| IRWAN ABU BAKAR | ARTIKEL | 1 | |||||||||||||||||
| 1
WACANA SASTERA “GELODAK” DI
Oleh Irwan Abu Bakar
Wacana sastera “Gelodak Seni Alaf
Baru Bersama Dua Sasterawan Negara” telah berjaya diadakan penuh
gilang-gemilang di Kota Bharu, Kelantan pada 7-8.02.2004. Acara merangkumi
pembentangan dan perbincangan kertas kerja di Dewan Seminar, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dan Majlis Baca Puisi di Dataran Majlis
Perbandaran Majlis telah melibatkan dua tetamu utama, SN Datuk Dr. A. Samad Said dan SN S. Othman Kelantan. Peserta dari luar Kelantan termasuklah penulis Dinsman, Irwan Abu Bakar, Razali Endon dan Dr. Victor Pogadaev yang datang dari Kuala Lumpur sementara HMS Abu Bakar dari Ipoh. Di samping itu, salah seorang ahli esastera.com di Kota Bharu, Sdr Anbakri, turut terlibat secara aktif dengan Wacana.
Aturcara
majlis bermula pada hari hari Sabtu 7.2.04. Pada pagi dan petang telah
diadakan pameran lukisan dan pameran buku di MPKB. Sementara itu, majlis
diskusi diadakan di DBP Wilayah Timur. Pada paginya, dua kertas kerja telah
dibentangkan dan dibincangkan. Pertama, kertas kerja berjudul “Dilema
Kebebasan Penulis: Antara Realiti dan Kepalsuan” oleh En. Mohamad Daud
Mohamad dari DBP Kuala Lumpur. Kemudiannya, Dr. Abdul Rahman Ibrahim telah
membentangkan kertas kerja dengan judul yang sama. Majlis dipengerusikan
oleh Tuan Haji Husdaini Mamat, Ketua Satu PPK. Acara kedua pagi itu ialah
Bicara Antologi “Gelodak” oleh Sdr Dinsman, Presiden PIKIR. Majlis
dipengerusikan oleh Tuan Haji Anual Bakhri Haron (Anbakri). Pada sebelah
petangnya pula, SN S.Othman Kelantan telah membincangkan kertas kerjanya
yang berjudul “Karya Picisan dan Popular di Malysia”. Majlis
dipengerusikan oleh Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (Irwan Abu Bakar)
dari Universiti Malaya,
Pada sebelah malam hari Sabtu itu telah diadakan majlis baca puisi “Persembahan Malam Puisi Gelodak” di Dataran MPKB. Majlis deklamasi melibatkan penyair-penyair jemputan dari PPK dan PIKIR. Sementara itu, SN A. Samad Said dan S. Othman Kelantan serta Irwan Abu Bakar telah diundang sebagai tetamu khas di "Majlis Makan Malam YAB Menteri Besar Kelantan Bersama Wartawan, Penulis dan Budayawan" di Hotel Perdana, Kota Bharu.
Majlis perasmian Wacana telah diadakan pada pagi hari kedua, Ahad 8.2.2004, di Dataran MPKB dan disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Turut berucap di majlis perasmian itu ialah Ketua Satu PPK, Tuan Haji Husdaini Mamat, Dr. Izani Hussin yang mewakili Yang Dipertua MPKB, dan Presiden PIKIR, Sdr Dinsman. SN A. Samad Said telah menyampaikan ucapan dan membackan dua buah puisi. Sarjana Rusia, Dr, Victor Pogadaev dari Universiti Malaya telah membacakan pantun-pantun Melayu yang ditulis oleh seorang penulis Rusia pada tahun 1920-an. Kemudian pelajar Tahun 1, adik Muhammad Daniel Afifi bin Ezani telah mengadakan “Persembahan Improvisasai Puisi”. Majlis perasmian diakhiri dengan YAB Menteri Besar dan para jemputan melawat Pameran Lukisan Rossem dan Pameran Buku-buku terbitan ahli-ahli PPK dan PIKIR, diikuti dengan jamuan ringan.
Selepas majlis perasmian, acara hari kedua di teruskan di sebelah petangnya di DBP Wilayah Timur berfokuskan karya SN A. Samad Said, Suara dari Dinding Dewan. Acara melibatkan pembentangan dua kertas kerja. Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Mokhtar Hassan dari Universiti Malaya. Kertas kerja beliau bertajuk “Suara dari Dinding Dewan: Aplikasi Terhadap Teori Pengkaedahan Melayu”. Selepas itu SN Datuk A. Samad Said mebentangkan kertas kerjanya yang berjudul “Yang Ternampak dan Terlinding dalam Suara Dari Dinding Dewan”. Moderator majlis ialah Tuan Haji Razali Endun, Setiausaha PIKIR.
Acara terakhir Wacana ialah Malam Persembahan di Dataran MPKB pada jam 9.00 malam yang melibatkan baca puisi oleh penyair-penyair jemputan.
Pada keseluruhannya, Wacana yang diadakan itu sungguh hebat dengan sambutan yang baik daripada penulis dan pelajar tempatan. (Semua gambar disumbangkan oleh Dr. Victor Pogadaev.)
Sekian. |