URL
http://www.esastera.com/irwan

Alamat surat-menyurat
Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas, Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

E-mel

drirwan@esastera.com

Laman ini telah dikemaskini pada 26-04-2006                                                                                         Anda Pelawat Ke- Hit Counter

Irwan Abu Bakar di Teluk Intan,
1 Mei 2003
(Gambar oleh Mohd Dahri Zakaria)

puisi
 

CINTA PAGI MINGGU

Terima kasih, sayang

kerana merenungku dengan sabar cinta

sewaktu aku menghirup perlahan

segelas teh Ahad

dan menyingkap perlahan

helaian akhbar pagi cuti.

Terima kasih, sayang

atas sabar cintamu

kerana pada hari lain

semuanya ini

terpaksa kulakukan

sambil berlari.

 

Kuala Lumpur, 29.06.1998.

 

Kusunting Mawar

Apabila kusunting mawar
kusunting wanginya bersama durinya
bercintalah aku dengan wangi dan duri
sekala khayal mengendus sekala bisa tercucuk
dalam maksyuk dan rajuk
kebahagiaan dunia.


Hari Perkahwinan: 24.04.1980


BIODATA
Irwan Abu Bakar atau Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas ialah profesor di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya.  Beliau berasal dari Segamat, Johor dan dilahirkan pada 11 Mei 1951. Kepakaran profesionalnya adalah dalam disiplin biomekanik dan mekanik tisu.  Dalam bidang sastera, beliau menulis sajak, cerpen, dan laporan/artikel. Antologi sajak perseorangannya berjudul Semelar baru diterbitkan (kAPAS Publication, Jun 2003). Beliau juga kerap terbabit dengan deklamasi puisi. Beliau mulai menulis cerpen pada tahun 2002. Cerpen pertamanya yang disiarkan di media perdana ialah "$yy..." (Berita Minggu, 25.5.2003). Kini beliau menerbitkan tiga buah e-majalah sastera (majalah sastera dalam Internet), e-sastera (www.esastera.com), Bulanan E-sastera (BESt) di www.majalahBESt.com dan sasteraSMS di www.sasteraSMS.com   
 


Pada lembaran puisi Irwan... kata-katanya disusun indah; kadang-kadang serius dan bersahaja, dan kadang-kadang pula terselit nada sinis dan jenaka -- T. Alias Taib

Sajak-sajak Irwan... amat menarik kerana dia menggunakan metafora bagi melindungi maksud sebenarnya. Sajaknya "Kusunting Mawar" dan "Peniaga Kebebasan" membuktikan dakwaan saya. Irwan adalah penyajak berbakat dan berpotensi... Razali Endun 7-3-2003.
 

NAK BELI ? KLIK DI SINI

- antologi puisi irwan abu bakar
- pengantar oleh t. alias taib
- ilustrasi oleh wan dinie ashrafi
- kAPAS Publication, 2003
- RM10.00
- emel: kapas@esastera.com

 

KARYA BERBENTUK PUISI TRADISIONAL JEPUN (HAIKU DAN TANKA)

Haiku

TERANG DI HATI

Malam yang gelap
bintang-bintang berkerdip
terang di hati.

Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur, 19.6.2003

 
 

Tanka

MAWAR KUSUNTING

Mawar kusunting
sunting
bau dan duri
ada bahagia
nikmat
wangi dan bisa
maksyuk rajuk dunia

IRWAN ABU BAKAR
Kuala Lumpur, 19.6.2003

  

 

PENERBITAN DI INTERNET:


MAJALAH SASTERA DALAM INTERNET

E-majalah sastera pertama di dunia yang menyiarkan karya warna-warni, beranimasi, dan disertai suara deklamasi puisi

MEMAJUKAN DAN MENGANTARABANGSAKAN
SASTERA BERBAHASA MELAYU


 sebuah e-majalah sastera berasaskan komuniti-pada-talian "CommunityZero"

 

Berita & Bicara

Cerpen

Drama

Haiku

Komsas

Madah & Pantun

Novel

Poems

Profil

Rekod

Resensi

Sajak

Sajen

APAS: Untuk Semua Keperluan Peribadi & Profesional Anda

BEAUTEOUS: For All Your Personal & Professional Needs

...DAN BERKARYA KE ARAH HADIAH NOBEL
 


 

 

senarai
KARYA SASTERA
GALERI
GAMBAR
LIPUTAN MEDIA SNAPSHOTS
Kisah Hidupku
  PAPAN NOTA
(TagBoard Cafe-Sastera)

sila masukkan catatan anda dan kik ikon "TAG"
 
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

SAMPEL
KARYA

Cerpen
Sajak
Sajen
Artikel/Laporan
Resensi
Lain-lain

WAWANCARA  
   
   
   
Link ke Tajmahal Kata (sebuah laman peribadi)
This guestbook is hosted by GuestCity

 View My Guestbook
Sign My Guestbook

This guestbook is hosted by Bravenet
 
 
Free Guestbook from Bravenet Free Guestbook from Bravenet

 

 

 

Anda Pelawat Ke-

Hit Counter