|
ABDULLATIP BAKAR LEMANG
Sabtu 22.11.03, saya terima
SMS drpd Abdullatip:
Hari
ini beli beras pulut esok cari buluh
lusa bakar lemang
  
Abdullatip orang negeri
lemang wajib baginya menghadapi aidilfitri.
Sabtu:
hari ini dia cari beras pulut di pekan
rembau
semua kedai kata, “kami nak raya, jangan kacau”
abdullatip ke kedai orang cina
“beras pulut sudah habis semua,” kata mereka
lalu susahnya hati abdullatip mana nak cari ini permintaan isteri
merayau-merayu dia di pekan dan kemudian di desa-desa rembau
ternampak sepetak sawah padi dengan padi pulut berbuah kuning elok
nak beli tuan rumah sudah habis balik beraya
abdullatip pun singsing betis, turun sawah, sabit, tumbuk, dan, tampi
sekali
balik rumah badan letih-longlai tapi happy bawa balik beras
seguni
“Lamo bonar…
abang poi beli bogheh pulut ko buek bogheh pulut?” berang si isteri
“Buek…” jawab abdullatip tapi cerita sebenar dia kena sembunyi.
Ahad:
Hari ini pagi-pagi lagi abdullatip sudah
merayau-rayau seluruh rembau
dicari pokok buluh lemang yang menghijau
orang rembau semua perlu buluh lemang, dan tak ada yang tinggal
abdullatip rasa sungguh kacau
apa ikhtiar nak dapatkan buluh takut esok tak boleh bakar lemang
fikir punya fikir
teringat pula dia akan muhammadzakir
muhammadzakir pun dikerah menebang buluh di belakang KK2 UM
satu lori buluh KL muhammadzakir kirimkan
kepada abdullatip, kawan yang memang dia sayang
tiba buluh di rembau abdullatip pun semak:
“eh ini buluh betung, bukan buluh lemang”
tapi nak buat macam mana, abdullatip tak ada pilihan
kelam-kabut puasa orang rembau di desa dan pekan
anak buluh betung
sana
sini berkeliaran.
          
Isnin:
Abdullatip bakar lemang, oh suspensnya
inilah cerita SMS yang dia sampaikan kepada saya:
“Leka
bakar lemang terbakar kain lari ke sungai,
lemang tak masak, lemang lain yang hangus”
itu cerita daripada abdullatip sendiri,
bukan saya reka-reka
saya ada bukti, cerita itu dalam telefon bimbit saya
dan abdullatip sangat susah hati, nak buat macam mana
esok raya, dia dah jemput rakan-rakan komuniti semua.
Selasa:
Hore… hari ini hari raya
abdullatip senyum selesa
rakan-rakan komuniti berduyun-duyun datang nak makan lemang
bermangkuk-mangkuk abdullatip angkat kari, serunding, dan rendang
eh, mana lemang?
lalu Abdullatip angkat lemang berdulang-dulang
(“psst…ini lemang beli tepi highway seremban… jangan pecah
rahsia!”
begitu bisiknya ke telinga saya.)
irwan abu bakar
22.11.2003.
|