Become our corporate sponsor now for only RM1000/month!

Your company will be advertised in this space and will be promoted within this site.

Get ahead of the competition by promoting your services through this first SMS e-literature service site!


Salam hormat kepada pembaca budiman,

Nampaknya sistem pesanan ringkas (SMS) telah membudaya dalam kehidupan seharian kita sehingggakan kini telah dijadikan medium menyebarkan karya.  Dua genre karya sastera yang sedang rancak terpromosi di medium SMS ialah pantun dan lelucon (cerita lawak).

Sebagai respons kepada perkembangan terbaru ini, Esastera Enterprise mengambil langkah proaktif memulakan majalah Sastera SMS ini.

Mulai hari ini (Ahad 14.11.2004, Hari Raya Aidilfitri 1425H), kami sediakan wadah ini bagi anda menyiarkan karya pelbagai genre yang dibangunkan melalui SMS.

Mungkin suatu hari nanti anda boleh meng-SMS-kan karya anda terus masuk ke halaman-halaman majalah ini.  Mungkin anda juga akan dapat mengakses kandungan majalah ini dengan menggunakan telefon bimbit anda.

Namun, sementara menanti kemunculan teknologi-teknologi itu di sini, anda dipersilakan meng-SMS-kan karya kepada kami di 0192-680086.  Manalah tahu, mungkin anda merupakan orang pertama di dunia yang menyiarkan cerpen, novel, dan sebagainya melalui SMS.

Sudah sampai masanya karya sastera yang dikembangkan melalui medium SMS dirakamkan secara sistematik.  Izinkan kami untuk memulakan langkah itu.

Salam hormat dari kami,
Esastera Enterprise

Sila SMS-kan karya anda ke:
0192-680086

.: sila masuk :.

EDITORIAL | KOMEN | CERPEN | CERPEN BERSIRI | SAJAK | LELUCONTEKA-TEKI

HAIKU | NOVEL BERSIRI | PUJANGGA  | PANTUN | BERBALAS PANTUN | POEMS |  HOME

AMARAN PENERBIT:
Majalah ini hanya menerima karya yang dihantar  melalui SMS.
No: 0192-680086
Mula terbit :
14.11.2004

SENARAI KARYA TERBARU * MENANGI HADIAH ISTIMEWA

JUMLAH PELAWAT (sejak 25.03.2005) : Hit Counter