NIMOIZ T.Y ESEI PELBAGAI 1 2 3 4 5 6                            
                                       

 

1. FALSAFAH PENDIDIKAN  PELAHIR INSAN BERPARADIGMA DINAMIK

 

Proses pencerakinan minda merupakan dimensi ulung dalam penerokaan khazanah ilmu. Tanpa kesanggupan daya fikir untuk terus berganjak, inovasi dan fikrah masyarakat tidak mampu bersaing diatas podium global. Walauapaun, dalam menongkah gulungan ombak modenisasi yang kini menyusup ke galur globalisasi, elemen falsafah tidak seharusnya dimalukutkan. Falsafah di sini merujuk kepada Falsafah Pendidikan (FP). Ironinya, falsafah merupakan metodologi yang paling utama dan tertinggi dalam dunia pendidikan.

 

Simboliknya, tingkahlaku manusiawi adalah turut bertunjang kepada falsafahnya yang disalirkan melalui mekanisme pendidikan. Sebenarnya, pendidikan ditafsirkan oleh cendekiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi sama ada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini dibentuk oleh falsafahnya yang disogokkan melalui fragmen pendidikan. Justeru, pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.

 

Sejarah telah membuktikan bahawa kehancuran tamadun Mesir, Greek, Rome dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai murni kepada generasi pewaris. Sejarah pasti berulang andainya dunia pendidikan negara pada hari ini gagal menjana anjakan paradigma dalam setiap sel individu.

 

Jean Jacques Rousseau, salah seorang pendidik Eropah menyatakan bahawa pendidikan merupakan proses yang berterusan dan bermula dari kanak- kanak. Rentetan daripada itu,  FPN menekankan bahawa pendidikan merupakan satu proses bagi seseorang individu memperolehi ilmu dan menggunakan ilmu pengetahuan, nilai- nilai murni dan kemahiran yang ada. Proses ini berlaku secara berterusan semenjak dari zaman kanak-kanak sehinggalah kita kembali mengadap Tuhan Rabbul Jalil. Laporan RRJP kedua (1991-2000) pula ada menyatakan bahawa :

 

Selain  aspek kemahiran dan peningkatan pengalaman diri, pembangunan manusia juga adalah salah satu usaha untuk menghasilkan rakyat yang bermoral, mempunyai nilai-nilai positif, semangat kekitaan yang tinggi, kesetiaan dan cinta kepada negara. Inilah hasrat murni yang ingin dicapai dalam pembangunan manusia dalam konteks negara Malaysia.

 

Di Malaysia, misi utama pendidikan jelas bertujuan seperti berikut:

 

Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai  daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

                                                          -Wan Mohd Zahid (1993)

 

Di sini jelas bahawa, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Winkel (1991) pula menambah potensi insan ini sebagai berikut:

§         Dapat melakukan pemikiran kehadapan (futurulistik)

§         Dapat mamahami fenomena alam.

Sememangnya, inilah yang ditekankan dalam falsafah Pendidikan Negara(FPN). Untuk itu, proses pendidikan seharusnya bermula sedari awal lagi.

 

Dalam konteks falsafah pendidikan Islam, untuk melahirkan insan Soleh Wa Musleh, pendidikan mestilah dimulakan dari alam rahim lagi. Sebelum anak dilahirkan, ibubapa sememangnya bertanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk anak-anak berteduh. Untuk membentuk generasi pewaris yang berakhlak tinggi, pemilihan bakal suri yang akan mendidik anak-anak mestilah cermat. Rasulullah S.A.W. mengingatkan kepada bakal suami supaya berhati-hati dalam memilih bakal isteri solehah:

 

Perempuan dikahwini kerana empat perkara;kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, ia lebih menguntungkan kamu.

                                                           -Maksud hadis nabi

 

Hasil sempurnanya kerukunan rumahtangga suami isteri, maka terbinalah suasana keluarga yang harmoni dan bahagia.

 

Proses pendidikan secara tidak formal seterusnya mulai berlaku apabila ibu merasai ada bayi dalam kandungannya. Pendidikan ditahap ini adalah bercorak Ruhaniyat. Ketika ini, ibu disarankan supaya sentiasa berdoa dan meletakkan harapan supaya anak yang bakal dilahirkan nanti seorang yang soleh, berilmu, beramal dan bertakwa. Ketika ini juga ibubapa mestilah berusaha mendapatkan sumber rezeki yang halal. Ini kerana, benih yang akan melahirkan anak itu adalah dari darah dan darah itu datangnya dari bahan makanan. Makanan yang haram  akan menggelapkan proses pendidikan anak-anak. Makanan ibu juga mestilah berzat demi menjaga kesihatan diri dan bayi yang bakal dilahirkan.

Hadis nabi ada menyebut:

 

        Carilah ilmu sejak mulai dari buaian hingga keliang lahad.

                                                                   -Maksud hadis nabi

   

Hadis ini bukan sahaja memberi erti tentang pendidikan sepanjang hayat, malah menekankan pentingnya pendidikan awal. Kanak-kanak diperingkat ini diibaratkan seperti sehelai kain putih yang bakal menerima sebarang pencorakan warna daripada ibubapa dan pengaruh sekitar.

 

Imam alGhazali ada menyebut:

 

Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaga kanak-kanak untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak berjalan dengan baik mengikut lunas-lunas islam.

 

Kanak-kanak menurut al Ghazali juga diibaratkan sebagai sebuah cermin yang menerima apa sahaja objek yang lalu di hadapannya dan memantulkan kembali arcanya seperti yang diterima tadi.

 

Pendidikan berlaku lebih agak serius apabila kanak-kanak dilahirkan hingga mereka berumur 4 atau 5 tahun. Jika pendidikan di tahap ini tidak betul, maka pincanglah proses pendidikan yang seterusnya. Pines ada menyebut:

 

Berjuta-juta kanak-kanak gagal sehingga tidak dapat diperbaiki lagi akibat kegagalan kita meransang daya intelek mereka pada usia genting-Dari lahir hingga lima tahun.Berjuta orang lagi dihalang dari mencapai potensi mereka yang sebenar.

                                                                -Pines (1966)

 

Dalam tempoh 5 tahun ini, penekanan pendidikan berlaku dalam dua aspek iaitu Ruhaniyat dan Jasmaniyat seperti berikut:

§         Anak yang baru lahir disambut dengan diazan ditelinga kanan dan qamat ditelinga kiri

§         Membuat aqiqah selepas hari ketujuh kelahiran

§         Ibu yang menyusukan anak hendaklah makan makanan halal

§         Sentiasa berdoa untuk anak

§         Mereka yang datang berziarah hendaklah sentiasa berdoa untuk keberkatan ibu dan anak

§         Waktu menyusui anak hendaklah teratur

§         Kebersihan anak-anak hendaklah sentiasa dijaga samada makanan, minuman, pakaian dan tempat tidur

§         Tidak benarkan anak-anak bermain diluar rumah menjelang waktu maghrib

§         Biasakan anak-anak dengan menyebut dua kalimah syahadah apabila anak-anak sudah pandai bercakap

(Dipetik dari kertas kerja “Falsafah Pendidikan kanak-kanak dalam islam”, oleh Dr. Abdul Halim El-Muhammady).

 

Pendidikan seterusnya adalah di peringkat umur 5 hingga 7 tahun. Pendidikan diperingkat ini adalah lebih luas dan menyeluruh di mana bahan-bahan untuk pengisian Ruhaniyat, Aqliyyat dan Jasmaniyyat didedahkan secara serentak. Falsafah aksiologi atau nilai juga turut ditekankan diperingkat ini. Bahan –bahan pendidikan untuk pengisian diperingkat ini adalah seperti berikut :

 

w        Ruhaniyyat

Bahan-bahan pendidikan Ruhaniyyat di peringkat ini dapat dipecahkan kepada dua iaitu ibadat dan adab. Soal-soal ibadat ini mencakupi elemen fardu`ain dan fardu kifayah manakala adab-adab pula seperti taat kepada ibubapa, guru, orang tua, adab makan dan sebagainya. Pendidikan di tahap ini juga turut menekankan pendidikan akhlak (Khuluqiyah), kejiwaan             ( Nafsiyyah ) dan keimanan (Imaniyyah). Justeru, falsafah aksiologi turut berkepentingan dalam membentuk anjakan paradigma dalam diri individu. Ayat al Quran ada menyebut :

 

Sesuatu bangsa itu tetap hidup selama akhlaknya tetap baik;bila akhlak mereka rosak ,sirnalah bangsa itu.

 

Sememangnya, iman seseorang belum sempurna selagi tidak menghasilkan amal salih dan akhlak yang mulia.

 

Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari perilaku akhlaknya. Kerana iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedang iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk laku, mudah terkelir pada perbuatan keji yang merugikan dirinya sendiri dan orang lain.

                 -Syeikh Mohd Al-Ghazali (Khuluq Al-Muslim)

 

w        Akliyyat (Intelek)

Apa yang ditekankan dalam pendidikan Akliyyat ialah pendedahan kanak-kanak kepada latihan mengenal huruf, menulis dan membaca, mempelajari bahasa, kira-kira dan sebagainya. Aspek ini sangatlah ditekankan dalam sistem pendidikan barat atau moden melebihi aspek-aspek lain dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke universiti. Penekanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan lahirnya insan yang tempang, tidak sepadu, tidak seimbang, maju dalam sains dan teknologi tetapi jiwanya kosong dan hidup terumbang-ambing.

 

w        Jasmaniyyat

Kanak-kanak juga mestilah di beri masa untuk membina kekuatan jasmani yang boleh menjana  kesihatan, kecergasan dan kerehatan. Ini penting untuk menyeimbangkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.

 

Seterusnya, selepas kanak-kanak berumur 7 tahun keatas, proses pendidikan secara formal berlaku. Di peringkat inilah kanak-kanak dihantar ke sekolah untuk menimba ilmu secara langsung daripada guru. Walaubagaimanapun, tanggungjawab mendidik kanak-kanak tidak seratus peratus diletakkan dipundak guru. Ibu bapa masih lagi berperanan untuk mengasuh anak-anak supaya lebih berketrampilan dan matang dalam melakukan sesuatu tindakan.

 

Di sini jelas bahawa, pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu. Jika taraf pendidikan individu sempurna, maka lahirlah masyarakat madani progresif yang akan membina entiti negara bangsa yang berdaulat di rantau global. Jika taraf pendidikan pincang, sudah tentunya masyarakat negara kita tidak mempunyai jati diri yang unggul dan mantap. Efektifnya, kita akan ketinggalan diera perkampungan global pada hari ini yang penuh dengan rempah ratus bayu pembaharuan. Untuk itu, kita mestilah sentiasa bersiapsiaga jika ingin terus mengatur derap langkah menuju ke puncak jaya  lebih-lebih lagi kita akan berdepan dengan arus globalisasi.

 

As we progress It is very important that we Equip ourselves to face the chalengge of globalisasion.

                              (New Strait Times-Selasa, 7 Ogos 2001)

 

Walaubagaimanapun, hasrat untuk melahirkan generasi intelek yang mantap dan unggul serta dinamik hanya akan menjadi khayalan jika semua pihak tidak bersatu hati menjayakan hasrat murni negara tercinta.

 

 

http://www.pustakamaya.net

 

 

2. KECANTIKAN BUKAN CERMINAN PERIBADI

 

Ramai antara kita yang tersilap samada lelaki atau perempuan kerana menyangkakan bahawa kecantikan adalah cerminan peribadi yang mutlak. Pendapat ini sebenarnya jauh tersasar dari konsepsi sebenar. Malah, boleh dikatakan bahawa persepsi ini adalah terlalu dangkal dan kolot.

 

Arakian, ada sesetengah individu berasa rendah diri dan sukar bersosialisasi dalam induk masyarakat kerana merasakan wajah mereka kurang menyerlah berbanding dengan orang lain. Atau dengan kata lainnya, wajah mereka kurang cantik dan menawan seperti yang mereka harap-harapkan. Bagi kebanyakan kaum hawa,  kecenderungan mereka ialah mengimpikan bentuk tubuh yang lansing, pinggang yang semampai, berkulit gebu dan wajah yang ayu ditatap. Bagi kaum adam pula, mereka sudah tentu pula mengidamkan isteri yang berperwatakan demikian kendatipun mereka  sendiri sederhana penampilannya. Naluri ini dianggap normal kerana setiap manusia memang sukakan kecantikan.

 

Tidak dinafikan, ada yang mengalami krisis kejiwaan malah kadangkala memasuki kegalur ‘ Stress’  yang serius dan kritikal kerana penampilan wajah mereka yang kurang menyengat. Dalam istilah perubatan psikologi, fenomena ini disebut sebagai dismorfofobia. Dalam kes ini, penyakit ini adalah satu gangguan pemikiran yang mana orang terbabit sunguh-sungguh percaya bahawa wujud kecacatan pada wajah atau bentuk badan mereka padahal orang lain yang melihat tiada apa-apa. Jadi, tidak hairanlah ramai yang sanggup berhabis duit untuk membeli alat kosmetik yang berjenama dan  menjalani  pembedahan plastik atau rekonstruktif untuk membaiki imej wajah mereka.

 

Mengikut Perunding Plastik dan Pakar Bedah Rekonstruktif di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor, Dr. Abdul Jalil Jidon, pembedahan plastik sebenarnya dibenarkan. Tetapi, ini hanyalah untuk kes-kes tertentu sahaja.

 

Lazimnya, pembedahan plastik hanya dilakukan apabila seseorang itu mengalami kecacatan yang benar –benar serius seperti melecur atau luka terbakar. Tetapi, bagaimana pula bagi mereka yang langsung tiada apa-apa. Sebenarnya, ia hanyalah membazir semata-mata. Mereka juga boleh dikatakan cuba mengubah kejadian yang Esa. Apapun, setiap manusia seharusnya menerima anugerah ini dengan mentaliti yang terbuka.

 

Bagi kebanyakan pelajar terutamanya pelajar perempuan, ada sesetengahnya kurang dapat menumpukan perhatian pada pelajaran kerana terlalu asyik memikirkan perkara yang remeh sahaja. Sebagai contoh, soal kecantikan. Impaknya, pelajaran mereka merosot sama sekali. Mereka juga mengalami kesukaran dalam berbincang dengan teman sekelas kerana bimbang mereka senantiasa diperhati. Apa yang menyedihkan ialah, ada sesetengahnya langsung gagal dalam pelajaran dempak perkara ini.

 

Di sini, suka diturunkan Teori Attibution yang dipelopori oleh Bernald Weiner (1974) yang menjelaskan akan konsep kegagalan dan kejayaan. “.....Kejayaan atau kegagalan seseorang boleh disebabkan oleh empat perkara iaitu kebolehan, usaha, nasib dan kesukaran tugasan dalam pembelajaran.....” Jelasnya, dalam konsep ini, kejayaan atau kegagalan seseorang tidak boleh dikaitkan dengan faktor kecantikan.

 

Seringkali, wajah cantik dan cerminan peribadi dikaitkan dengan aspek personaliti.        Dalam konteks  sebenar, personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai. Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tendensinya untuk bertingkahlaku mengikut cara tertentu (Ee Ah Meng, 1996).

 

Alport pula mengemukakan bahawa personaliti adalah sebagai organisma dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkahlaku dan fikiran yang khusus.

 

Apa kaitannya kecantikan dengan personaliti? Sebenarnya, masih ramai lagi yang turut tersalah kerana menganggap bahawa kecantikan juga adalah melambangkan personaliti seseorang. Suka di sini ditegaskan pula bahawa wajah cantik tidak langsung menggambarkan personaliti individu. Ironinya, kecantikan adalah anugerah Ilahi dan telah ditetapkan sejak azali. Ianya bersifat subjektif dan sukar dinilai secara tepat dan lengkap. Mengambil contoh mudah, si A menyatakan bahawa si C memang sangat cantik manakala si B pula menyatakan si C sederhana sahaja. Pandangan mereka bercanggah sama sekali. Kebarangkalian yang boleh dibuat ialah, si A memilih si C  kerana merasakan yang si C berpersonaliti menarik mengikut kaca matanya. Manakala si B pula tidak beranggapan demikian. Di sini jelas terbukti bahawa personaliti merujuk kepada organisma watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan, dan tingkahlaku seseorang individu. Jadi, adalah tersilap besar andainya seseorang itu mengatakan bahawa kecantikan adalah lambang peribadi individu.

 

Sebagai perkaitannya, di sini diturunkan satu lagi contoh. Andaikata seseorang itu kurang menyerlah kecantikannya, tetapi berperwatakan menarik, berakhlak mulia dan baik hati, sudah pasti protagonis ini senang didampingi. Timbal baliknya, jika seseorang itu cantik rupa parasnya, tetapi rendah moral dan akhlaknya, sudah tentu individu ini akan sukar untuk bersosialisasi. Apa yang penting di sini ialah, kecantikan tidak boleh dijadikan kayu pengukur dalam menilai hati budi seseorang. Janganlah kita terpedaya dengan kecantikan seseorang kerana wajah cantik  tidak semesti hatinya juga cantik.

 

Dewasa ini, ada sesetengah wanita yang merasakan wajah mereka kurang cantik sukar untuk mendapat jodoh. Sebenarnya, mentaliti mereka ini silap sama sekali. Kita tentu pernah melihat ramai pasangan yang hidup bahagia tanpa mendominasikan fragmen kecantikan. Sebagai buktinya, di sini diturunkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud seperti berikut. “.....Perempuan dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, ia lebih menguntugkan kamu.”

 

Daripada hadis ini, jelas terbukti bahawa nabi juga menekankan soal keagamaan daripada kecantikan. Dalam konteks ini, agama akan membentuk peribadi seseorang. Lazimnya, mereka yang kuat pegangan agamanya akan berperibadi lebih elok berbanding mereka yang kurang.

 

Dalam menongkah arus kehidupan, kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan sempurna sifatnya. Juga cukup pancainderanya. Dan yang paling penting ialah sempurna akalnya. Dengan akal, kita dapat berfikir secara rasional dan membuat keputusan dengan bijak dan tepat. Dapat menilai mana yang elok dan mana yang tidak. Ini yang paling penting sekali.

 

Dalam situasi kehidupan yang sebenar, jika semua orang mempunyai citarasa yang sama, sudah pasti kedai kain di butik atau busana akan lingkup kerana semuanya sukakan kain songket. Begitu juga dengan soal kecantikan. Sudah tentu juga setiap lelaki sukakan wanita yang sama. Kerana citarasa wajah pun sama barangkali.

 

Di sini jelas mengapa kita dilahirkan berbeza rupa parasnya. Dalam teori perkembangan, baka diindekskan sebagai faktor utama yang mempengaruhi pertumbuhan seseorang. Perkembangan ini merupakan suatu perubahan yang kualitatif. Perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Begitu juga perubahan rupa paras. Lazimnya, kecantikan turut dikaitkan dengan baka yang baik. Ini bermaksud, ibu bapa yang cantik berpotensi menimang cahaya mata yang cantik. Namun, jika ibu bapa berperibadi baik, belum tentu anak mereka akan turut berperibadi. Ia terletak pada cara ibubapa mengasuh dan mendidik anak masing-masing. Secara jelasnya, terbukti bahawa peribadi  tidak dapat diwarisi.

 

Mutakhir ini, ada sesetengah manusia berasa cemburu apabila melihat kecantikan orang lain. Mereka juga seringkali menyalahkan takdir kerana dilahirkan kurang cantik wajahnya. Inilah persepsi negatif yang seharusnya disingkirkan dalam diri setiap individu.  Sebenarnya, tiada langsung imej ‘hina’ bagi mereka yang kurang cantik. Kecantikan yang sebenar kecantikan ialah kecantikan dalaman, soal hati dan budi, soal pekerti dan peribadi.

 

Dunia kontemporari pun cenderung memilih kecantikan batiniah daripada kecantikan zahiriah. Ramai bakal mentua akan memilih menantu yang berperibadi baik berbanding yang cantik wajahnya. Bagi mereka, lebih baik mendapat menantu yang berperibadi baik kerana hanya peribadi menarik yang akan memungkinkan kebahagiaan anak mereka.

 

Suka ditegaskan sekali lagi bahawa, wajah cantik bukanlah cerminan peribadi yang mutlak. Cerminan peribadi yang sebenarnya ialah hati budi seseorang. Arakian, mereka yang merasakan wajah mereka kurang cantik patut melemparkan jauh perasaan ini. Ini kerana, wajah cantik tidak semestinya berperibadi cantik manakala wajah ‘hodoh’ tidak semestinya buruk peribadinya. Apa yang terbaik ialah akhlak itu sendiri seperti sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “.....Rasulullah S.A.W. bukan seorang yang keji mulut dan kelakuannya. Bahkan Nabi S.A.W. bersabda: Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik akhlak: Budi pekertinya......”

 

 

http://www.pustakamaya.net

 

 

3. KONSEP ASAS DALAM SOSIOLOGI

 

 

INTRODUKSI

Dalam medium prospektif sosiologi, pengkajian konsep-konsep asas merupakan elementasi yang paling dominan dan komprehesif. Antara  aspektasi sosiologi yang  perlu difahami ialah proses asimilasi, akulturasi, difusi, akomodasi dan integrasi.

 

Justeru, pemahaman tentang konsep ras dan etnik, bangsa, masyarakat, kebudayaan dan sebagainya adalah sangat diperlukan.

 

KONSEP RAS DAN ETNIK

 

RAS

Salah satu elemen penting dalam pengkajian sosiologi ialah konsep ras dan etnik. Ini kerana, dimensi komparatif dalam membezakan seseorang individu dengan individu lain ialah ialah ras dan etnik itu sendiri.     Sebenarnya, ras adalah suatu perihal yang merujuk kepada ciri-ciri fizikal dalam sesebuah masyarakat. Setiap etnik di dunia mempunyai ciri-ciri fizikal masing-masing. Ia wujud dalam suatu etnik sejak turun temurun dari segi baka yang mempengaruhi sosiobudaya sesuatu bangsa. Impaknya, wujudlah suatu perbezaan budaya, adat dan cara hidup sesebuah bangsa.

 

Meninjau dari perspektif sosiologi,  meletakkan makna ras terhadap perbezaan di antara kumpulan menyebabkan manusia percaya bahawa suatu kumpulan itu membentuk suatu uniti biologi dan bertindak berdasarkan kepercayaan itu. Hasilannya, terbentuklah kesetiaan bersama dan mereka berkahwin dengan ahli yang sama, kumpulan yang sama dan seterusnya ahli daripada kumpulan lain akan menganggap mereka berlainan.

 

ETNIK

Umumnya, etnik adalah perihal yang merujuk kepada ciri-ciri kebudayaan di dalam sesuatu golongan. Ia berkaitan dengan bahasa, agama, negara asal dan kebudayaan lain yang penting. Kumpulan etnik tidak dapat dibezakan  antara satu sama lain berdasarkan ciri-ciri fizikal. Walaupun sesuatu etnik berada berhampiran dengan etnik lain yang berada dalam ras yang sama, masih terdapat perbezaan kebudayaan dalam etnik tersebut.

 

Ironinya, suatu kumpulan etnik ialah sebilangan orang yang ramai, yang menganggap diri mereka dan dianggap oleh orang lain sebagai uniti kebudayaan berdasarkan ciri-ciri kebudayaan yang dipunyai mereka.

 

Perbezaan etnik adalah perbezaan kebudayaan yang dipelajari dan tidak diturun-temurunkan mengikut baka. Kesemua ciri-ciri etnik yang diperolehi sebenarnya adalah dari persekitarannya.

 

BANGSA

Dari astana peristilahan, bangsa boleh  ditakrif dari segi efisien berkomunikasi yakni kesenangan ahli-ahli kumpulan berkomunikasi di antara satu sama lain.

 

Sebenarnya, bangsa adalah berhubung dengan nasionaliti. Maknawinya di sini, bangsa ialah keseluruhan ras-ras atau orang-orang yang menjadikan sesebuah bangsa.

 

Bangsa sering dikaitkan dengan nasionaliti. Mahkamah Kehakiman Antarabangsa mentakrifkan nasionaliti sebagai ikatan undang-undang yang berdasarkan ikatan sosial, perkaitan yang sejati tentang kehidupan, minat dan sentimen, serta diikuti pula dengan hak-hak dan tanggungjawab terhadap negara.

 

Sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama dan yang dapat ditentukan dengan sesuatu kawasan juga dikatakan satu bangsa.

 

Ciri-ciri yang dipegang dalam sesuatu bangsa adalah meliputi bahasa, asal-usul ras dan agama. Bangsa mempunyai tradisi sejarah yang sama dan menunjukkan semangat nasionalisme ataupun tujuan kebangsaan jika mereka ingin mencapai aspirasi kebangsaan.

 

MASYARAKAT

Menurut M.H. Biesanz dan J. Biesan (1969), masyarakat bermaksud suatu sistem kompleks dikalangan individu-individu dan kelompok-kelompok yang didesak kepada nilai-nilai simbolik, kepercayaan, norma-norma biasa yang merupakan sebahagian daripada kebudayaan. Aristotle dalam Katmi Komsono Kibat (1986) pula menyatakan bahawa “Manusia merupakan binatang-binatang bermasyarakat.” Ini bermaksud,  manusia memerlukan manusia lain dalam kehidupan. Tanpa manusia lain, mereka bukanlah digolongkan sebagai manusia normal.

 

Secara konsepnya, manusia terdiri daripada sejumlah manusia yang berhubung dan mempunyai kesatuan sosial serta kebudayaan. Hubungan yang wujud adalah antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan Allah atau mengikut kepercayaan agama masing-masing dan hubungan dijalin berdasarkan undang-undang, peraturan, nilai dan norma, adat dan resam yang dipersetujui secara konsesus. Jelasnya, masyarakat merupakan satu entiti dalam sesebuah negara dan mempunyai ciri-ciri tertentu.

 

JENIS DAN STRUKTUR MASYARAKAT

Salah satu tunjang penting dalam konsepsi sosiologi ialah pemahaman tentang jenis dan struktur masyarakat. Masyarakat manusia dapat dikelaskan kepada jenis-jenis asas pergantungan kepada teknologi yang digunakan mereka untuk hidup di dalam persekitaran semulajadi.

 

Struktur masyarakat pula adalah perhubungan-perhubungan yang dirancang antara perkara-perkara asas dalam suatu sistem masyarakatnya. Ia wujud dan berlainan daripada satu masyarakat kepada masyarakat lain. Perkara-perkara yang penting di dalam struktur sosial ialah status, peranan, kumpulan dan institusi.

 

STATUS DAN KELAS SOSIAL

Mobiliti sosial bermaksud perubahan kedudukan seseorang samada dalam kelas atau status. Ia wujud dalam dua keadaan iaitu secara menegak dan mendatar.

 

Status berkait rapat dengan kedudukan atau fungsi seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat. Status seseorang itu dapat menentukan dimanakah seseorang individu dapat diletakkan dalam masyarakat, dan bagaimana ia harus berhubungan dengan orang lain. Contoh status ialah anak lelaki, orang tua, guru dan sebagainya. kelas sosial pula terbentuk daripada orang-orang yang mempunyai status sosial yang lebih kurang sama. 

 

Status dan kelas sosial yang wujud dalam masyarakat merupakan satu rangkaian struktur yang paling bersangkutan samada dalam sistem itu sendiri atau dalam sistem lain.

 

KOMUNITI

Komuniti ialah satu kumpulan tempatan yang didalamnya orang melakukan satu pusingan penuh atau keseluruhan aktiviti hidup. Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, komuniti bermaksud kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara. Sebagai lanjutannya, komuniti dapat diperincikan lagi secara mendalam seperti berikut:

·           Satu kumpulan manusia.

·           Di dalam satu kawasan geografi.

·           Pembahagian kerja kepada fungsi-fungsi khusus dan saling berkait.

·           Satu kebudayaan dan sistem sosial yang mengaturkan aktiviti-aktiviti mereka.

·           Ahli-ahli yang sentiasa sedar tentang perpaduan serta menjadi sebahagian komuniti tersebut.

·           Ahli-ahlinya yang bertindak dengan cara bersatupadu dan teratur.

 

Sebenarnya, komuniti memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan sebuah negara yang bersatupadu. Antara peranan komuniti ialah:

·           Menggalakkan difusi iaitu proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan dari satu individu kepada individu yang lain dan daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain.

·           Mewujudkan akomodasi atau proses apabila kelompok-kelompok yang berkonflik bersetuju untuk mengadakan interaksi secara aman dan damai.

·           Menjalin integrasi nasional terutama dalam konteks negara Malaysia sendiri iaitu masyarakat majmuk.

 

INSTITUSI

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Institusi bermaksud badan atau organisasi yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu. Secara dasarnya, institusi ialah suatu sistem perhubungan sosial yang teratur dan membawa nilai-nilai serta prosedur biasa yang diterima oleh masyarakat untuk memenuhi keperluan asas masyarakat tersebut.

 

Malaysia mempunyai ciri-ciri sebuah masyarakat yang kompleks. Untuk itu, terdapat lima institusi penting dan asas dalam masyarakat Malaysia iaitu:

·           Institusi kekeluargaan.

·           Agama.

·           Kerajaan.

·           Ekonomi.

·           Pendidikan.

 

Penubuhan sesuatu institusi terdiri daripada penubuhan norma-norma tertentu yang menentukan kedudukan status dan fungsi peranan yang berkaitan dengan sesuatu tingkahlaku.

 

KEBUDAYAAN

Mustafa Hj. Daud (1985) menyatakan bahawa, walaupun terdapat pandangan para sarjana yang berlawanan dalam mengemukakan definisi kebudayaan, ianya masih lagi berupaya mencari persamaan iaitu kebudayaan adalah hasil ciptaan manusia. Kata dasar bagi perkataan kebudayaan ialah budaya. Budaya pula adalah akronim bagi perkataan ‘ budi’ dan ‘daya’.

      

Dr. Sidi Gazalba pula memberi takrifan kebudayaan seperti berikut: “.......Kecekapan (penguasaan) cara hidup dari segolongan manusia. Bermacam aspek kebudayaan adalah bahasa, agama, adat, industri semua yang jadi warisan umum sosial dari golongan, yang dapat berkembang lanjut atau mundur tidak bergantung pada golongan-golongan lain atau biasa berubah bentuk kerana hubungan dengan kebudayaan lain.........” Sudut pandangan Dr. Sidi ini sebenarnya merujuk kepada “New Amerika Encylopedia”.

 

Kebudayaan mempunyai beberapa ciri tertentu. Antaranya ialah:

·           Boleh dikongsi

·           Boleh dipelajari

·           Boleh diwarisi

·           Bersifat universal

·           Dinamik dan boleh diperbaiki

·           Mempunyai lambang dan slogan

·           Memberi kesan

·           Pandangan dunia

·           Berpola dan berstruktur

·           Bersimbolik.

 

Secara umumnya, kebudayaan hanya merangkumi unsur-unsur pemikiran, abstrak, kerohanian dan kejiwaan. Pun, kebudayaan memainkan peranan penting dalam membentuk entiti ketamadunan sesuatu bangsa berdaulat yag tidak terikat kepada paksi bangsa luar.

 

NORMA

Mohd Salleh Lebar (1998) mentakrifkan bahawa norma ialah peraturan masyarakat mengenai tingkahlaku yang betul atau salah dalam situasi tertentu. Norma sosial pula merupakan kelakuan standart yang dikongsi oleh anggota sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka mematuhinya. Sebagai tingkahlaku yang standart, norma sosial dipersetujui oleh sebilangan masyarakat mengenai rasional atau tidak sesuatu tingkahlaku pada masa dan keadaan tertentu ( Ting Chew Peh, 1983).

 

Terdapat beberapa jenis norma dalam konteks masyarakat Malaysia. Antaranya ialah resam (folkways) dan Mores. Sebenarnya, norma adalah peraturan yang wujud dalam masyarakat yang akan memberi petunjuk kepada anggota sesuatu masyarakat untuk bertingkahlaku dalam situasi tertentu dan kewujudannya tidaklah secara bertulis tetapi secara tidak disedari sebilangan besar anggota sesuatu masyarakat yang menyetujuinya.

 

Di sini jelas terbukti bahawa norma menjadi panduan dalam situasi dan masa tertentu untuk masyarakat bertingkahlaku. Setiap norma pula adalah dikawal oleh nilai yang ditetapkan dalam sesuatu masyarakat dan budaya.

 

NILAI

Nilai ialah idea-idea yang dikongsi oleh masyarakat tentang apa yang baik, betul dan dikehendaki (Syarifah Alawiah Alsagoff, 1985). Mohd Salleh Lebar (1998) pula mentakrifkan bahawa nilai ialah idea-idea yang dikongsi oleh masyarakat tentang apa yang baik meliputi apa yang baik atau buruk dalam sesebuah kebudayaan.

 

Konsepsi di sini ialah, nilai merupakan satu ukuran abstrak yang dipersetujui secara bersama dalam satu masyarakat dan satu budaya untuk menentukan bagaimana sepatutnya setiap anggota berfikir dan bertindak untuk mencapai matlamat dan menggunakan segala hasil tindakan serta wujud dalam jangkamasa di atas keperluan dan kepentingan tertentu. Sebenarnya, nilai memainkan peranan penting dalam sesebuah sel masyarakat. Antaranya:

·           Mempengaruhi norma masyarakat.

·           Menyatupadukan masyarakat.

·           Memotivasikan masyarakat.

·           Mengawal tingkahlaku negatif masyarakat.

·           Membolehkan masyarakat membuat pilihan.

·           Penting untuk pengkajian masyarakat.

 

Nilai  sangat penting dalam masyarakat terutama dalam konteks masyarakat Malaysia. Kita tanpa sedar dalam segala corak pemikiran dan tindakan, sebenarnya adalah dikawal oleh nilai yang ditetapkan oleh masyarakat.

 

PROSES SOSIALISASI

Sosialisai bermaksud usaha untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara ( Kamus dewan Edisi Ketiga). Sebenarnya, sosialisasi melibatkan proses yang kompleks dan mengambil masa yang lama serta  membolehkan manusia memperolehi sahsiah dan belajar hidup bermasyarakat. Sosialisasi memainkan peranan penting dalam menghubungkan sesebuah masyarakat. Sosialisasi juga membolehkan masyarakat membiak dari segi sosial dan biologi. Impaknya ia dapat  memastikan manusia akan sentiasa berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain.

 

INTERAKSI SOSIAL

Dari segi pendefinisiannya, interaksi sosial bermaksud proses apabila manusia bertindak atau bertindakbalas dengan orang lain. Interaksi sosial ini terdiri daripada semua tingkahlaku seperti senyum kepada kawan, bertanyakan sesuatu kepada guru, menulis surat dan sebagainya.

Sebenarnya, dalam konteks interaksi, tingkahlaku memainkan peranan yang cukup kompetitif. Ini kerana, tingkahlaku manusia yang paling asas adalah tindakan. Jelasnya di sini ialah, apabila tindakan seseorang itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh tindakan orang lain, maka di sinilah suatu interaksi sosial dikatakan berlaku.

 

 

BIBLIOGRAFI

 

Sidang Editor (2002), Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

 

Shrifah Alwiyah Alsagof (1985), Sosiologi Pendidikan. Longman, Petaling Jaya, Selangor.

 

Ahmad Esa dan Rakan-rakan (2000), Iktisar Sejarah Pembangunan Sosio-Politik dan Sosio-Ekonomi Malaysia. ITTHO, Batu Pahat.

 

Ahmad Esa dan Rakan-rakan (2000), Ikhtisar Sejarah Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia 2. JPK ITTHO, Batu Pahat.

 

 

http://www.pustakamaya.net

 

 

4. BUMI DAN ALAM SEMESTA DARI PERSPEKTIF SAINS DAN BARAT

 

GEOLOGI DAN PENTAKRIFAN

Geo dan Logy adalah gabungan daripada dua perkataan Yunani (Grik purba). Geo bermaksud bumi manakala logy pula bermaksud pengkajian ataupun pembelajaran. Jelasnya dari segi bahasa, geologi adalah satu cabang ilmu (sains) yang mengkaji tentang bumi.

 

Dari perspektif kejuruteraan, geologi kejuruteraan mementingkan penyiasatan dan penyelesaian masalah-masalah kejuruteraan dan alam sekitar yang boleh timbul disebabkan oleh perubahan geologi dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Hasilan daripada kajian yang dilakukan boleh digunakan bagi meramalkan perubahan-perubahan yang akan berlaku dan cara-cara mengatasinya.

 

Sebenarnya, pengkajian geologi adalah berlandaskan kepada berbagai aspektasi tentang bumi iaitu dari segi struktur dan kandungan keseluruhannya hinggalah kepada perkara-perkara yang dipelajari menerusi mikroskop. Tidak ketinggalan juga, pengkajian geologi melibatkan kefahaman tentang asal-usul bumi iaitu satu bidang yang dikenali sebagai kosmologi, serta pembentukannya dari masa ke semasa.

 

Dari taman bahasa ibunda, takrifan geologi mengikut kamus dewan pula ialah sains tentang asal-usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi (kajibumi).

 

 

DARI PERSPEKTIF GEOLOGI UMUM

Geologi adalah menjurus kepada kajian kejuruteraan dan sains bumi. Ia mementingkan penyiasatan dan penyelesaian masalah-masalah kejuruteraan dan alam sekitar yang boleh timbul disebabkan oleh perubahan geologi dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh manusia. Hasilan daripada diagnosis ini  boleh digunakan bagi meramalkan perubahan-perubahan futurulistik dan cara untuk mengatasinya.

 

Umumnya, geologi adalah merujuk kepada bumi dan kandungan di dalamnya, yang mana ia terbentuk melalui proses-proses mengikut skala –masa geologi.

 

Bumi terdiri daripada beberapa lapisan. Lapisan yang paling ke dalam ialah metal (3600 km), kerak dalam (1300), kerak luar (1700 km), dan atmosfera (1000 km dan lebih).

 

Terdapat pelbagai unsur yang membentuk lapisan bumi. Misalnya, unsur-unsur utama yang membentuk kerak luar terdiri daripada oksigen, silikon, aluminium, besi, magnesium, kalsium, pottasium  dan sodium.

 

Pembentukan tanah disebabkan oleh pelbagai proses semulajadi yang kompleks dan perlahan-lahan seperti pergolakan bumi, pengluluhawaan, pengangkutan dan pemendapan. Proses  musnah dalam pembentukan tanah daripada batuan pula terjadi secara fizikal atau kimia. Contoh proses fizikal ialah hakisan melalui tindakan angin, air, glasier atau pemecahan batuan yang disebabkan oleh pembekuan dan pencairan yang berselang-seli dalam retakan.

 

Sebenarnya, tanah dan permukaan bumi terbentuk melalui beberapa proses. Sebagai contoh, gerakan kerak bumi menghasilkan perubahan bentuk strukturnya iaitu lipatan (folds), patahan (faults) dan kekar (joint). Proses musnah dalam pembentukn tanah daripada batuan pula terjadi secara fizikal atau kimia. Proses fizikal adalah hakisan melalui tindakan angin, air, glasier atau pemecahan batuan yang disebabkan oleh pembekuan atau pencairan yang berselang-seli dalam retakan.

 

Terdapat pelbagai faktor yang yang memungkinkan proses ini berlaku. Antaranya ialah pengaruh iklim (suhu), eksfoliasi (bahagian luar batuan terkupas dan terdedah), hakisan oleh angin dan hujan, geseran dan kegiatan organik.

 

Proses kimia pula menghasilkan perubahan bentuk galian batuan induk yang disebabkan oleh tindakan air, oksigen dan karbon dioksida. Antara tindakbalas kimia yang berlaku ialah oksidasi, larutan, pelarut dan hidrolisis.

 
 
DARI PERSPEKTIF BARAT

Barat telah mengemukakan pelbagai teori pembentukan alam semesta untuk menunjukkan kehebatan mereka. Pun, teori ini ada kalanya merentas ke galur ketidaklogikan yang ketara. Ini disebabkan oleh fitrah dan keghairahan manusia itu sendiri yang sentiasa bersifat ingin tahu.

 

Secara fitrahnya, manusia sentiasa didorong oleh rasa ingin tahu mengenai kejadian alam. Manusia percaya bahawa menerusi pengetahuan ini, mereka dapat memahami peranan yang sepatutnya dilaksanakan di dunia ini. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa sebahagian daripada matlamat ilmu sains ialah untuk menjadikan alam ini dapat difahami. Sekurang-kurangnya mampu menghilangkan misteri dan keunikan alam. Juga boleh memperihalkan secara jelas setiap fenomena yang berlaku disekeliling kita. Berikut diturunkan beberapa teori yang dikemukakan oleh para saintis dan barat sendiri.

 
 
PANDANGAN PITHAKORES

Para saintis telah mengorek permukaan bumi dan telah membuat beberapa penemuan penting. Dari kajian-kajian awal, dapat diketahui bahawa planet bumi adalah sebahagian yang terpisah dari matahari berjuta-juta tahun dahulu.

 

Pithakores, seorang saintis terkenal dalam kurun ke-6 mendakwa bumi ini berbentuk bulat. Kenyataan beliau ini tidak diterima umum. Hanya dalam kurun ke-17, kenyataan ini dibuktikan oleh beberapa orang saintis seperi Kobernices, Capler dan Galileo.

 
 
PANDANGAN PARA SAINTIS

Bumi ini berputar dan mengelilingi matahari sejauh 149 juta batu. Ukurlilit bumi pada garisan khatulistiwa adalah lebih kurang 12 756 kilometer. Jika diukur lilitan pada kutub utara, ia sepanjang 12 714 kilometer. Bentuk bumi bukan merupakan bulat tepat, tetapi bujur telur. Luas bumi adalah sebesar 510 juta kilometer persegi.

 

Hasil kajian ramai pakar geologi, mereka mendakwa bahawa berat bumi adalah 6.6 x 1012 tan. Ini termasuklah berat tanah sebanyak 29% manakala selebihnya iaitu lebih kurang 1 per 4 diseliputi oleh air lautan.

 

Para saintis Russia telah mencapai kejayaan yang paling tinggi selama ini dalam kajian mengenai bumi. Lubang yang dikorek di Russia, iaitu di Coala merupakan lubang paling dalam yang dikorek di atas  bumi untuk tujuan penyelidikan.

 

Dalam kajian ini, mereka mendapati suhu bumi bertambah dengan kadar 10 hingga 20 sentigred bagi setiap kilometer ke dalam permukaan bumi.

 

 

PANDANGAN DARI TEORI PEMBENTUKAN ALAM SEMESTA

Sejak dahulu lagi manusia sering tertanya-tanya bagaimana alam ini terbentuk dan bagaimana pula asal pembentukannya. Persoalan ini menjadi perdebatan dan perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli sains. Jawapan yang tepat masih lagi menjadi rahsia yang sedang dicari-cari oleh ahli sains dewasa ini. Antara usaha terbaru ialah dengan cara menghantar teleskop Hubble ke angakasa lepas. Berbagai pendapat dan teori dikeluarkan untuk menjawab persoalan ini. Setakat ini, terdapat tiga teori yang terkenal mengenai pembentukan alam semesta.

 

Beberapa konsep kosmologi telah dikemukakan oleh beberapa tokoh astronomi lampau antaranya konsep geosentrik iaitu konsep bumi sebagai pusat alam dimana semua benda-benda langit bergerak mengelilinginya. Konsep ini dikemukan oleh Claudius Ptolemy (126-161M). Teori heliocentric  pula mengatakan bahawa matahari sebagai pusat alam dikelilingi oleh bumi dan planet-planet lain. Teori ini dikemukan oleh Nicolaus Copernicus (1478-1543M). Beliau menerangkan teorinya ini dalam bukunya

"De Revolutionibus Orbium Coelestium" ( On the revolution of the celestial sphere).

 

Walaubagaimanapun, teori ini telah ditolak apabila penemuan baru tentang alam semesta ditemui. Sejak itu, muncullah beberapa teori moden yang menerangkan  permulaan dan perkembangan alam. Antara teori moden yang dikemukakan adalah seperti Teori Alam Semesta Berevolusi, teori Keadaan Mantap dan Teori Letupan Besar. Pun, teori terbaru yang ditemui setakat ini ialah Teori Lantunan Besar.

 
 
TEORI ALAM SEMESTA BEREVOLUSI

Salah seorang saintis dari Rusia iaitu Friedman telah mengemukakan teori ini pada tahun 1924. Mengikut teori ini, alam bermula dari satu letupan yang amat dahsyat.  Awan gas yang terhasil dari letupan mengembang keluar selama berbilion tahun dan seterusnya mengalami proses pengecutan menjadi galaksi dan bintang .

 

Mengikut teori ini akibat daya tarikan graviti di antara galaksi-galaksi menyebabkan pengembangan keluar menjadi semakin perlahan dan akhirnya berhenti. Ini menyebabkan ia mengecut ke dalam dan galaksi-galaksi akan bertemu dan bersatu menjadi satu yang padu seperti asal berbilion tahun yang lalu. Akibat dari pemampatan yang terlalu kuat akhirnya mengakibatkan satu letupan  yang dahsyat seperti sebelum ini dan proses yang sama akan berulang semula. Teori ini juga menyatakan bahawa tidak ada permulaan yang sebenar dan  proses ini tidak berhenti berulang malah terus berulang. Mengikut teori ini juga, alam semesta adalah tidak statik tetapi berevolusi iaitu keluasan alam  bertambah atau berkurangan terhadap dimensi masa. Alam yang sedang kita diami sekarang masih mengembang.

 

 

TEORI KEADAAN MANTAP

Mengikut teori (oleh Bondi dan Gold) ini, alam tidak bermula dengan letupan. Teori ini juga menerangkan bentuk alam adalah sama jika dari mana-mana arah dan juga pada bila-bila masa iaitu bilion tahun dahulu atau akan datang bentuk alam sama seperti yang kita lihat sekarang.

 

Mengikut teori ini lagi,  proses pembentukan atom yang baru terus berlaku setiap masa. Galaksi terbentuk daripada atom-atom yang terbentuk. Galaksi baru akan terbentuk menggantikan  galaksi-galaksi lama yang bergerak keluar. Galaksi-galaksi baru ini terbentuk semasa alam mengembang.

 

Atom-atom hidrogen terbentuk secara spontan di ruang-ruang antara galaksi-galaksi. Walaupun mengikut teori ini alam mengembang tetapi oleh kerana jumlah bahan atau nisbah adalah sama, maka ketumpatan jasad di alam ini tidak berubah. Teori ini juga mendakwa bahawa umur alam  adalah infiniti dan tiada permulaan dan akhirnya.

 

 

TEORI LETUPAN BESAR

Teori ini dikemukan oleh ahli astronomi Belgium iaitu Abbe Lemaitre(1920-an). Teori ini mendapat perhatian dan diterima oleh kebanyakan ahli sains. Abbe Lemaitre telah mengandaikan pada asalnya semua jisim dan tenaga adalah satu benda yang padu dengan ketumpatan yang sangat tinggi pada satu titik. Pada keadaan ini suhu dan jisim bahan tersebut sangat tinggi manakala jejari bahan tersebut sangat kecil dan menghampiri sifar. Semua bahan tertumpu ke satu titik dan keadaan ini dinamakan primeval atom. Primeval atom mempunyai ketumpatan, suhu dan jisim infiniti manakala isipadunya hampir sifar, keadaan atom ini dinamakan 'ketunggalan' (singulariti) iaitu satu keadaan yang tidak dapat diterangkan oleh hukum-hukum fizik.

 

Kira-kira 15 billion tahun lalu atom primeval ini mengalami satu letupan yang sangat kuat dan dahsyat kemudian ia berpecah dan mengembang ke semua arah. Ketika letupan berlaku sebahagian tenaga ditukar kepada jisim. Suhu letupan sangat tinggi dan selepas letupan terbentuk foton, elektron, positron, nutrino, antinutrino, proton dan neutron. Semua zarah-zarah ini bergerak keluar. Pada masa 105 tahun selepas letupan proton menarik elektron mengorbitnya dan membentuk atom hidrogen.

 

Akibat dari daya tarikan graviti di antara jisim, berlaku pemampatan jisim dan berlakulah permulaan proses pembentukan  galaksi. Didalam galaksi itu kemudiannya berlaku proses pembentukan bintang.

 
 
TEORI LANTUNAN BESAR

Pada  tahun 1989,  satu teori baru tentang kejadian awal semesta  dikemukakan oleh  Hans-Joachim Blome dari Institute of Theoretical Physics di University of Colonge dan Wolfang Priester dari "Institue of Astrophyics  and Extraterrestial Research" di University of Bonn. Teori yang dikemukakan ini dinamakan "Teori Lantunan Besar".   Teori ini mengemukakan ruang dan masa tiada permulaan. Ruang pada mulanya tidak mengandungi sebarang jirim memang sedia ada. Menurut mereka,  ruang ini mengecut kepada suatu keadaan yang tidak dapat dikecutkan lagi dan ruang tersebut tidak pula hilang terus dalam proses pengecutan. Ruang kosong ini mengecut tetapi tidak hilang. Dari keadaan kecut yang paling kecil inilah ruang  tersebut melantun semula ibarat bola getah yang dipamkan angin dan terus mengembang.  Mengikut teori ini pada peringkat permulaan satu fasa tranformasi muncul. Peringkat ini menghasilkan jirim asal bagi pembentukan segala jasad yang ada di alam ini. 

 

Berdasarkan kepada persamaan tenaga - jisim Einstien iaitu  E = mc2, pada peringkat awal ini paras tenaga adalah amat tinggi memenuhi ruang alam dalam bentuk jisim kosmos yang nampak dan tidak nampak telah wujud sebelum lantunan besar ini. Maka ruang asal-mula alam ini tidak kosong tetapi dipenuhi tenaga tanpa jisim (matterless energy).

 

Perbezaan antara teori letupan besar dan lantunan besar ialah dari segi asal-mula kejadian. Teori letupan besar mengemukakan alam bermula dengan Letupan manakala teori lantunan bermula dengan lantunan. Kedua-duanya  mengatakan ruang memang sedia wujud dan terdapat tenaga yang sangat kuat. Ia sedia ada dan tiada permulaan sebelumnya.

 
 
PANDANGAN DARI TEORI BENUA TERAPUNG

Teori ini menyatakan bahawa massa tanah amat besar telah berpindah secara ufuk dalam jarak jauh. Dalam pemindahan horizontal ini, massa tanah telah beradu dengan massa tanah lainnya menyebabka pengangkatan kerak bumi.

 

Para ilmuan lain menyatakan bahawa arus-arus yang timbul dari bahagian dalam bumi bumi yang dipanaskan menggerakkan massa tanah kerak bumi sekeliling. Kesannya, massa tanah ini terpecah dan lapisannya menggumpal menyebabkan terbentuknya gunung-gunung.

 

Teori ini telah menjelaskan kepada kita bahawa telah terjadi dan akan terus berlaku perubahan pada lapisan tanah, gunung dan permukaan bumi pada umumnya yang diakibatkan oleh berbagai hal. Proses ini juga akan mereduksi pelbagai bahagian permukaan tanah di sesuatu kawasan dan menambahkan tempat baru.

 
 
DARI PERSPEKTIF ASIA

Selain dari barat, terdapat juga pandangan dari asia sendiri yang mengemukakan tentang teori kejadian bumi. Antaranya ialah teori yang dikemukakan oleh Profesor Siaveda iaitu seorang ahli geologi marin dari Jepun.

 

Profesor Siaveda menggambarkan bahawa salah satu kejadian bumi iaitu gunung adalah seperi pasak. Pasak dalam konteks ini bermaksud, apabila ada gunung yang menganjur ke atas, maka bentuk yang sama juga berlaku di bawah permukaan bumi. Hasilnya, ini akan dapat menguatkan lagi kedudukan gunung itu sendiri.

 

 

BIBLIOGRAFI

Buku Tamadun Islam:Sains Dan Teknologi(1990), Mohamad Ali bin Hasan(UM,K.Lumpur). Muka surat 77

 

Panel Penulis dan Penyunting (2002), Kamus Dewan edisi ketiga Dewan Bahasa dan Pustaka. Muka surat 394.

 

Puan Sabariah Musa (2002), Pengenalan dan Prinsip Asas Mekanik Tanah. Fakulti Kejuruteraan KUiTTHO, Batu Pahat. Muka surat 7 dan 19-24

 

Md. Dom Md. Yunus dan rakan-rakan (1999), Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia Malaysia, DBP, dan Mahir Publications Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Muka surat 52

 

R. F. Craig, terjemahan oleh Aminaton Marto dan rakan-rakan (1993), Mekanik Tanah Edisi Keempat. Universiti Teknologi Malaysia. Muka surat 1

 

Haji Shahul Hameed (1997), Misteri Di Dalam Bumi - Majalah Mutiara Malaysia, Mutiara Publications (Malaysia) Sdn. Bhd. , Kuala Lumpur. Muka surat 29-30

 

Artikel pilihan laman web Bersama Datuk Mufti Melaka - http://alhuda.mmu.edu.my

 

Drs. H. m. darwis Hude, M. Si dan rakan-rakan (2002), Cakrawala Ilmu Dalam Al-Quran, Pustaka Firdaus, Jakarta. Muka surat 253-254

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5. PENGARUH NILAI TERHADAP PENCAPAIAN PENDIDIKAN

 

“Sesuatu bangsa itu tetap hidup selama akhlaknya baik; bila akhlak mereka sudah rosak, sirnalah bangsa itu.”

 

Menjelang abad ke–20, lebih-lebih lagi dalam era perkampungan globalisasi, Malaysia memerlukan ramai profesional dan teknokrat untuk menjadi tunggak arus modenisasi negara. Wawasan  2020 merupakan hala tuju futurulistik negara melalui proses tranformasi sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks ini, pendidikan merupakan wadah paling dominan untuk melahirkan ahli-ahli dalam pelbagai disiplin ilmu. Dan sudah semestinya, pengaruh sosial memberikan implikasi yang paling relevan dalam pencapaian pendidikan.

 

Dalam pengkajian sosiologi, nilai merupakan salah satu konsep asas yang cukup penting. Secara jelasnya, nilai begitu mempengaruhi pencapaian pendidikan seseorang individu. Dalam pendefinisian maksud nilai, kita menemui pelbagai lontaran idealisme mengikut persepsi sudut pandangan masing-masing. Berikut ialah maksud nilai yang diutarakan oleh Kamus Dewan Edisi Ketiga.

 

Taksiran harga; Harga sesuatu dibandingkan dengan harga lain; Kadar, nisbah; Darjah, kualiti, mutu, taraf; Sifat ketinggian ( Pemikiran, agama, kemasyarakatan dan lain-lain ); Markah ( Dari perkataan Indonesia )

                                  -Kamus Dewan Edisi Ketiga, DBP

 

Dalam mengupas secara lebih mendalam, berikut diturunkan pula maksud nilai dari pandangan beberapa ahli sosilogi.

 

“.....Idea-idea yang dikongsi oleh masyarakat tentang apa yang baik, betul dan dikehendaki.....”, Sharifah Alwiah Al Sagoff (1985).

 

“.....Satu prinsip umum yang menyediakan anggota masyarakat dengan satu ukuran atau standart untuk membuat pengadilan dan pemilihan mengenai tindakan dan matlamat tertentu.....”, Ting Chew Peh (1983).

 

“.....Satu standart yang agak berkekalan dari segi masa atau dalam pengertian yang luas, suatu standart yang mengaturkan satu sistem perlakuan.....”, Clyde Kluckholn.

 

“.....Idea-idea yang dikongsi oleh masyarakat tentang apa yang baik meliputi tanggapan apa yang baik atau buruk dalam sesebuah kebudayaan....”, Mohd Salleh Lebar (1998).

 

Daripada persepsi pengutaraan ahli-ahli sosiologi ini, dapatlah dikombinasikan bahawa nilai adalah satu ukuran abstrak yang dipersetujui secara bersama dalam satu masyarakat dan satu budaya untuk menentukan bagaimana sepatutnya setiap anggota berfikir dan bertindak untuk mencapai matlamat dan menggunakan segala hasil tindakan (atau menyediakan peraturan dalam sesuatu kebudayaan) serta wujud dalam jangka masa yang panjang di atas keperluan dan kepentingan tertentu.

 

Menjurus kepada pendidikan, nilai amat penting kerana dapat menyemai elemen-elemen yang diperlukan untuk meningkatkan pencapaian pendidikan. Melalui nilai, seseorang pelajar akan memperoleh nilai-nilai kemanusiaan dan kemoralan yang langsung akan mempengaruhi pencapaian pendidikan itu sendiri. Banyak peristiwa dalam rakaman sejarah sesuatu bangsa dan negara yang memperlihatkan nilai-nilai yang penting dalam kehidupan manusia. Pendidikan sebagai ejen pembangunan fikrah manusia boleh membina pelabagai nilai seperti nilai etika dan moral, nilai sosial, nilai budaya dan estetika, nilai sosialisasi politik, nilai tradisi, nilai universal, nilai perpaduan dan persefahaman, nilai patriotisme dan sebagainya.

 

Memetik keratan akhbar dalam Berita Harian Bertarikh 30 Jun 2002, Mohd Feroz Abu Bakar menulis begini: “.....Kemerosotan disiplin pelajar juga berpunca dariupada perubahan nilai masyarakat, keadaan sistem pendidikan yang diterima secara meluas oleh rakyat terutamanya selepas negara mengalami pembangunan pesat sejak 1970-an......”. Jelasnya di sini, kemerosotan didiplin itu akan mempengaruhi pencapain pendidikan.

 

Dengan adanya nilai yang positif, timbal baliknya, pelajar akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian masing-masing. Dengan ini, lahirlah satu masyarakat yang tinggi pencapaian akademiknya. Seterusnya wujud bangsa yang berakhlak yang akan mencerakin pencapain fizikal negara.

 

Sebenarnya, nilai memainkan peranan yang cukup penting dalam pencapaian pendidikan. Sebagai contoh, jika sesebuah struktur masyarakat menaruh nilai yang tinggi terhadap pendidikan, maka norma-norna masyarakat tersebut akan menyediakan pendidikan untuk ahli-ahlinya. Dalam konteks kebangsaan, Jika Malaysia menaruh nilai yang tinggi dalam pendidikan, maka norma-norma kerajaan Malaysia akan menyediakan pendidikan untuk rakyatnya. Tidak kiralah samada rakyat Malaysia itu berbilang kaum atau tidak.

 

Dalam memperkatakan aspek nilai, satu perkara lagi yang perlu diketahui ialah aspek sikap. Ini kerana, nilai dan sikap begitu mempengaruhi pencapaian pendidikan individu. Menurut Allport, sikap merujuk kepada kesediaan mental dan saraf, yang disusun melalui pengalaman dan mempengaruhi gerak balas individu terhadap semua objek dan situasi  yang berkaitan dengannya. Jelasnya di sini, sikap adalah pembawaan seseorang individu ketika individu itu bertindak balas terhadap orang lain, kumpulan, isu atau objek-objek. Tindak balas ini juga dipengaruhi oleh emosi seseorang.

 

Dalam perspektif pencapaian pendidikan, nilai dan sikap adalah suatu aspektasi yang komparatif. Pun, nilai dan sikap adalah perkara yang saling berasosiasi antara satu sama lain. Ini kerana, nilai akan menghasilkan sikap yang positif. Sebagai contoh mudah, jika seseorang pelajar menyanjungi nilai pelajaran, dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan menjauhi sifat malas. Memandang dari sudut ini, dapatlah dikenalpasti bahawa nilai adalah lebih abstrak daripada sikap.

 

Nilai yang baik sering dikaitkan dengan akhlak yang baik. Lazimnya, mereka yang berakhlak baik lebih tinggi pencapaian akademiknya berbanding pelajar yang rendah moralnya. Antara hadis rasulullah yang menunjukkan ketinggian martabat akhlak dalam islam ialah:

 

“Aku hanya diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

 

“Rasulullah bukan seorang yang keji mulut atau kelakuan.  Bahkan nabi bersabda: Sebaik-baik kamu ialah yang terbaik akhlak budi pekertinya.”

 

                (Bukhari dan Muslim)

 

“sesungguhnya orang yang sangat saya kasihi dan yang terdekat padaku majlisnya  di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat saya benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara, sombong dalam perbicaraanya  dan berlagak menunjukkan kepandaiannya.”

              (Al-Tirmizi)

 

 

 

Dalam konteks sosiologi, beberapa orang ahli penyelidik telah membuat kajian tentang pengaruh  nilai berbagai-bagai kelas sosial terhadap pembelajaran di sekolah. Antaranya yang paling terkenal telah dibuat oleh Charters (1953, 1963), Davis (1948), Havighurst (1963, 1964, 1971) dan Milver dan Woock (1970). Perbezaan nilai yang penting bagi pendidikan adalah seperti orientasi masa, orientasi peribadi, imej diri sendiri, motivasi dan  keagresifan fizikal.

 

ORIENTASI MASA

 

  • Kanak-kanak kelas sosial tengahan

Sejak kecil, kanak-kanak kelas ini sudah diajar menangguhkan ganjaran. Mereka diajar bahawa aktiviti-aktiviti seperti pergi ke sekolah dan belajar adalah berfaedah. Bukti kebenaran hakikat ini ialah ibu bapa mereka sendiri yang mendapat pencapaian yang tinggi dan menyandang kedudukan pekerjaan yang baik.

 

  • Kanak-kanak kelas sosial bawahan

Bagi kanak-kanak kelas ini, mereka tiada contoh atau model sebagai inspirasi. Hasilannya, mereka tidak dapat melihat secara langsung daripada perancangan masa yang begitu lama. Oleh itu, mereka tidak sanggup menantikan ganjaran dan tidak sanggup menagguhkan keperluan dan keinginan kini untuk ganjaran akan datang. Bagi mereka ialah prospek masa kini, iaitu orientasi masa mereka untuk masa sekarang.

 

 

ORIENTASI PERIBADI

 

  • Kanak-kanak kelas sosial tengahan

Kehidupan mereka adalah berorientasikan objek , tidak personal dan birokratik. Matlamat mereka berorientasikan kejayaan atau pekerjaan akan datang di dalam keadaan yang tidak personal.

 

  • Kanak-kanak kelas sosial bawahan

Bagi kanak-kanak kelas sosial ini, mereka lebih mementingkan persahabatan yang rapat dan personal di dalam kumpulan sebaya, dan kesetiaan kepada keluarga.

 

 

IMEJ DIRI SENDIRI

 

  • Kanak-kanak kelas sosial tengahan

Kanak-kanak kelas ini sering mempunyai imej diri sendiri yang positif. Seterusnya, ini akan mempengaruhi pencapaian pendidikan mereka.

 

  • Kanak-kanak kelas sosial bawahan

Mereka tidak mendapat perhatian masyarakat kecuali apabila mereka melakukan perbuatan yang dikatakan jahat. Kanak-kanak kelas ini sering dipandang sebagai miskin dan tidak berkemampuan dan dianggap sebagai beban masyarakat. Bagi golongan dewasa dan remaja pula, gaji mereka rendah malah kadang-kadang tidak memperoleh pekerjaan langsung. Kesannya, ini akan memepengaruhi penilaian tentang diri mereka sendiri. Mereka juag akan meragui kebolehan untuk berjaya. Dan ini akan berterusan buat selama-lamanya.

 

 

MOTIVASI

 

  • Kanak-kanak kelas sosial tengahan

Kanak-kanak kelas ini sentiasa dimotivasikan samada secara langsung atau tidak oleh ibu bapa mereka. Ini akan berterusan daripada ibu bapa kepada anak-anak. Dengan ini, ianya akan mempengaruhi pencapaian pendidikan mereka.

 

  • Kanak-kanak kelas sosial bawahan

Mereka tidak menegaskan pencapaian dan kejayaan. Mereka juga tiada model sebagai inspirasi untuk memberi semangat kepada mereka untuk berjaya.

 

 

KEAGRESIFAN FIZIKAL

 

  • Kanak-kanak kelas sosial tengahan

Keagresifan fizikal kanak-kanak kelas ini terselindung di dalam bentuk kata-mengata, umpat mengumpat dan bijak pandai bercakap.

 

  • Kanak-kanak kelas sosial bawahan

Sistem dendaan dan ganjaran kanak-kanak kelas ini adalah berdasarkan keagresifan fizikal. Sebagai contoh, mereka menganggap bahawa deraan fizikal adalah berpatutan.

 

Kesan daripada nilai-nilai yang negatif di kalangan kanak-kanak kelas bawahan ini, ramai ahli sosiologi seperti Havighurst (1964) menyatakan bahawa mereka tiada sebarang nilai yang dapat menandingi kelas tengahan.

Sebenarnya, banyak elemen yang tercakup dalam aspek nilai. Antaranya ialah; Kepercayaan khusus tentang sesuatu perkara khusus, merupakan satu standart, satu kepercayaan yang dipelajari, boleh mempengaruhi sahsiah dan pemikiran, berkaitan dengan pergerakan dan mungkin tertumpu kepada beberapa objek atau perkara.

 

Menurut Krathwohl, domain afektif merangkumi aspek emosi, sikap dan niali murid-murid. Berikut pula ialah taksonomi ( kajian tentang prinsip) domain afektif.

 

·        PENERIMAAN : Merujuk kepada kesanggupan murid memberi perhatian kepada suatu ransangan atau aktiviti.

·        BERTINDAK BALAS : Pada peringkat ini, murid-murid bertindak balas secara aktif, misalnya kerja rumah mengikut kehendak guru.

·        MENILAI : Merujuk kepada nilai yang diberi oleh murid-murid terhadap sesuatu objek atau fenomena. Misalnya, murid yang memberi nilai yang tinggi terhadap pencapaian pendidikan akan sentiasa hadir dalam kelas.

·        ORGANISASI : Pada peringkat ini, murid-murid mula menyusun sesuatu sistem nilai  bagi membentuk satu falsafah hidup.

·        PERWATAKAN OLEH SESUATU  NILAI : Di peringkat ini, individu telah memperoleh suatu sistem nilai yang konsisten yang mengawal tingkahlakunya dalam masa yang agak lama.

  -E Ah Meng (1994)

 

Terdapat  beberapa faktor yang mempengaruhi pembelajaran sikap dan nilai. Antaranya ialah peniruan, pengalaman dan kaedah pembelajaran. Peniruan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian pendidikan. Oleh itu, guru mestilah berusaha sedaya upaya menunjukkan sikap yang baik dalam mempengaruhi pencapain pendidikan anak-anak didiknya. Begitu juag dengan pengalaman. Sekiranya seorang pelajar menunjukkan pencapaian pendidikan yang baik, murid ini mestilah dipuji untuk memberi pengalaman manis kepada pelajar berkenaan. Dengan ini, sikap dan nilai yang ditonjokkan ini akan diteguh dan diulangi pada masa hadapan. Secara langsungnya, pencapaian pendidikan pelajar ini akan konsisisten dan meningkat dari semasa ke semasa.

 

Jelasnya di sini, pengaruh nilai terhadap pencapaian pendidikan adalah sangat penting lebih-lebih lagi apabila nilai ini berbeza-beza mengikut garisan kelas sosial dan taraf sosioekonomi. Kerana nilai memainkan peranan yang penting dan mempengaruhi pecapaian pendidikan seterusnya lahir manusia yang seimbang, teringat kata-kata John Dewey iaitu:

 

Education is a process of forming fundamental disposion, intelectual and emotional towards nature and fellow man.

                                                                      (John Dewey)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

6. KEUNIKAN ALAM: BUKTI KEBENARAN AL-QURAN

 

Sebenarnya, dalam Al-Quran terdapat banyak fakta-fakta dan mukjizat yang saintifik. Banyak laman web, buku-buku serta video telah dihasilkan untuk membuktikan  bahawa Islam itu asalnya daripada Allah, bukannya dicipta. Ini dilengkapi dengan bukti dan sokongan serta hujah yang tepat secara saintifik dalam al-quran dan hadis. Impak positif, ini telah dapat membongkar banyak kejanggalan dan kepelikan yang terlalu saintifik.

 Salah seorang geologis marin dari Jepun iaitu Profesor Siaveda pernah menyatakan bahawa bumi terbentuk dalam keadaan berpasak-pasak. Ini bermakna, lapisan yang tinggi akan membentuk gunung manakala cenuramnya akan membentuk jurang dalam lautan. Sebenarnya, kejadian bumi dalam bentuk pasak telah lama termaktub dalam al-quran, surah An-Naba’: 6-7 sebagaimana berikut: “Bukankah kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?.Dan gunung-gunung sebagai pasak.”

 Di sini jelas membuktikan bahawa al-quran itu benar datangnya dari Allah, bukan kitab ciptaan. Juga membuktikan bahawa aspek sains sendiri ada yang tidak bercanggah dengan pernyataan Al-Quran.

 Dari aspek  kelautan, sains ada menyatakan bahawa bumi terdiri daripada 75% air. Berkaitan dengan hikmah penciptaan laut, Allah S.W.T telah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 14 yang bermaksud: “Dan dialah, Allah yang menciptakan lautan (untuk kamu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat kapal belayar padanya, dan supaya kamu mencari keuntungan dari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur.”

 Allah S.W.T telah menciptakan lautan dengan luasnya yang mengkagumkan. Manfaatnya adalah sangat besar. Lautan diciptakanNya mengelilingi seluruh bumi. Padahal lautan itu merupakan bumi yang digenangi air yang amat banyak meliputi seluruh bumi. Hingga seluruh daratan dan pergunungan yang nampak, jika dibandingkan dengan lautan adalah laksana buih yang sedikit yang berada di permukaan lautan yang luas.

 Mr. Jacques Yves Costeau merupakan seorang Oceanografer (ahli kelautan) dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Beliau  telah menyelam di banyak dasar lautan seluruh dunia malah turut menghasilkan filem dokumentari tentang keindahan alam bawah laut untuk tontonan jutaan manusia di seluruh dunia. Ketika sedang melakukan penerokaan di dasar laut, beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan tidak bercampur dengan air laut yang masin disekelilingnya . Fenomena ini seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Keganjilan ini memberikan kekaguman yang tinggi kepada beliau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin ditengah-tengah laut berkenaan. Dia pada mulanya berfikir, adakah itu hanya halusinasi atau khayalan sewaktu menyelam. Pun, setelah kejadian itu beliau terus berusaha mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil berkenaan.

 Suatu hari, dia bertemu dengan seorang profesor muslim, lantas menceritakan fenomena ganjil itu. Lantas profesor tersebut teringat satu ayat Al-Quran tentang penemuan tentang dua lautan dalam surah Ar-Rahman ayat 19-20 yang sering dikaitkan dengan terusan Suez. “Dia biarkan dua lautan bertemu, diantara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”

 Jelasnya, fenomena keganjialan alam ini sebenarnya sudah pun termaktub dalam al-quran, Al-Furqan-53 : “Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan dia jadikan anatara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

 Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang penemuan dua lautan yang tidak bercampur itu diertikan sebagai keadaan muara sungai, apabila terjadinya pertemuan antara air tawar (sungai) dan air masin dari air laut. Namun, tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surah Ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud :

 “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan”

 Sedangkan, dimuara sungai tidak ditemui mutiara. Di sini satu lagi bukti penemuan geologi lautan yang sebenarnya telah tercatit dalam Al-Quran.

 Impaknya, Mr Costeau terpesona mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di dasar lautan. Beliau berpendapat bahawa, mustahil Al-Quran disusun oleh Nabi Muhammmad, semasa zaman yang belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang begitu jauh di dasar lautan.

 Pun, fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad ke 20. Ini nyata membuktikan bahawa Al-Quran telah mendahului segala-galanya. Dan Alhamdulillah, beliau mendapat hidayah daripada Allah untuk memeluk Islam.

 Sains juga pernah menyebut bahawa lapisan kerak bumi adalah kawasan yang sentiasa bergolak. Proses pergolakan ini memberi kesan terhadap susun atur dan struktur batuan. Geseran, himpitan, dan lipatan menghasilkan tekanan dan suhu yang tinggi dalam kerak bumi. Tekanan dan suhu yang tinggi menolak keluar batuan, bahan pepejal, cecair dan gas ke permukaan bumi melalui letupan gunung berapi. Bahan cecair yang membeku dan debu akan membentuk tanah atas. Jelasnya disini ialah, lapisan bumi itu adalah tidak statik (tidak bergerak-gerak). Sebenarnya, fenomena ini telah disebut oleh Allah S.W.T dalam surah An-Naml ayat 88 yang bermaksud:  “Dan kamu lihat gunung-gunug itu kamu sangka dia tetap ditempatnya padahal ia berjalan sebagai jalannya awan.(begitulah) perbuatan Allah membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

 Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hambaNya. Antaranya, kita tidak boleh menjelajah jauh keseluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada. Mungkin betul dan mungkin juga salah. Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. JawapanNya diterangkan di dalam Al-Quran melalui RasulNya.

 Jelasnya disini ialah, terdapat banyak kejanggalan dan keanehan serta keganjilan fenomena geologi yang telah tercakup dalam Al-Quran. Justeru, tiada lagi alasan untuk manusia menyangkal kebenaran Al-Quran serta kekuasaan Allah S.W.T. Setiap kejadian geologi ada hikmah yang tersurat dan tersirat seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Mursalat ayat 25-26 yang bermaksud; “ Bukankah Kami jadikan bumi sebagai tempat berkumpul orang-orang hidup dan orang-orang mati?”

 Al-Quran diturunkan semasa hayat Rasullullah iaitu lebih 1500 tahun dahulu. Sedangkan, penemuan ini baru berlaku di zaman ini. Jadi, adalah mustahil bahawa Al-Quran itu direka-reka.

 Allah S.W.T Maha Pencipta. Dengan sifatNya ini, Allah S.W.T boleh menciptakan langit dan bumi melalui proses yang dikehendakinya.

“Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar.Dan benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan , jadilah lalu terjadilah , dan ditanganNyalah segala kekuasaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”(Al-Anam: 73)

 Asal kejadian alam semesta sehingga terbentuknya bumi, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung ( Dr Zakaria Awang Soh, 1990) iaitu; bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang wujud / tunggal), Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit dan Pemisahan berlaku sacara sistematik untuk menghasilkan hokum-hukum fizikal dan peningkatan jirim (ordening matter).

 Apapun penemuan sains tentang keunikan alam, Al-Quran telah mendahului. Jadi, mungkinkah isi kandungan Al-Quran itu dicipta?

  

BIBLIOGRAFI

 Imam Al-ghazali (2002), Rahsia Kejadian Makhluk, Cresent News (KL) Sdn. Bhd. , Selangor.

 H.Bambang Pranggono (2001), misteri Penemuan Air Tawar di Dasar Lautan – Majalah Haluan, Tinta Image, Selangor.

 Md. Dom Md. Yunus dan rakan-rakan (1999), Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5. Kementerian Pendidikan Malaysia Malaysia, DBP, dan Mahir Publications Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

 

(UTUSAN MALAYSIA, 1 Oktober 2003)

 

DBP WILAYAH TIMUR PERLU LEBIH AKTIF

Kelantan memang terkenal dengan jolokan lubuk penyair. Masakan tidak, ramai anak-anak dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini telah hadir sebagai sasterawan tulen. Malah, ada yang sudah gah sehingga berjaya meraih Anugerah Sasterawan Negara yang membawa gelaran SN atau Anugerah S.E.A Write Awards. Dalam bidang penulisan kreatif, puisi terutamanya, nama-nama seperti Lim Swee Tin, A. Aziz Deraman, Dharma Mohamad, Abdul Hadi Yusoff, Sazalee Yaacob, Leo A.W.S, Wadi Leta S.A, Abham T.R, Haron A.H dan Rosli K. Matari memang tidak asing lagi bagi penggemar dan peminat puisi melayu.

Dalam bidang pencerpenan pula, nama Zahari Affandi pernah mantap suatu waktu dahulu. Nama lain seperti S. Othman Kelantan juga cukup prolifik. Siapa pula yang tidak kenal penulis cerpen yang cukup popular dengan cerpen Anak-Anak Dari Kampung Pasir Pekan (AADKPP), Dr. Fatimah Busu.

Bagaimanapun, ramai yang tidak lagi membesarkan karya-karya di negeri ini. Kalau adapun, mungkin boleh dihitung dengan jari. Bagaimana pula dengan novel? Berapa orang yang sudah hadir sebagai novelis penting tanahair, tidak kiralah samada novel sastera atau novel popular. Inilah persoalan yang tidak perlu dijawab kerana jawapannya sudah terhidang depan mata; ramai yang terpaksa berhijrah ke negeri lain kerana tuntutan tugas. Apapun, tahniah kepada mereka yang masih aktif menulis, yang karyanya masih menghiasi halaman sastera akhbar atau majalah dan tidak putus-putus menang hadiah.

Kalau disebut satu persatu, mungkin agak ramai juga. Misalnya, Lim Swee Tin sudah berhijrah ke Serdang, jadi pensyarah di UPM. A. Aziz Deraman di Kuala Lumpur, jadi orang kuat DBP, Mohd Azli Lee Abdullah di Pahang, jadi cikgu. Hashim Yaacob pula di UM, sudah pun jadi orang kuat UM. Rahimidin Zahari di Istana Budaya, kerja di sana. Itu tidak dikira lagi yang sedang gelandangan di ibu kota atau lain-lain tempat. Mereka bukan lari, tapi kerana tugasan yang memaksa mereka berpindah. Kita akur.

Justeru, Kelantan memerlukan lapisan pelapis yang berwibawa dan lebih efisien bagi meneruskan tradisi pengkaryaan ini. Yang merisaukan, hanya beberapa kerat saja penulis muda Kelantan yang karyanya berjaya menembusi tembok kebal penerbitan. Setakat ini, hanya beberapa nama saja yang muncul antaranya Wan Marzuki Wan Ramli, Azman Hussin, Zanazanzaly, Rozais Al- Anamy, Mohd Nazmi Yaakub, Salman Sulaiman, Anjan Ahzana, Mohd Zizee Setapa, Fauzi Amir Gus dan beberapa kerat lagi. Ada pula yang tenggelam timbul. Paling menyedihkan, ada yang tenggelam ghaib, langsung tidak timbul lagi.

Kecuali Mohd Nazmi Yaakub yang telah memenangi Peraduan Menulis Novel Alaf Baru lewat novel Merentas Sungai sejarah, nampaknya yang lain lebih senang menerbitkan sendiri kumpulan puisi. Apapun, Mohd Nazmi nampaknya seakan-akan tidak berpuas hati dengan promosi novel alaf baru yang kurang menyengat. Yang katanya novel alaf baru tersorok di kedai-kedai buku.

Semasa melewati sebuah kedai buku baru-baru ini, saya menjumpai dua buah buku puisi yang baru diterbitkan oleh DBP iaitu oleh Dharma Mohamad dan Abdul Hadi Yusoff. Antara banyak-banyak antologi puisi Leo A.W.S pula, kalau tidak silap saya hanya sebuah saja yang diterbitkan oleh DBP. Itupun saya jumpa agak tersorok sedikit di salah sebuah kedai wakil pegedar DBP. Mereka ini penulis yang sudah mapan. Tidak salah jika DBP menerbitkan karya mereka. Mana yang lain? Terutama penulis muda yang semakin sudah boleh dipertanggungjawabkan. Mungkinkah karya penulis muda Kelantan ini masih kosong dan hambar. Atau karya eksperimental (kalau ada yang ditulis oleh penulis muda Kelantan) ini masih gagal menggamit khlayak?

Di Kelantan, ada beberapa nama penulis muda yang sudah ada antologi puisi sendiri, yang ongkos penerbitannya juga ramai menggunakan duit sendiri. Misalnya kumpulan puisi duet antara Zanazanzaly dan Rozais Al-Anamy, Azman Hussin dengan Candu dan Dongeng Pascamerdeka, Salman Sulaiman dengan Pemain Bahasa manakala Anjan Ahzana pula dengan Tamtama.

Tahniah diucapkan kepada beberapa badan penulis Kelantan yang masih aktif menganjurkan aktiviti misalnya PPK, GEMA, Puspa dan Pesisir. Terutama sekali kepada GEMA yang banyak menjurus kepada penulis muda. Tidak lupa juga kepada DBP Wilayah Timur dan Pejabat Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kelantan yang sentiasa bergandingan.

Sejak terbinanya bangunan DBP di Jalan Hospital, Kota Bharu pada tahun 1999, ramai penulis Kelantan yang menyambut baik penubuhan ini. Dengan harapan, hubungan penulis Kelantan dengan DBP semakin bertambah erat. Tidak perlu lagi berurusan dengan DBP pusat di Kuala Lumpur.

Banyak juga program yang telah dijayakan oleh DBP Wilayah Timur. Antaranya penerbitan antologi puisi sempena Malam Apresiasi Puisi Ramadan (MAPR) iaitu Nyanyian Kembara (DBP, 1999) dan Purnama Barakah (DBP, 2000) dengan kerjasama GEMA yang telah berjaya mengumpul penulis tanahair malah dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei. Disusuli pula dengan Sayembara Cerpen Timur (SCT) pada tahun 2001, Pengucapan Puisi Kota Bharu (PPKB), siri-siri ceramah, Dialog Pantai dan banyak lagi.

Tetapi, sejauh manakah sumbangan DBP Wilayah ini berjaya membela nasib penulis muda? DBP Wilayah Timur sebagai organisasi pengembang sastera tanahair sepatutnya mengambilkira dan tidak memandang remeh perkara ini. Kalau DBP pusat menganjurkan Minggu Penulis Remaja (MPR) sebagai acara tahunan untuk mengasah bakat-bakat baru, DBP Wilayah Timur pula apa yang diagenda?

Apapun, sekalung tahniah perlu dititipkan kerana telah mewujudkan hadiah sastera sendiri, yang salah satu kategorinya khusus untuk penulis di bawah umur 25 tahun. Apapun? saya tertanya-tanya sendiri, berapa orangkah penulis muda bawah 25 tahun yang sudah ada antologi sendiri? Bagaimana pula kalau mereka tidak menyedari kehadiran hadiah ini. Sebenarnya, publisiti untuk hadiah sastera ini nyata terlalu kurang. Hanya beberapa buah artikel sahaja yang memberi publisiti untuk hadiah ini. Publisiti hadiah ini turut dimuatkan dalam laman web DBP. Tapi, berapa ramai anak Kelantan yang selalu melayari laman web DBP ini?

Baru-baru ini, saya sempat juga ke menjengah Bangunan DBP Wilayah Timur untuk urusan seorang teman yang tidak ada kaitan dengan sastera atau budaya. Sempat juga meninjau-ninjau ruang pejabat yang agak selesa dan setaraf dengan menara DBP pusat. Ruang bekerjanya juga cukup memuaskan. Di tingkat bawah ada galeri buku. Naik satu tingkat ada Dewan Seminar. Naik satu lagi, barulah dapat lihat orang DBP bekerja. Wow, cantik dan ceria. Tapi, seceria manakah DBP wilayah Timur ini memperjuangkan nasib penulis muda?

Nampaknya, ketua Unit Sastera DBP Wilayah Timur, Mahani Che Ibrahim dan Ketua pengarahnya perlu mengambil serius perkara ini. Ironinya, buah kelapa yang matang akan bermula dari yang muda. Ia tidak boleh matang dengan semerta.
 

(Mingguan Malaysia, 10 Januari 2004)