ANDA PELAWAT KE-
|
kAPAS Enterprise (No: 001369352-U) kAPAS Publication (No: 001390522-X) URL http://www.esastera.com/kAPAS
e-mel |
Alamat Pos No. 96, Jalan 7/71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur |
eSastera
Enterprise (No: 001470857-K) (No: 001427552-T) URL http://www.esastera.com/eSastera e-mel |
|
Untuk sebarang pembayaran secara pos kepada kAPAS Enterprise atau kAPAS Publication, sila masukkan bayaran ke dalam akaun bank Kapas Enterprise di Bank Bumiputra Commerce, Akaun No: 1421-0008340-05-4 |
Untuk sebarang pembayaran secara pos kepada Esastera Enterprise atau eSastera Publication, sila masukkan bayaran ke dalam akaun bank Esastera Enterprise di Bank Bumiputera Commerce Akaun No: 1421-0008623-05-4 |
| KANDUNGAN | Penerbitan Di Internet | Penerbitan Buku | Hadiah eSastera.com (HeS.com) |
| Anugerah Sasterawan Alam Siber (Aswas) |
Penerbitan kAPAS Enterprise Di Internet

|
MAJALAH SASTERA DALAM INTERNET MEMPERKASA DAN MENGANTARABANGSAKAN
...DAN BERKARYA KE ARAH
HADIAH NOBEL
|
|
Kursus Kepenyairan e-Sastera |
Semelar |
Semelar |
|
Sajen |
Apas |
Surat-surat Yang Tak
Terhantar Harga RM10.00 |
Harga "Pakej Hadiah" : Lima buku RM12.00 sahaja !!!!!
Hadiah eSastera.com
Melalui majalah sastera dalam internet esastera.com, kAPAS Enterprise menganjurkan Hadiah eSastera.com. Setakat ini, satu hadiah telah selesai dianjurkan, iaitu HeS.com 2003 dan satu lagi sedang berlangsung, HeS.com 2004. Hadiah eSastera 2005 telah dilancarkan.
|
Hadiah eSastera
2005 Hadiah eSastera 2005@@ ialah anugerah untuk karya yang disiarkan di majalah esastera.com di sepanjang tahun 2004. Anugerah ini terbahagi kepada lima kategori: 1. Anugerah Penyair Alam Siber 2005 (Apas 2005). Hadiah utama RM2005. 2. Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2005 (Asjas 2005). Hadiah utama RM1000. 3. Anugerah Cerpenis Alam Siber 2005 (Acas 2005). Hadiah utama RM1000. 4. Anugerah Novelis Alam Siber 2005 (Anas 2005). Hadiah utama RM1000. 5. Anugerah Haiku Melayu Alam Siber 2005 (Ahmas 2005). Hadiah utama Yen2005. |
@@Penyertaan telah ditutup
pada 31.12.2004. Majlis penyampaian anugerah sedang dirancang. Untuk perkembangan terkini, sila klik DI SINI. |
|
HeS.com
2004 HeS.com 2004## ialah anugerah untuk karya yang disiarkan di majalah e-sastera di sepanjang tahun 2003. Anugerah ini terbahagi kepada lima kategori: 1. Anugerah Penyair Alam Siber 2004 (Apas 2004). Hadiah RM2004. 2. Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2004 (Asjas 2004). Hadiah RM1000. 3. Anugerah Cerpenis Alam Siber 2004 (Acas 2004). Hadiah RM1000. 4. Anugerah Novelis Alam Siber 2004 (Anas 2004). Hadiah RM1000. 5. Anugerah Sajak Multimedia/Interaktif Alam Siber 2004 (Asmi 2004**). Hadiah RM1000. 6. Anugerah Haiku Melayu Alam Siber 2004 (Ahmas 2004). Hadiah Yen2004. 7. Anugerah Haiku Jenaka Alam Siber 2004 (Ahjas 2004). Hadiah Yen2004.
##Telah selesai dilaksanakan pada 25.12.2005. Untuk laporannya, sila kllik DI SINI.
|
**
ANUGERAH SAJAK
MULTIMEDIA/INTERAKTIF (ASMI) 2004
1.0 Pendahuluan 2.0 Objektif 3.0 Syarat 4.0 Hadiah 5.0 Kelayakan 6.0 Pengadilan ASMI 2004: Dilancarkan pada 8.5.2003. Dianjur oleh Komuniti "Penyair" Alam Siber. WAB/8.5.2003 |
|
HeS.com
2003 Aspas 2003 ialah anugerah untuk karya yang disiarkan di majalah e-sastera di sepanjang tahun 2002. Anugerah ini terbahagi kepada dua kategori: 1. Anugerah Penyair Alam Siber 2003 (Apas 2003). Hadiah RM2003.*** 2. Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas 2003). Hadiah RM1000.*** |
***Telah selesai
dilaksanakan pada 30 Ogos 2003. Untuk laporannya, sila klik DI SINI. |
Anugerah Sasterawan Alam Siber (Aswas)
|
1.0
PENDAHULUAN
Perkembangan sastera Melayu di alam siber (internet) pada masa ini amatlah menggalakkan. Beberapa laman web yang dikendalikan pihak tertentu menyediakan wadah untuk penulis menyiarkan karya mereka. Antara homepaj yang popular ialah majalah elektronik esastera.com (http:// www.esastera.com).
Anugerah ini dinamai Anugerah Sasterawan Alam Siber (Aswas).
Mereka yang memenuhi kriteria yang berikut layak dipertimbangkan untuk anugerah ini: (a) Menyiarkan karya di majalah elektronik sastera.com. (b) Hanya karya yang disiarkan di majalah sastera.com akan diambil kira. (c) Bagi anugerah pertama yang akan dikeluarkan pada tahun 2006, karya yang diambil kira ialah karya yang disiarkan di e-sastera sepanjang tahun 2003, 2004, dan 2005. (d) Menulis dalam sekurang-kurangnya tiga (3) genre, dengan setiap genre merujuk kepada satu "komuniti" (atau subkomuniti) dalam e-sastera: Sajak (termasuk dalam bentuk tradisional seperti mantera, seloka, gurindam, dll), Sajak Jenaka (Sajen), Pantun, Madah, Cerpen (Cerita Pendek, Cerita Mini, Cerita Panjang), Novel (Novel, Novella, Novelet), Cerita Rakyat, Drama (Drama Pentas, Drama Radio, Drama TV, Skenario Filem, dll), dan Artikel (termasuk Diskusi, Ulasan, dan Laporan). (e) Tidak terhad kepada rakyat mana-mana negara.
(a) Anugerah pertama akan dikeluarkan pada tahun 2006. Karya yang akan diambil kira ialah karya yang disiarkan di sepanjang tempoh 3 tahun, 2003-2005. (b) Hadiah yang seterusnya akan dikeluarkan setiap dua (2) tahun.
(a) Hadiah bagi anugerah ini ialah wang tunai RM100,000 (Rgt satu ratus ribu sahaja). [Jumlah RM100,000 ini hanya cadangan hadiah maksimum sahaja. Hadiah sebenar bergantung kepada penajaan yang diperoleh dari pihak ketiga.] (b) Hadiah-hadiah tambahan lain yang difikirkan sesuai, termasuk sijil dan cenderamata.
(a) Anugerah diurus oleh syarikat kAPAS Enterprise (kAPAS). Syarikat kAPAS akan melantik sebuah Jawatankuasa Pengurus untuk menguruskan perjalanan anugerah ini. (b) Jawankuasa Pengurus berkuasa menentukan criteria kelayakan dan melantik Panel Hakim untuk anugerah ini.
(a) Panel Hakim dilantik oleh Jawatankuasa Pengurus anugerah. (b) Panel Hakim ialah suatu badan bebas. (c) Panel Hakim akan menentukan kriteria pemilihan secara terperinci.
(a) Semua urusan kewangan yang berkaitan dengan anugerah ini akan diuruskan oleh kAPAS Enterprise. (b) kAPAS Enterprise berhak menjana pendapatan dan menentukan bayaran mengikut budi bicaranya.
(a) Pencalonan seseorang ahli boleh dibuat ahli itu sendiri atau oleh seorang ahli yang lain. (b) Pencalonan hendaklah disertai dengan "write-up" (penulisan) tentang penglibatan calon dalam kegiatan di majalah esastera.com dan yang berkaitan. (Kertas konsep ini telah dibincang dan dipersetujui di pertemuan Komuniti "Penyair" di Universiti Malaya pada 21.2.03). WAB/03.02.03 (kk 12.5.2003; kk2 25.10.2003)
|