komuniti dalam e-sastera. Komuniti berbahasa Inggeris "Poets" pula digabungkan ke dalam komuniti "Magpie" (yang tidak lama selepas itu ditukar kepada nama "Poets", dengan dua ruangan, Magpie dan Neopie). Pada 3.6.03, komuniti "Rekod" yang telah ditutup terdahulu (kerana diganti dengan laman web sendiri) telah ditukar kepada komuniti "Haiku".

(d) Komuniti "Cerita Rakyat" dan "Sastera Sains" dibangunkan pada 8 Oktober 2005.

(e) Pada 10.10.2005, komuniti "Mapan" dibekukan dan digantikan dengan dua komuniti baru, "Madah" dan "Pantun".

6. Akses

(a) Untuk mengakses mana-mana komuniti yang dalam e-sastera, anda akan diminta untuk mendaftar sebagai ahli esastera.com terlebih dahulu. Pendaftaran dapat dilakukan di laman entri salah satu komuniti.

(b) Sila rujuk dokumen "e-sastera: Manual Pengguna" untuk mendapatkan maklumat terperinci bagaimana e-sastera diakses.

7. Keahlian eSastera.com

(a) Esastera.com menyediakan tujuh kategori keahlian, iaitu (i) ahli kehormat, (ii) ahli pengasas, (iii) ahli pengurusan, (iv) ahli platinum, (v) ahli premier, (vi) ahli rasmi, dan (vii) ahli esastera.com.  Deskripsi keahlian diberi di atas.

 

WAB/22.1.02 kk. 6.04.05 kk. 2.10.05 kk. 27.10.05 kk.21.11.05

Jadual 1: Kandungan e-sastera

  Kandungan Alamat Deskripsi Administrator
1 Berita & Bicara
Sastera
www.esastera.com/berbicara Melaporkan kegiatan sastera yang telah dan akan diadakan. Memaparkan perbincangan tetang isu-isu semasa dalam dunia sastera. Dahrie
2 Cerpen www.esastera.com/cerpenis Untuk menyiarkan karya cerpen dan cerita rakyat. Abdullatip
3 Drama
 
www.esastera.com/dramatis Menyiarkan Karya Drama Melayu dan Perbincangan Tentang Drama-Drama Melayu. Kablam22
4 Haiku www.esastra.com/haiku Menyiarkan haiku, tanka, dan senyru  dalam bahasa Melayu. Lelahiro
5 Komsas
 
www.communityzero.com/komsas Untuk memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. Telah dikeluarkan dari esastera kerana tidak mendapat  sambutan.
6 Madah & Pantun www.esastera.com/mapan Menyiarkan karya pantun dan madah asli ciptaan ahli. Telah dibekukan dan digantikan dengan "Madah" dan "Pantun".
 
7 Novel www.esastera.com/novelis Untuk menyiarkan karya novel Melayu. Saleha Ahmad
8 Poets www.esastera.com/poets Terbahagi kepada dua bahagian. (1) Magpie: Memaparkan versi Inggeris bagi sajak-sajak Melayu bagi tujuan pengantarabangsaan. (2) Neopie: menyiarkan puisi baru dan asli dalam bahasa Inggeris. Airmas_sz
9 Profil

 
www.esastera.com/profil Memaparkan profil penulis yang aktif berkarya dalam bahasa Melayu di alam siber. Juga peminat sastera di alam siber. (2) Menyiarkan wawancara dengan penulis pilihan. FahdRazy
10 Rekod Sastera www.esastera.com/rekod Memaparkan pencapian dalam bidang sastera yang merupakan rekod yang belum dicabar. (Tidak menggunakan kerangka "komuniti").  
11 Resensi Buku www.esastera.com/resensi Menyiarkan resensi buku-buku sastera dan resensi filem. Amir Mukhriz
12 Sajak www.esastera.com/penyair Memaparkan sajak-sajak Melayu. Irwan Abu Bakar
13 Sajak Jenaka (Sajen) www.esastera.com/sajen Memaparkan sajak-sajak jenaka (sajen). Hasimah Harun
14 Teka-Teki
 
www.esastera.com/tekateki Memaparkan teka-teki. Nimoiz T.Y
15 Cerita Rakyat www.esastera.com/ceritarakyat Memaparkan cerita rakyat dan cerita kanak--kanak As Syramy
16 Sastera Sains www.esastera.com/sains Memaparkan cereka sains, puisi sains, dan isu-isiu sains. Hafez Iftiqar
17 Madah www.esastera.com/madah Memaparkan madah baru dan madah cuplikan. Mulai 21.2.06, menyiarkan madah jenaka (majen). Anbakri
18 Pantun www.esastera.com/pantun Memaparkan pantun ciptaan ahli. Tintasukma
15 "Iklan Apas" dan "Beauteous Adverts" www.esastera.com/iklan Ruangan komersial untuk memaparkan iklan-iklan umum. (Tidak menggunakan kerangka "komuniti").  

 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(B) e-sastera: Manual Pengguna

(Dikemaskini pada 5.03.2006)

1.0 PENDAHULUAN

e-sastera
(http://www.esastera.com) ialah sebuah majalah elektronik (e-majalah) berbahasa Melayu yang menyiarkan hal-hal berkaitan dengan sastera dan budaya. Majalah ini mengandungi 15 “ruangan” (atau “komuniti”) sastera.  Setiap komuniti sastera dalam e-sastera menangani satu hingga tiga genre sastera yang tertentu.

(Untuk maklumat tentang majalah e-sastera, sila rujuk dokumen "e-sastera: Suatu Pengenalan".)

2.0 PRASYARAT

Untuk mendaftar sebagai ahli eSastera.com, anda perlu ada:
1. Komputer yang tersambung dengan talian Internet.
2. Alamat e-mel.

3.0 LOG-IN KE KOMUNITI

1. Buka Internet (misalnya perisian "Internet Explorer"). Anda akan dibawa ke "Home" yang telah diset untuk komputer anda.

2. Dari halaman "Home", ada dua cara untuk anda memasuki komuniti-komuniti e-sastera:

(a) Log-in Cara 1: Dengan pergi ke halaman entri majalah e-sastera di alamat www.esastera.com. Kemudian klik ikon "Komuniti".

(b) Log-in Cara 2: Dengan pergi terus ke mana-mana komuniti dalam e-sastera di alamat www.esastera.com/nama_komuniti.

3.1 Log-in Ke Halaman Entri e-sastera

1. Di ruang "Address", taipkan alamat yang berikut untuk menggantikan alamat "Home" komputer anda:

http://www.esastera.com/

Anda juga boleh menggunakan domain alternatif www.e-sastera.com, www.esastra.com, www.e-sastra.com, www.cybersastera.com, atau www.cybersastera.net.

Selepas itu tekan "Enter". Anda akan dibawa ke halaman entri majalah e-sastera.

2. Untuk pergi ke komuniti (ruangan) tertentu dalam e-sastera:

Klik ikon "Masuk Komuniti".  Anda akan dibawa ke laman log-in komuniti "Penyair". (Alternatifnya, anda boleh juga klik ikon "Enter (Poets)" dan anda akan dibawa ke laman log-in komuniti "Poets".)

Katalah and klik ikon "Komuniti".  Anda dibawa ke laman log-in komuniti "Penyair".

Di laman log-in itu, anda boleh log-in dan masuk ke komuniti "Penyair".  Dari dalam komuniti "Penyair", anda boleh pindah ke komuniti-komuniti yang lain.

Dari laman log-in "Penyair", anda boleh juga pindah ke laman log-in komuniti lain dan kemudiannya log-in terus ke komuniti yang berkenaan.

3.2 Cara 2 Untuk 'Log in'

Anda boleh "skip" langkah log-in ke halaman entri majalah e-sastera dan pergi terus ke "komuniti" (ruangan) yang anda kehendaki. Caranya begini:

1. Dari "Home" di komputer anda, taipkan alamat yang berikut:

http://www.esastera.com/nama_komuniti

Tempat yang ditandai dengan "nama_komuniti" hendaklah ditaipkan nama ringkas komuniti yang anda kehendaki. Misalnya, jika anda mahu ke komunti "Sajak Jenaka" (yang nama ringkasnya ialah "sajen"), taipkan alamat yang berikut:

http://www.esastera.com/sajen

Kemudian, tekan "Enter". Anda akan dibawa terus halaman log-in bagi komuniti yang sepadan.

4.0 APA JADI APABILA ANDA MASUK KE LAMAN LOG-IN KE SESUATU KOMUNITI?

Katalah anda log-in ke laman log-in komuniti "Penyair", maka akan berlakulah perkara yang berikut:

4.1 Jika anda BUKAN ahli esastera.com:

Anda perlu mendaftar sebagai ahli dengan mengisi borang yang disediakan.  Hal ini anda lakukan dengan menklik ikon "daftar" di laman log-in bagi mana-mana komuniti.  Selepas itu, anda disahkan sebagai ahli esastera.com dan anda boleh masuk semula ke komuniti tadi atau masuk ke mana-mana komuniti lain dalam esastera.com.

4.2 Jika anda sudah mendafatar sebagai ahli esastera.com:

Anda boleh log-in terus ke komuniti berkenaan dengan menaipkan username dan password anda.

5.0 BERPINDAH KOMUNITI

Ada dua cara untuk berpindah dari suatu komuniti ke suatu komuniti yang lain, seperti yang berikut:

5.1 Guna Kemudahan "Pindah Komuniti"

Kemudahan "Pindah Komuniti" ini disediakan demi memudahkan pergerakan anda. Ikon yang berkenaan ada di sudut bawah kiri mana-mana halaman bagi mana-mana komuniti. Klik ikon itu. Senarai semua komuniti akan pop keluar. Klik nama komuniti yang anda kehendaki. Anda akan dibawa ke halaman "Yang Terkini" (halaman depan) bagi komuniti itu.

5.2 Kembali Ke Muka Depan e-sastera

Di lajur kiri halaman setiap komuniti ada ikon hiperlink "esastera.com". Klik ikon ini untuk kembali ke halaman entri e-sastera. Dari halaman entri itu, anda boleh pergi ke laman log-in komuniti "Penyair" atau "Poets".

 

TAMAT