|
haiku
RINDU ISTERI
Jumpa isteri
sejak pagi kurindu
alam bernyanyi.
Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur, 2.07.03
--------------
pantun
PANTUN SETIA KASIHKU

Buah ciku lebat di pangkal;
Buatmu cintaku hebat dan kekal.
Kulit peringat
dibuat jamu
Buah lada sama dicincang;
Apabila diingat mula bertemu
Debar di dada semakin kencang.
Pohon sagu si pohon duku,
Bersebelah pula pohon kuini,
Pohon kuini berbuah rendah;
Jangan diragu setia kasihku,
Bagaimana mula begitulah kini,
Bagaimana kini begitulah sudah.
Dahan
mulberi dirayap dedalu,
Pucuk muda mencecah awan,
Rantingnya masih bergoyang-goyang,
Dihinggap di pangkal dek burung balam;
Hari ke hari masa berlalu,
Padamu dinda makin tertawan,
Hati yang kasih bertambah sayang,
Tak sanggup kutinggal walau semalam.
Burung tempua terbang melayang,
hinggap pada reranting lada,
singgah di situ menghirup madu,
ditimpa hujan bulunya basah,
duduk menanti suria menjelma;
sejak bersua denganmu sayang,
debar di dada tak pernah reda,
setiap waktu hati merindu,
apabila berjauhan rasa gelisah,
hidup mati mahu bersama.
[Lagi...]
---------------
|

MENUAI RINDU
(Buat Hasimah atas hari lahir ke-45 pada
6.11.2003)
Di
antara kita sentiasa terbentang
luas dusun rindu
tempat kusemai jambangan hasrat
tempat kusemai benih kehidupan.
Di
antara kita sentiasa terbentang
luas dusun rindu
tempat kupetik manis duniawi
tempat kupetik makna berkasih.
Di
antara kita sentiasa terbentang
luas dusun rindu
tempat kutuai ranuman cinta
tempat kutuai belaian setia.
Di
antara kita sentiasa terbentang
luas dusun rindu
walau sesaat tidak berpisah.
Di
antara kita sentiasa terbentang
luas dusun rindu
biar berkekalan ke nadi akhir
bisa dituai berdua kita
bisa dituai di alam muka.
"Aku
rindu padamu, sayang."
Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur, 6.11.2003
|
PUISI
MENANG SAYEMBARA (II)
Dia
melangkah ke dalam hidupku
berbentuk puisi yang memenangi sayembara
gemuruh tepukan, berjuta sanjungan.
Selesai
sorak-sorai, dia kuakrabi
mantap tatabahasanya di mana-mana
tidak ada kelemahan diksi
tidak
ada metafora dan simili yang lari.
Dia
puisi yang sempurna
kutatang kujulang seperti selayaknya
kepuisianku tidak setaranya
belum pun pernah memenangi hadiah.
Bersama
kami kenduri puisi
menyuap nahu, menyudu diksi, menghirup metafora dan simili
dalam keseronokan hidup penyair.
irwan abu
bakar
kuala lumpur, 21.12.2003
|
|
|
sajak
TAJ MAHAL KATA (2)

Dalam dingin November Agra
di bawah bayangan damai taj mahal putih
kaupinta kubina sebuah taj mahal
daripada patah-patah kata
sebagai lambang cinta.
Hari ini, kekasihku
kuhadiahkan kepadamu
sebuah wisma puisi
segar di dalamnya bebunga kata
sebagai lambang cinta.
Kuala Lumpur, Dis. 1998/30
Jun 2003 |
Tajmahal Kata Ini Kubina
Tajmahal kata ini kubina
dengan komponen pelbagai genre pelbagai tamadun
tiang serinya sajak melayu
dindingnya pantun
kubahnya madah
lantainya syair
taman jepunnya haiku dan tanka.IRWAN ABU
BAKAR
Kuala Lumpur, 4 Jul 2003
|
|
KANDUNGAN : |
| Sajak : Taj Mahal Kata (2) |
|
Haiku : Rindu Isteri |
|
Sajak: Sekuntum Mawar Buat Cikgu |
|
Sajak : Kusunting Mawar |
|
Sajak: Menuai Rindu |
|
Sajak: Puisi Menang Sayembara (II) |
| Madah :
Pasangan Bahagia |
|
Pantun : Pantun Setia Kasihku |
| Syair :
Cintaku Padamu |
| Jurnal : |
 Hari Perkahwinan WAB+HH,
24.04.1980 sajak
Kusunting Mawar

Apabila kusunting mawar
kusunting wanginya bersama durinya
bercintalah aku dengan wangi dan duri
sekala khayal mengendus sekala bisa tercucuk
dalam maksyuk dan rajuk
kebahagiaan dunia.
---------------
SYAIR CINTAKU PADAMU
Dengarlah puan saya berperi
kisah cintaku di sanubari
makin bertambah setiap hari
padamu dinda wanita bestari.
Semakin pandang semakin cantik
walau dirimu dah lama kupetik
tak pernah jemu walau sedetik
kasih tak susut walau setitik.
[Lagi...] |
Madah : Pasangan Bahagia
Kita pasangan yang sedang bahagia berkasih sayang. Tidak ada kecil hati
dan dendam. Yang ada cuma rindu dan cemburu. Dan takut diganggu.
-SMS WAB kpd Hasimah, 17.12.03, 10:40:10 am. |
|