| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
SNAPSHOTS Kisah Hidupku |
11 | 12 | 13 | 14 | ||||||||||||||||
| SNAP!!!
13. Bakat Baru. Lebih kurang jam 12 tengah hari. Sedang melayan enam orang pelajar Tahun 1, Kejuruteraan Bioperubatan yang datang bertanyakan mata pelajaran Statik kerana mereka akan periksa minggu depan. Anip (Mohd Haniff dari Jelebu) masuk pejabat bawa beg plastik. (Buah tangan "kuih ros" dari ibunya). Anip datang jam 9.00 pagi tadi dengan bapanya dari Jelebu kerana diminta oleh Puan Kamariah (DM KK2) untuk temu duga peringkat kolej bagi jawatan PAR. Nasib dia baik, selepas itu Anip disuruh terus temu duga peringkat UM dengan Puan Mariam di Bahagian Sumber Manusia. Anip beritahu, Puan Mariam suruh tunggu surat pelantikan dan mungkin boleh mula kerja (di pejabat KK2) mulai 1 November 2004 ini. Anip ialah seorang pemuda (baru lepas SPM) yang mengikuti kursus penulisan puisi saya (anjuran PEN) di Jelebu pada 8 Ogos lepas. Hari itu, dia tunjukkan puisi-puisinya pada saya. Saya sangat tertarik akan kebolehan budak muda ini. Cadangkan kepadanya supaya dia masuk ASK. Kemudiannya minta dia isi borang kerja di KK2. Dia tak boleh masuk ASK lagi kerana pengambilan untuk Diploma ialah Mei depan, dan untuk November hanya pengambilan kursus Sijil (part-time). Tadi beritahu Anip, kalau dia minat, bolehlah memohon kurusus Sijil di ASK dan ikuti kursus itu sambil kerja di KK2. Dia kata boleh juga. Kenapa saya tulis tentang Anip ini? Saya jangka, dengan panduan dan pendedahan yang betul, dia boleh menjadi penulis terkenal suatu hari nanti. |
SNAP!!!
14. Kuasa. Entahlah manusia ni... Rezeki dah masuk mulut orang pun dia nak korek keluar dan berikan kepada orang lain. Itu tanggapan saya apabila menerima telefon dari Puan Mariamah, kerani KK2 petang itu. Upsetting betul. Mariamah sendiri pun bunyinya sangat kecewa. Saya cepat-cepat menelefon Puan Mariam di BSM, UM. Okeylah, katanya. Dia pun belum proses lagi hal itu, katanya lagi. Manusia ni tak boleh dipinjamkan Allah sedikit kuasa, nak ambil kesempatan sahaja. Harap-harap selepas ini tidak ada masalah lagi tentang perlantikan Anip ke jawatan PAR di KK2. |
| SNAP!!! 12. Baca Puisi Secara Bidan Terjun. Malam ini duduk di baris depan (DTC), sebelah Halim Yazid (artis rakaman dikir barat). Suka kerana baru tonton pelajar KK2 buat pertunjukan manifestasi seni (mereka Johan dalam Bahagian ini untuk Festival Seni UM). Kemudian datang Syed Halim, Pengarah Pusat Kebudayaan, beritahu Prof. Hashim (NC UM) suruh saya baca puisi kerana KK2 jadi Johan. Baca puisi? waaaa... apa saya nak baca? Teringat ada banyak buku Semelar dalam kereta. Pergi ke kereta dan ambil buku itu. Kemudian apabila dipanggil, dengan confident naik pentas baca tiga buah puisi: "Filem Hindi, Dulu dan Sekarang", "Bota Mata Tiga", dan "Kusunting Mawar". Dengar-dengar penonton macam suka. |
SNAP!!! 11. Nimoiz Lagi: Jam 12:13 pagi. Nak buat nota kuliah Mekanik Bahan II untuk kuliah pagi esok. Nak kena pergi pejabat kerana buku rujukan tinggal di pejabat. Harap2 Pengawal tak sergah kerana disyaki penceroboh. Terima sms dari Nimoiz tentang artikel yang dihantarnya melalui emel untuk BESt isu 1. Dia setuju disiarkan di komuniti Berbicara sahaja kerana BESt isu 1 ditangguhkan pelancarannya ke 31 Ogos supaya sama dengan tarikh hari kemerdekaan. |
| SNAP!!! 9. Cadangan Lancar Buku di Jelebu: Tengah malam tadi dah sms Abdullatip (Kuala Klawang) tentang mengadakan majlis baca puisi pada Sabtu malam 7 Ogos tetapi dia tak jawab kerana hari dah lewat malam benar. Pagi ini dapat satu idea lagi dan sms dia, iaitu nak lancar buku "Pendatang Malam" dan "Hostel: Debaran Kedua" sempena Perkampungan Penulis di Jelebu (saya diundang untuk memberi bengkel Penulisan Puisi pada hari Ahad 8 Ogos). Abdullatip setuju dengan kedua-dua cadangan tetapi minta peluang untuk bincang dengan penganjur dahulu. Saya janji nak bawa pelajar KK2 untuk baca puisi.
|
SNAP!!! 10. Wawancara dengan majalah Wawancara: Tiba di hadapan Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan UM kira-kira jam 10.40 pagi. Masa itu Zainal Bahrum dah tiba dengan motosikal dari Segambut dan sedang menunggu. Tak kenal pun muka dia kerana inilah pertama kali bertemu. Zainal sekarang bekerja dengan majalah Wawancara (sama syarikat dengan Mingguan Perdana yang dia kerja selepas meninggalkan Berita Harian). Ajak Zainal ke Restoran Syed di Lucky Garden. Minum teh tarik segelas seorang. Afiq (anak Darjah 5) ambil gambar kami guna digital kamera. Beri Zainal write-up tentang kegiatan esastera.com. Beri dia juga 5 buku kAPAS Enterprise dan senaskah buku Pendatang Malam (kumpulan puisi Ida Munira). Bincang tentang penyiaran profil di Majalah Wawancara (target Zainal ialah isu Oktober). Dan bincang hal-hal lain mengenai majalah dan buku sastera dari segi komersial. Zainal macam nak ketawa apabila saya beritahu dalam 1,000 naskhah buku puisi yang dicetak, nak jual 50 naskhah pun susah. Zainal janji nak beri beberapa contact berkaitan pengedaran buku dan nasihat penerbitan novel. |
| SNAP!!! 8. Nimoiz: Hari ini banyak betul ber-sms dengan Nimoiz. Budak muda ini cukup minat bersastera. Sms demi sms bincang fasal penerbitan novel Hostel, kumpulan puisinya "Jalan Baru", dan kumpulan cerpen 5 penulis muda (semua manuskrip telah siap dan telah dicetak mula oleh Dian). Kalau Esastera Enterprise banyak modal, tentu boleh terbit buku-buku ini dengan segera. Juga sms tentang latihannya di Tioman dan tentang Rozninah (Editor DS) beritahu dia ada isu khas "sastera siber" bagi DS November. Macam-macam si Nimoiz ni dah bincang dengan Rozninah (saya sendiri belum pernah pun berjumpa Rozninah). Dia juga tunjuk kepada Rozninah pamflet "Hostel: Debaran Kedua" yang Nimoiz cetak keluar dari laman web Kedai Esastera. Katanya, Rozninah kata bolehlah buat resensi untuk DS November. Rasanya Nimoiz akan menjadi penulis yang berjaya satu hari nanti kerana dia sangat rajin buat kerja-kerja sastera, termasuk menulis dan membaca. |
SNAP!!! 7. Tiba di kantin Pusat Kebudayaan dari Taman Tun, Lutfi Ishak dah tunggu. Kemudian Dahri datang. Bincang tentang cadangan penerbitan Bulanan Esastera (BESt). Lutfi kata jangan rush, buat promosi dahulu (dapatkan sokongan penulis-penulis muda). Nampaknya Lutfi sangat percaya akan potensi internet sebagai media untuk sastera. Kemudian bawa Lutfi dan Dahri ke Damansara Utama ambil Zulazmi (anak Tingkatan 4) dari kelas tuisyen dan ajak mereka makan di Restoran Mosin di TTDI. Hari itu, Lutfi dan Dahri betul-betul bagi semangat kepada penerbitan BESt. Patutlah kata Sukarno, "Berikan aku 10 orang pemuda, akan kugoncangkan dunia". Kalau ada 8 lagi orang muda macam Lutfi dan Dahri (saya percaya tentu ada), maka sastera Melayu tentu akan maju. Saya suka Lutfi kerana keseriusannya tentang semua perkara berkaitan sastera. Dan saya suka Dahri kerana dia seorang yang sangat memotivasikan. |
| SNAP!!! 6. Borak Penyair: Sukanya malam ini kerana KK2 diumumkan Johan pertandingan Manifestasi Seni sempena Festival Seni Pentas UM (Fasa 1). Pengadilnya ialah T. Alias Taib, Rahimidin Zahari, dan Shukri Abdullah. Lepas pertandingan, berasa nak berborak dengan pengadil sambil minum-minum tetapi malam ini Pusat Kebudayaan tak sediakan minuman. Ajak mereka ke kantin KK2. Berempat kami minum teh tarik dan makan nasi goreng ikan masin (semua ikut saja apa yang dipesan oleh T. Alias). Sempat berbincang itu ini dengan penyair-penyair terkenal itu. Sukanya. Berpisah lewat malam. Insya-Allah, dah dapat cara nak hubungi Rahimidin dan Shukri. T. Alias dah lama ada komunikasi kerana Semelar dan Hadiah eSastera 2003 dulu. |
SNAP!!! 5. BESt: Terima sms dari Lutfi Ishak. Dah lama tak contact. Lutfi pun dah lama tak masuk esastera tapi masuk hari ini. Dia suruh baca emel yang dia kirim. Lutfi buat cadangan diterbitkan majalah sastera internet yang mementingkan kualiti karya. Kebetulan baru baca wawancara Abdul Latip dengan Nisah Haron yang meragui kualiti karya di alam siber. Terus ambil langkah nak terbitkan Bulanan Esastera (BESt). Nama asal cadangan ialah Esastera Bulanan (ESB) tapi ditukar atas cadangan Airmas. Oh, kalau berjaya rancangan ini, kreditnya harus pergi kpd Lutfi yang memulakan segala-galanya. |
| SNAP!!! 3. GAMBAR. Pagi itu saya bergegas hendak balik ke kampung (Segamat, Johor). Masa bujang memang selalu balik kampung. Saya berhenti sebentar di bilik pejabat saya di Fakulti Kejuruteraan UM. Saya Pensyarah di situ. Dah ada PhD pun. Ada sesuatu yang perlu saya sampaikan kepada pelajar Hasimah Harun, Pengerusi JK Kebajikan Kolej Ketiga UM. Pada masa itu saya menjadi Penyelia JK Kebajikan Kolej Ketiga. Saya masukkan (entah apa benda, saya dah lupa) ke dalam satu sampul surat besar untuk dikirimkan kepada Hasimah. Ditakdirkan Allah, dalam sampul surat itu rupa-rupanya ada gambar saya, saya tak sedar! Apabila Hasimah buka sampul itu, dia terperanjat... dan, bak kata orang, the rest is history. (Kami kahwin 4 bulan selepas itu).
|
SNAP!!! 4. SAJAK PERTAMA. Pagi tu sama-sama Hasimah (isteri) di Section 17 PJ. Bulan puasa. Singgah kedai mamak di situ beli majalah. Saya beli Pelita Bahasa. Pada masa itu, kami memang pembaca setia majalah itu. Hasimah tunggu dalam kereta. Sampai di kereta, duduk di tempat pemandu. Saya tak sabar-sabar buka "halaman kandungan" nak cari apa-apa artikel yang menarik. Tambahan, pada masa itu saya rajin menulis artikel untuk Pelita Bahasa. Sedang saya membelek-belek, Hasimah mencuri melihat muka dalam kulit luar. Tiba-tiba dia menjerit, "Hei, Disforia..." Saya terperanjat. Rupa-rupanya sajak saya ("Disforia Alam Bahasaku") yang saya hantar kirta-kira 4 bulan lalu tersiar di situ. Pada masa itu saya sendiri menganggap sajak itu telah dibakulsampahkan dan berasa yang saya memang tidak ada bakat menjadi penyair agaknya. Alangkah gembiranya kami pagi itu. Itulah sajak pertama saya yang tersiar di media massa. Dan peritiwa itu terus mengubah hidup kami sedikit sebanyak.
|
| SNAP!!! 1. NASIB PENULIS CERPEN. Pagi ini di pejabat KK2, tanya kerani sama ada Penyelia En. Faizul dapat wakili saya dalam mesyuarat khas Pengetua malam ini. Kerani kata Pengetua diminta hadir sendiri. Upsetting betul. Taip sendiri surat ke Pengetua Kolej 10. Beritahu saya tak akan hadir mesyuarat itu kerana... (adalah sebab). Huh, tulis cerpen pun jadi hal?
|
SNAP!!! 2. KAWAN LAMA. Tiba-tiba teringat seorang kawan lama (lelaki) yang tak pernah saya temui sejak saya ke UK pada tahun 1972. Namun, entah kenapa, saya tak pernah lupa akan dia. Kalau saya jumpa sekarang pun, mesti tak kenal dia lagi. Mula berjumpa semasa kami sama-sama di Technical College KL. Masa itu, dia freshie dan saya third (final) year. Namun dia dan saya sebaya kerana dia ke Tech Coll. selepas STP di ITM Shah Alam sedangkan saya ke kolej selepas SPM. Kami sama-sama debator di kolej. Nama dia Halim Ibrahim. Budak Muar. Entah mana dia sekarang.
|