| LUTFI ISHAK |
SAJAK |
Marsum Duka Bangsa | Tualang 1 | Buat yang bernama Azna 2 | Terima Kasih | Tajuk? | Tangan | Katak | Pencarian I | Kisah Seekor Rerama |
| Gadisku |
|
Kepada Parameswara:
|
TUALANG 1 Aku tualang menunggang bahasa pujangga bertualang ke dalam kalbu cari bahagia. Aku akan berhenti bertualang ke dalam kalbu setelah bersua dengan diri. Kerana dalam diri terkancing bahagia sejati. MUHD LUTFI ISHAK 25 November 2001
|
|
|
|
| TERIMA KASIH Terima kasih abah kerana membina rumah hidupku dengan atap firman berdinding sunah junjungan. Terima kasih emak mengajarku jadi anak sekali gus memberi mekanisme puncak air mata dukamu. Terima kasih abang kerana dalam pengembaraan ini kau isi pengalamanmu ke dalam beg akalku. Terima kasih kakak mendefinisikan sebuah ikatan dengan sebaik - baik pengertian: lelaki dan perempuan adalah gunung adalah tumbuhan saling memerlukan. Terima kasih adik kerana masih menghormatiku walau selalu terlupa aku seorang abangmu. Terima kasih sahabat kekal di sisi berganding tangan muafakat melepasi cabaran di lorong - lorong pejuang. Terima kasih sayang kerana sabar menggenggam janji setia di beranda kepercayaan menunggu pulangku memenuhi kelengkapan membina mahligai kehidupan. Terima kasih pada-Mu Tuhan terus memberi wang rahmat walau aku kerap tersilap membeli barang keperluan akhirat. AL - ISLAM ( OKTOBER 2001) |
TAJUK? Prolog: |
| TANGAN kami berjuta tangan mengangkat kau ke atas dan jangan lupa kami masih juga sejuta tangan yang akan menarik kau kembali bila - bila saja jatuh sujud mengemis di kaki kami. ingat jangan sampai sejuta kaki kami yang menapak di bumi menerjangmu sampai MATI! 8 Ramadhan 1422 Mpb |
KATAK (tersiar di majalah Akar) Kami kaum katak segala daerah sentiasa melompat sambil menjebak nyamuk atau menyanyi memanggil hujan kerana kau memanggil kami dengan tutur terhormat kami pun ke daerahmu rela jadi peliharaannmu kerana khabar sekalian katak kalau datang ke sini mampu lompat lebih tinggi. Cuma perlu sedar kau kami keturunan katak laluhur kami leluhur katak rela diajar melompat tinggi - tinggi supaya tidak ditinggalkan zaman supaya bangsa kami tidak diperibahasakan katak di bawah tempurung tetapi katak intelek namun jangan sekali kau ajar kami terbang kerana kelaziman katak hanya melompat. MPB. |
| PENCARIAN 1
Bertahun-tahun, ku carimu, kugeledah pertiwi, kuselak masalepas, hanya darah di ranjang sirah, Bertahun-tahun, ku damba wajahmu. Kujumpa masih lakaran-lakaran bebas - di papan kuliah, di kertas ilmiah. Bertahun-tahun carimu, kau hanya diseru pujangga - kau dirindu sang teraniaya. Bertahun-tahun carimu, (sejak mengenal aksara) - ku dikilas gundah, Mencarimu adalah derita. Kenangmu adalah seksa. Adakah kaumati? Dilemasi sperma Micheavelli? Bukankah kau abadi? 21 Jan 03 |
KISAH SEEKOR RERAMA
Adapun rerama itu sebelum mampu menduga gelombang udara dunianya di dalam pupa* terlindung dari panah hujan dan segala petaka hutan. Setelah badannya cukup perkasa kukuh lebar sayapnya dia pun mengepak ke udara terbang pergi mencari bunga dan sekumpulan bangsanya meninggalkan pupa tidak lagi kembali |
| GADISKU Dipikat kau menjadi gadisku bukan sekadar mencicip nikmat kasih dan panas matahari esok tetapi bersama menghimpun obor amal menerangi lorong ke mahsyar. Kau tahu gadisku jantan ini sepi tanpamu hidup jadi sifar erti. Gadisku seperti nama Muhammad yang menggetarkan jiwa Fatimah ketika pandang pertama, seperti itulah namamu membenam di hatiku. URTV April 2001 |
|