NIMOIZ T.Y SAJAK JENAKA (SAJEN)          
         

 

TUJUH RANGKAP SAJEN CINTA

Cinta itu sebenarnya buta
sebab cinta tak pakai cermin mata.

Cinta itu hembusan bayu pagi
masih kemaruk walaupun si dia tiada gigi.

Cinta itu bersulam naluri
kata ‘engineer’ tapi sebetulnya drebar lori.

Cinta itu mencantum dua hati
kerana cinta ‘save budget’
 makan roti.

Cinta itu tertanam dalam batin
putus cinta sanggup makan berlauk sardin
.

Cinta itu siang malam merindu
tiada sardin makan nasi dengan budu.

Cinta itu adalah sajen
kerana cinta penyajak menjadi penyajen.

Parit Raja, Batu Pahat
1 Disember 2002

(Sajen ini memenangi hadiah Sagu hati untuk Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2003).