BIODATA
HASIMAH HARUN dilahirkan pada 6
November 1958 di Pasir Mas, Kelantan. PENDIDIKAN:
Mendapat pendidikan rendah di
Sekolah Rendah Sultan Ibrahim, Pasir Mas (1965-1970). Pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim, Pasir Mas (1971-75) diikuti Maktab
Kadir Adabi, Pasir Mas (1976-77). Selepas Tingkatan 6, melanjutkan
pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Asia Tenggara di Fakulti
Sastera dan Sains Sosial (1978-1980). Kemudiannya telah mengikuti
kursus Diploma Pendidikan di universiti yang sama (1981).
KERJAYA: Tamat kursus
diploma, dilantik menjadi guru di Sekolah Menengah Seri Garing,
Rawang (1982-83). Selepas itu, bertukar ke Sekolah Menengah Sultan
Abdul Samad, Petaling Jaya sehinggalah sekarang. Beliau ialah Guru Cemerlang
(GC) Bahasa Melayu dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 6.
KEGIATAN: Semasa di Tingkatan 1, mewakili sekolah dalam pertandingan "elocution
contest" peringkat negeri Kelantan. Juga terlibat dalam pertandingan
berbahas dan pertandingan mentafsir al-Quran (pidato). Dalam pertandingan
tafsir al-Quran itu, telah dua tahun berturut-turut (1974 & 1975)
mewakili Pantai Timur ke peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur.
SASTERA & SENI: Karya puisi telah tersiar di akhbar
Mingguan Malaysia, Berita Harian,
dan Pentas Dunia. Antara
pencapaian utama beliau dalam
bidang puisi ialah mendapat tempat kedua dalam peraduan menulis puisi
anjuran Persatuan Guru-guru Bahasa Melayu Negeri Selangor (Perubah), 2002.
Beliau ialah pencipta lagu "Ilmu Cahaya Kecemerlangan",
iaitu lagu rasmi untuk SMK Subang, Selangor, dan pencipta lagu "Berilmu, Beramal,
Berbakti", iaitu lagu rasmi SMK Taman Kosas, Ampang, Selangor.
Sering
mendeklamasi puisi di sekolahnya dan sering menjadi juruacara majlis-majlis
penting di sekolahnya dan di tempat-tempat lain.
Karya sastera beliau di Internet
dapat digapai di majalah e-sastera dalam komuniti "Penyair",
komuniti "Sajen", dan komuniti "Novelis". |