Laman untuk merakamkan pencapaian atau prestasi dalam dunia sastera yang berbentuk rekod yang belum ditandingi, misalnya (i) sajak yang terpendek, (ii) cerpen yang terpanjang, (iii) pengarang yang paling muda menerima sesuatu anugerah, dsb.

Sebarang rekod untuk dipertimbangankan bagi siaran, sila kemukakan kepada:
esastera@esastera.com

 

 

Terus ke

A: SENARAI REKOD

                  B: BUTIRAN REKOD

                Kembali Ke

     Halaman Entri
esastera.com

Buku Pelawat

 View My Guestbook
Sign My Guestbook

Ruangan ini terbahagi kepada dua bahagian.

Bahagian "A: Senarai Rekod" menyenaraikan rekod mengikut kategori dan menamakan pemegang rekod.

Bahagian "B: Butiran Rekod" memberikan butir-butir lanjut mengenai rekod itu.

Kemaskini terkini: 16.5.2005

 

RUANG IKLAN UNTUK DISEWA

hubungi esastera@esastera.com

REKOD SASTERA
I
NDEKS KATEGORI:

anugerah bayaran cerpen novel pantun penulis
sajak sasterawan sayembara

 

A: SENARAI REKOD
BIL. KATEGORI SUBKATEGORI REKOD

NO. REKOD

KENYATAAN
1 PENULIS

 

1. Termuda

1. Penulis paling muda yang menyiarkan karya berbahasa Melayu di Internet ialah Muslim4Life. [lagi]

SR1.1.1

2

SAJAK

1. TERAWAL 1. Sajak yang dipercayai paling awal ditulis di Malaysia ialah "Angan-angan Dengan Gurindam" oleh Omar Mustaffa; tersiar dalam Utusan Melayu, 18 Januari 1913. SR2.1.1  
2. Sajak yang dipercayai kedua paling awal ditulis di Malaysia ialah "Di Tengah Senggara" oleh Punggok (nama sebenar Mohamad Yasin Maamor); tersiar dalam Majalah Guru, Th.x, Disember 1933 SR2.1.2  

3. Sajak multimedia (teks, animasi, warna dan audio latar) pertama di laman web awam ialah "Alohai Nimoiz" karya Hasimah Harun. [lagi]

SR2.1.3  
4. Sajak Melayu pertama yang disertakan dengan deklamasi di internet ialah sajak "Berkorban" oleh Hasimah Harun, disiarkan di komuniti "Penyair" dalam e-majalah e-sastera. [lagi] SR2.1.4  

2. TERPENDEK

1. Dari segi bilangan perkataan pada isi kandungannya, sajak "Penderhakaan" yang ditulis oleh MOHD. DAHRI ZAKARIA  merupakan sajak terpendek yang disiarkan di Internet. [lagi]

DISAINGI
Rekod ini telah disaingi oleh sajak "Ungkapan Sejuta Rasa" oleh Irwan Abu Bakar.

SR2.2.1

 

2. Dari segi bilangan aksara pada isi kandungannya, sajak "Penderhakaan" yang ditulis oleh MOHD. DAHRI ZAKARIA  merupakan sajak terpendek yang disiarkan di Internet. [lagi]

DIATASI
Rekod ini telah diatasi oleh sajak "Ungkapan Sejuta Rasa" oleh Irwan Abu Bakar.

SR2.2.2  
3. Daripada segi bilangan perkataan pada isi kandungan sajak, sajak "Esok Kita Pesta" oleh Irwan Abu Bakar mempunyai bilangan perkataan paling sedikit, iatu sifar.  Sajak itu hanya mempunyai tajuk tanpa kandungan.    

3. JUDUL TERPENDEK

1. Dari segi bilangan perkataan, judul sajak jenaka "Oh...!" karya Sri Diah merupakan judul sajak terpendek yang disiarkan di laman web awam (1 perkataan).  Sajak itu telah disiarkan di laman web  www.communityzero.com/sajen SR2.3.1

* Rekod ini kini dibatalkan kerana ada beberapa banyak sajak lain yang judulnya terdiri daripada satu perkataan.

2. Dari segi bilangan suku kata, judul sajak jenaka "Oh...!" karya Sri Diah merupakan judul sajak terpendek (1 suku kata).  Sajak itu telah disiarkan di laman web www.communityzero.com/sajen. SR2.3.2  
3. Dari segi bilangan aksara, judul sajak jenaka "Oh...!" karya Sri Diah merupakan judul sajak terpendek (6 aksara) yang disiarkan di laman web awam.  Sajak itu telah disiarkan di laman  web  www.communityzero.com/sajen. SR2.3.3  
4. Dari segi bilangan aksara, judul dua buah sajak karya Chairil Anwar, "Aku" dan "Doa" merupakan judul sajak terpendek  yang pernah ditulis (3 aksara). SR2.3.4  
4. TERBANYAK (SIAR) Dari Ogos 2002 hingga Januari 2003, Md Zainuddin Abd Rahman menyiarkan 148 buah puisi di laman web awam communityzero.com/penyair. [lagi] SR2.4.1  
3 NOVEL
1. Pertama 1. Novel Hikayat Panglima Nikosa oleh Ahmad Syawal Hamid terbitan tahun 1876 di Kucing ialah novel pertama yang diterbitakan di Malaysia. [lagi] SR3.1.1  
2. Novel pertama yang edisi sulungnya disiarkan di Internet ialah novel "Otai" karya Erwin Khairul.  [lagi] SR3.1.2  
3. E-novel pertama yang dicetak dalam bentuk cetakan keras di Malaysia ialah Hostel: Debaran Kedua. SR3.1.3  
2. Terbanyak

1. Penulis Novel Melayu Terbanyak ialah Ahadiat Akashah ialah penulis novel terbanyak dengan jumlah 56 buah novel setakat ini (Mac 2003). [lagi]

SR3.2.1  
  2. Novel Malaysia yang paling banyak penulisnya ialah Hostel: Debaran Kedua (12 penulis). SR3.2.2  
4 PANTUN 1. Rangkap Terpanjang 1. Serangkap pantun yang mempunyai bilangan baris paling banyak (40 kerat) telah disiarkan oleh penulis Nakhoda (nama sebenar Ramlee Wahab).[lagi] SR4.1.1  
5 SASTERAWAN

1. Sasterawan Negara Terawal

1. Orang pertama yang menerima anugerah Sasterawan Negara (SN) ialah Allahyarham Keris Mas (nama sebenar Kamaluddin Muhammad) [lagi]. SR5.1.1  
2. Terkaya 1. Kami sedang mencari siapakah sasterawan Malaysia terkaya. [lagi] SR5.2.1  
6 ANUGERAH 1. Terawal Di Internet 1. Majalah elektronik sastera e-sastera telah menawarkan anugerah untuk karya-karya tempatan mulai 22.7.2002. [lagi] SR6.1.1  
2. Pertama 1. Penulis pertama yang menerima anugerah tempatan berasaskan karya di internet ialah Nimoiz T.Y (nama sebenar Nik Mohd. Iznan Tuan Yaacob) yang menerima gelaran Penyair Alam Siber 2003 dan Ida Munira Abu Bakar yang menerima Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2003.  [lagi] SR6.2.1


Nimoiz T.Y

7 SAYEMBARA 1. Tempoh terpendek 1. Majalah "e-sastera" melalui komuniti "Penyair" telah mengadakan "Sayembara Menulis Puisi Mengenai Perang" yang bermula pada jam 12:01 pagi, 3.03.03 dan ditutup pada jam 11:59 malam pada hari yang sama (23 jam 58 minit). [lagi] SR7.1.1  
8 CERPEN 1. Pertama 1. Cerpen pertama yang diterbitkan di Malaysia ialah "Kecelakaan Pemalas" oleh Al-Madrasi. [lagi] SR8.1.1  
2. Cerpen pertama yang menggunakan bentuk iklan ialah "Mari Lawan"  oleh Md Zainuddin Abdul Rahman. [lagi] SR8.1.2  
2. Tajuk terpendek 1. Cerpen tajuk terpendek ialah cerpen berjudul "O" karya Uthaya Sankar SB. [lagi] SR8.2.1  
9 BAYARAN 1. Pertama 1. Ishak Haji Muhammad ialah pengarang Melayu pertama yang mendapat bayaran untuk karya kreatif,  dengan jumlah $200.00 bagi karyanya Anak Mat Lela Gila. [lagi] SR9.1.1 Rekod sumbangan Nimoiz T.Y

 

B: BUTIRAN REKOD
No. Rekod Butir-butir Kenyataan
BR1.1.1 Penulis paling muda yang menyiarkan karya berbahasa Melayu di Internet ialah Muslim4Life. Muslim4Life menyiarkan karya-karyanya semasa berumur 9 tahun. Dia dilahirkan pada 1 April 1993. Dia berasal dari Kuala Lumpur. Puisi-puisinya dapat dibaca di www.communityzero.com/sajen dan cerpen-cerpennya pula dapat dibaca di www.communityzero.com/cerpenis. Empat buah puisinya dalam bahasa Inggeris dapat dibaca di www.poetry.com.     [kembali] [Home]  
BR2.1.3

SAJAK MULTIMEDIA TERAWAL DI LAMAN WEB AWAM:

Pada 7.03.03, majalah e-sastera telah menyiarkan dua buah sajak mutimedia (teks + animasi + warna-warni + muzik latar). Sajak yang pertama disiarkan ialah "Alohai Nimoiz" karya Hasimah Harun yang disiarkan di komuniti "Sajak Jenaka (Sajen)" majalah itu. Penyiaran itu diikuti pula sajak "Selamat Pagi, Malam" karya Irwan Abu Bakar yang disiarkan di komunti "Penyair".

Kegiatan menyiarkan sajak berciri multimedia ini pada mulanya dilakukan di majalah e-sastera oleh beberapa orang penulis secara kecil-kecilan dengan menyiarkan sajak-sajak mereka dengan  menggunakan aksara yang berwarna-warni. Langkah ini kemudiannya dimajukan oleh penulis Gravesdigger @ Penggali Kubur (nama sebenar Hata Mohd Ghazali) dari Universiti Malaya yang menyiarkan sajak-sajaknya pada latar belakang yang berwarna serta aksara yang berwarna lain. Beliau melakukannya melalui beberapa buah sajak, bermula dengan sajak “Garis Kemiskinan” yang disiarkannya pada 28 Januari 2003. Kemudiannya Gravesdigger telah mempertingkatkan ciri multimedia sajak-sajaknya dengan memasukkan grafik, bermula dengan sajak “Sekuntum Ros Di Taman Kota” yang disiarkannya pada 12 Februari 2003. Oleh sebab hal ini dilakukannya secara konsisten, maka penyiaran sedemikian telah menarik perhatian ahli-ahli lain majalah itu dan Gravesdigger telah diminta mengajarkan cara melakukannya kepada penulis-penulis lain. Hasilnya, beberapa orang penulis seperti Md Zainuddin Abd Rahman dan Erwin Khairul Ahmad mula menyiarkan sajak dengan latar dan aksara yang berwarna-warni serta grafik penghias. Kemudiannya Gravesdigger mula memperkenalkan grafik bergerak (animasi) ke dalam sajaknya secara sederhana. Kemajuan terbaik daripada aspek ini dicapai apabila Erwin Khairul menyiarkaan sajak berwarna-warni dan beranimasi penuh pada 4 Mac 2003. Sajaknya yang bertajuk “Maharaja Tengkorak” itu dihiasi di atasnya dengan tiga biji tengkorak yang terangguk-angguk dan melambai-lambai. Latar kepada kandungan sajak itu pula ialah darah pekat merah yang menitis tidak berhenti-henti. Hasimah dan Irwan melengkapkan ciri multimedia dengan memasukkan muzik latar pada sajak-sajak mereka.

[Tanda aras utama untuk rekod ini ialah "laman web awam" dan "animasi+warna-warni+audio].

[Home]

 
BR2.1.4 Sajak Melayu pertama yang disertakan dengan deklamasi di internet ialah sajak "Berkorban" oleh Hasimah Harun, disiarkan di komuniti "Penyair" dalam e-majalah e-sastera. Mengikut rekod, sajak ini disiarkan pada 8 Jun 2003 (barangkali ini tarikh pengeditan terakhir terhadapnya). Sajak itu diiringi suara penulisnya yang mendeklamasikan sajak itu. Selepas itu, Irwan Abu Bakar pula menyiarkan sajaknya "Setia Embun" dengan deklamasi suaranya. [Home]  
BR2.2.1

Dari segi bilangan perkataan pada isi kandungannya, sajak "Penderhakaan" yang ditulis oleh MOHD. DAHRI ZAKARIA dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, merupakan sajak terpendek yang disiarkan di Internet. Sajak itu mengandungi satu perkataan sahaja "Cis!". Sajak "Penderhakaan" itu disiarkan di e-majalah "e-sastera" dalam laman www.communityzero.com/penyair. [Home]

 
BR2.2.2 Dari segi bilangan aksara pada isi kandungannya, sajak "Penderhakaan" yang ditulis oleh Mohd. Dahri Zakaria dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, merupakan sajak terpendek yang disiarkan di Internet. Sajak itu mengandungi empat aksara sahaja "c-i-s-!".  Sajak ini disiarkan di e-majalah "e-sastera" dalam laman www.communityzero.com/penyair. [Home]  
BR2.4.1 Dari Ogos 2002 hingga Januari 2003 (dalam tempoh 6 bulan berturut-turut), Md Zainuddin Abd Rahman menyiarkan 148 buah puisi di laman web awam www.communityzero.com/penyair. Purata 24.67 buah puisi sebulan. (Sumber: laman web www.communityzero.com/penyair). [ Nota: Untuk rekod ini, kita gunakan tanda aras "enam bulan berturut-turut" dan "laman web awam" sebagai rujukan membanding]. [Home]  
BR3.1.1 Sumber : Artikel "Sasterawan usah rendahkan sarjana" oleh S. Othman Kelantan, Berita Minggu, 27 April 2003, Perspektif hlm 9. [Home]  
BR3.1.2 Novel pertama yang edisi sulungnya disiarkan di Internet ialah novel "Otai" karya Erwin Khairul Ahmad.  Novel itu disiarkan di laman web  www.communityzero.com/novelis pada 23.11.2002. 'Write-up' mengenai hal ini ada disiarkan di akhbar tabloid Pentas Dunia, 23.2.2003. [Home]  
BR3.2.1

PENULIS NOVEL MELAYU TERBANYAK:
Ahadiat Akashah
ialah penulis novel terbanyak dengan jumlah 56 buah
setakat ini (Mac 2003), termasuk novelnya ‘Untuk Semua Gadis Yang Kucintai’. Novel-novel tulisan Ahadiat banyak diterbitkan oleh Novel House yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Antara novel-novel yang termasuk dalam senarai 56 buah ini ialah ‘Awek Cun’, ‘Balak Cun’, ‘Cinderella ‘98’, ‘Dilema Salina’, ‘KL-London’, ‘Profesional’ dan ‘Snow White ‘96’. Novel-novel Ahadiat banyak berkisar tentang persoalan cinta, tapi berkaitan dengan realiti kehidupan. The Malaysia Book Of Records telah mengiktiraf pencapaian ini.  Untuk maklumat lengkap tentang novel-novel tulisan Ahadiat, bolehlah e-melkan kepada Syarikat Novel House di alamat e-mel novelhouse@hotmail.com . Atau boleh terus menghubungi Malaysia Book Of Records di talian 03-92838877. [Home]
 

 
BR4.1.1 Serangkap pantun yang mempunyai bilangan baris paling banyak (40 kerat) telah disiarkan oleh penulis Nakhoda (nama sebenar Ramlee Wahab) di laman web www.communityzero.com/mapan (dalam majalah elektronik "e-sastera") pada 16.2.2003. Pantun ini telah disemak sebagai mempunyai rima yang betul antara baris pembayang dengan baris maksud yang sepadan. Bilangan suku kata bagi setiap baris juga telah disemak sebagai memenuhi kehendak baris sebuah pantun. Tema pantun ini ialah kasih teruna kepada dara. [Home]  
BR5.1.1 Orang pertama yang menerima anugerah Sasterawan Negara (SN) ialah Allahyarham Keris Mas (nama sebenar Kamaluddin Muhammad). Anugerah itu diterimanya pada tahun 1981. Selepas daripada itu, anugerah SN telah dimenangi oleh penulis-penulis seperti dalam senarai penuh yang berikut:

Pemenang anugerah Sasterawan Negara (SN) setakat ini

1. Keris Mas (1981)
2. Shahnon Ahmad (1982)
3. Usman Awang (1983)
4. A. Samad Said (1985)
5. Arena Wati (1987)
6. Muhammad Haji Salleh (1991)
7. Nordin Hassan (1993)
8. Abdullah Hussain (1996)
9. S. Othman Kelantan (2003)

 [Home]

 
BR5.2.1 Majalah Malaysian Business, majalah perniagaan terkemuka di Malaysia, dalam keluaran 16 Februari 2003 menyenaraikan 10 rakyat Malaysai terkaya bagi tahun 2002, seperti yang berikut:

  1. T. Ananda Krishnan, Tan Sri (Jumlah kekayaan RM8.77 bilion)
  2. Robert Kuok Hock Nien, Tan Sri (RM8.01 b)
  3. Quek Leng Chan, Tan Sri (RM6.6 b)
  4. Lim Goh Tong, Tan Sri (RM5.19 b)
  5. Teh Hong Piow, Tan Sri (RM2.6 b)
  6. Tiong Hiew King (RM2.34 b)
  7. Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri (RM1.67 b)
  8. Lim Kok Thay, Tan Sri (RM1.38 b)
  9. Lee Shin Cheng (RM1.1 b)
10. Mustapha Kamal Abu Bakar, Tan Sri (RM1.01 b)

Kami sedang mencari siapakah sasterawan Malaysia terkaya. [Home]

 
BR6.1.1 Majalah elektronik sastera e-sastera telah menawarkan anugerah untuk karya-karya tempatan mulai 22.7.2002. Anugerah pertama yang dilaksanakannya melalui laman web Komuniti "Penyair" (www.communityzero.com/penyair) ialah Anugerah Penyair Alam Siber 2002 (APAS 2002) pada 22hb Julai 2002. Kemudiannya, pada 25hb. November 2002, Komuniti "Sajak Jenaka (Sajen)"  (www. communityzero. com/ sajen) telah melancarkan Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (ASJAS) 2002. Pada 12hb Januari 2003 pula, Komuniti "Cerpenis" (www.communityzero.com/cerpenis) telah melancarkan Anugerah Cerpen Alam Siber (ACAS) 2002/03. Pelancaran itu dibuat di Komuniti "Fiksyenis" (yang kini sudah dilupuskan dan ditukar kepada Komuniti "Resensi"). Pada masa ini, laman-laman  web itu telah bergabung dalam majalah elektronik "e-sastera" (www.esastera.com). Pada 3.2.03, majalah "e-sastera" mengumumkan rancangan melancarkan Anugerah Sasterawan Negara Alam Siber (nama anugerah tentatif). Pada 19.4.2003 pula, Anugerah Novelis Alam Siber (ANAS) 2003 dilancarkan melalui komuniti "Novelis". Pada 8.5.03 pula, Anugerah Sajak Multimedia/Interaktif (ASMI) dilancarkan. Anugerah tahunan APAS, ASJAS, ACAS, ANAS, dan ASMI kemudiannya diberikan nama induk Anugerah Sastera Perdana Alam Siber (Aspas). Nama ini kemudiannya ditukar kepada Hadiah eSastera.com (HesCom) atas cadangan Dr Anwar Ridhuan yang merasmikan majlis penyampaian hadiah yang pertama (HesCom 2003). [Home]  
BR6.2.1 Penulis pertama yang menerima anugerah tempatan berasaskan karya di internet ialah Nimoiz T.Y (nama sebenar Nik Mohd. Iznan Tuan Yaacob) yang menerima gelaran Penyair Alam Siber 2003 dan Ida Munira Abu Bakar yang menerima Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2003.  Anugerah itu mereka peroleh dalam Hadiah e-sastera.com 2003 yang dianjurkan oleh syarikat kAPAS Enterprise melalui e-majalah e-sastera. Nimoiz T.Y memenangi hadiah wang tunai RM2004 melalui sajaknya "Jalan Baru" (telah diterbitkan dalam antologi APAS, kAPAS Publication, 2003) sementara Ida Munira memenangi hadiah wang tunai RM1000 melalui sajaknya "Presiden Bush Kena Bush" (telah diterbitkan dalam antologi SAJEN, kAPAS Publication, 2003) .  [Home]  
BR7.1.1 Majalah "e-sastera" melalui komuniti "Penyair" telah mengadakan "Sayembara Menulis Puisi Mengenai Perang" pada 3.03.03. Sayembara diadakan sempena hari itu diisytiharkan sebagai "hari antiperang" bagi komuniti yang berkenaan. Sayembara itu dibuka mulai jam 12:01 pagi pada 3.03.03 dan ditutup pada jam 11:59 malam pada hari yang sama (23 jam 58 minit). Walaupun berjalan untuk tempoh sehari sahaja, sayembara itu telah menerima 47 penyertaan daripada 11 orang penulis (10 dari seluruh Malaysia dan satu dari Indonesia.) [Home]  
BR8.1.1 Cerpen pertama yang diterbitkan di Malaysia ialah "Kecelakaan Pemalas" oleh Al-Madrasi atau Nur Ibrahim. Cerpen itu telah dimuatkan dalam majalah Pengasuh yang diterbitkan dalam tahun 1920-an. [Home]  
BR8.1.2 Cerpen ini telah disiarkan di komuniti "Cerpenis" dalam majalah "e-sastera" pada 12.5.2003. Cerpen ini merupakan sebuah iklan yang mempromosi khidmat ilmu hitam yang dapat dilanggan di laman web pelesitpolongpenanggal@khurafatsyirik.com.sawomatang dari seorang bomoh yang menggunakan kemajuan IT bagi menyelaraskan kerja-kerja jahat, mendengki dan khianat secara halus. Namun, apabila diperhalusi, cerpen ini ialah semata-mata sindiran kerana ilmu hitam dicabar membuktikan kehebatannya ke atas tentera bersekutu yang kian menguasai dunia. [Home]  
BR8.2.1 Cerpen tajuk terpendek ialah cerpen berjudul "O" karya Uthaya Sankar SB. Cerpen ini telah disiarkan dalam majalah Dewan Masyarakat, Julai 1999. Cerpen "O" membicarakan mengenai sekumpulan peminta sedekah serta tiga adik-beradik bernama Jamal, Zamal dan Kamal. Walaupun pada lapis atas kelihatan seperti cerita biasa, tetapi memiliki makna berlapis yang perlu diteliti untuk ditangkap maknanya. "O" juga cerpen terakhir yang Uthaya kirim ke media cetak sebelum memulakan protes peribadi selama tiga tahun bagi membuktikan istilah "Bahasa Malaysia" wujud dan sah digunakan.   [Home]  
BR9.1.1 Ishak Haji Muhammad ialah pengarang Melayu pertama yang mendapat bayaran dengan jumlah $200.00 bagi karyanya Anak Mat Lela Gila. Karya yang diiklankan oleh Annies Printing Works, Johor Bharu ini sebenarnya bukanlah dalam bentuk royalti atau honorarium, tapi ‘harga’ untuk karya ini. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ‘harga’ ini diterima Ishak atau tidak.

Sebelum lahirnya Anak Mat Lela Gila ini, penulis-penulis novel tidak pernah dibayar harga atau royalti dalam bentuk wang, melainkan ‘hadiah ikhlas’ dalam bentuk naskhah novelnya sendiri sebanyak 50 atau 100 naskhah. Seterusnya, buku ini akan dijual sendiri oleh pengarangnya bagi mendapatkan wang royalti.

Bayangkan, harga sebuah novel pada masa itu ialah $0.25 atau $0.30. Maknanya, penulis hanya akan mendapat sekitar $25.00 atau $30.00 jika 100 buah novel habis dijual sendiri. Sebagai contoh, SN. Abdullah Hussain pernah mendapat $ 15.00 sahaja untuk 2 buah bukunya yang pertama iaitu Kasih Isteri dan Dia Kekasihku yang diterbitkan dalam tahun 1941. Bayangkan, kalau Ishak mendapat $200.00 untuk sebuah novel, sedangkan SN. Abdullah hanya mendapat sekitar $7.00 juga untuk sebuah novel, bayangkan nilainya pada masa itu. Kini, kalau cerpen anda tersiar dalam majalah terbitan DBP, dan mendapat pula bayaran sekitar RM200.00, Bayangkanlah sekali lagi. [Home]