CERPEN BERSIRI 1

TAJUK: CALAR

Episod 1

Dia melangkah longlai menuruni tangga balai polis itu.  Laporan polis yang baru dibuatnya itu tidak direlainya.  Kini dia jadi keliru. Macam menyesal.

 Oleh: Irwan Abu Bakar, 20.11.2004.
Telah di-SMS kepada amirMukhriz pd 3:08pm 21-11-2004
dan Nimoiz T.Y pada 3:29pm 21-11-04.

Episod 2 "Argh..." jiwanya bekecamuk.  Matanya kelik pah kelik pah. Pejam celik, pejam celik. 

"Saudara," Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang.

"Erk..."

                                                                   Sender: Nimoiz +6012xxxxxxx
                                                                   Sent 15:40:13  21-11-2004

Episod 3

"Saudara tertinggal i.c," kata sarjan mejar berkumis lentik itu.

Dia menyambut kad pengenalan yang disua.  Sarjan mejar itu menghadiahkan senyuman.  Dia membalas hambar.  Kembali dia menuruni tangga.  Ibunya yang turun dahulu sudahpun di luar bangunan.  Ibunya sugul sahaja.  Entahkan marah, entahkan  kecewa, atau mungkin juga simpati.  Dilihatnya dunia nan luas menyempit.  Dalam kerancuan fikir, wajah Ayah Long sekali lagi terlakar di kanvas minda.  Binatang!!!

Sender: Amir Mukhriz +6019xxxxxx
Sent 18:28:39  21-11-2004

Episod 4

Tekaknya rasa kering.  Sampai ke anak tangga terakhir, dia memandang ke seberang jalan.  Terdapat sebuah kedai makan di situ.  Orang tidak ramai di dalamnya. Dia mengatur langkah ke tepi jalan yang begitu sibuk ketika itu.  Setelah memastikan keadaan selamat, dia menyeberangi jalan raya. Perlahan dan seolah-olah tidak bermaya.

Sender: Saleha Ahmad +6012xxxxxxx
Sent 20:10:05  21-11-2004

Episod 5

Setelah melabuhkan punggungnya, dia order teh tarik.

"Encik, ini tehnya."  Suara yang merencatkan lamunannya.  Tika teh dihirupnya, matanya terpandang satu kelibat.  Kelibat manusia yang amat biasa baginya. 

"Ayah Long?  Tidakkk!"

                                                                   Sender: Ramy +6013xxxxxxx
                                                                   Sent 10:47:52  22-11-2004

Episod 6

Perasaan amarahnya yang hampir hilang tadi, muncul kembali.  Segala perbuatan Ayah Long tidak akan luntur dari kamar fikirannya.  Dia bingkas bangun persis harimau ketemu mangsanya.  "Dendam tetap dendam," hatinya semakin dikuasai jiwa muda yang memberontak.

"Terima kasih, Ayah Long..."

                                                                   Sender: flower 44- +6016233421
                                                                   Sent 00:23:42  27-11-2004

Episod 7

Itulah ayat pertama yang diucapnya kepada Ayah Long sejurus menaiki kereta.

Hujan lebat.  Dari tempat turun bas ke rumah, kira-kira dua kilometer.  Pelawaan Ayah Long sukar ditolak.  Lagipun Ayah Long bukan orang asing dengan keluarganya.  Tidak terlintas dia Ayah Long akan buat yang bukan-bukan.  Eh, dia 'kan jantan macam Ayah Long juga!  Tambahan Ayah Long orang penting kampung, orang penting parti, orang kuat YB.  Tapi... petang itu, petang jahanam itu... Sebetulnya lucu, petang yang lucu itu...

Sender: Amir Mukhriz +6019xxxxxxx
Sent 02:36:54  27-11-2004

Episod 8 "Ijai, calarlah."

"Apa yang calarnya, Ayah Long?"

"Ini, hah, calar."

"Eh, Ayah Long, hati-hati bawa kereta tu. Apa yang calarnya?"

"Ini."

"Apa?"

"Ini."

"Haah!!!"

Sender: Amir Mukhriz +6019xxxxxxx
Sent 14:45:26  10-12-2004

Episod 9 Langkah diatur menuju ke meja Ayah Long.  Pandangannya dikaburi motor kapcainya yang remuk.  Itu motor kesayangan!!!  Mujur adiknya di atas motor itu cedera ringan.  "Buatlah laporan polis, kau boleh tuntut insurans," nasihat bapanya.  Imej motor kapcainya hadir lagi.  Dia panas... jarak Ayah Long hanya beberapa sm! Tangan diangkat...

Sender: Amir Mukhriz +6019xxxxxxx
Sent 17:19:24  01-01-2005

Episod 10 Dia lantas memecahkan ketawa besar.  Tangan kiri menahan perut dan tangan kanan menunjuk ke arah lelaki tua di hadapannya. Ha ha ha!!! Jam calar pun hendak mengadu, mengalahkan perempuan!!!

Sender: Amir Mukhriz +6019xxxxxxx
Sent 9:30:27  031-01-2005

TAMAT

EDITORIAL | KOMEN | CERPEN | CERPEN BERSIRI | SAJAK | LELUCONTEKA-TEKI

HAIKU | NOVEL BERSIRI | PUJANGGA  | PANTUN | BERBALAS PANTUN | POEMS |  HOME