|

Ghafirah Idris, penulis muda yang mula
mengasah pena sekitar penghujung 2001. Beliau merupakan anak kelahiran
Kuala Lumpur dan dibesarkan di Perlis. Dilahirkan pada 17 Januari 1983
dan kini berusia 21 tahun. Mendapat pendidikan awal di Sek. Ren. Keb.
Putra dan seterusnya ke Sek. Men. Keb Agama (P) Kangar. Kemudian
menyambung pengajian ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Klang
sehingga tamat SPM. Beliau seterusnya mendapat tawaran untuk
melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam
Antarabangsa (UIA). Beliau kini merupakan pelajar Tahun 1 dalam
Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Usuluddin) di UIA.
Penulis muda ini mula meminati penulisan sejak di bangku sekolah lagi
tetapi mula aktif menulis sekitar penghujung 2001. Beliau lebih
cenderung menghasilkan cerpen dan sepanjang hampir 3 tahun penglibatan
beliau dalam penulisan, karya-karya beliau pernah tersiar di Mingguan
Malaysia, Dewan Masyarakat, Tunas Cipta, Dewan Agama dan Falsafah,
Majalah I, ANIS, Sarina, Dara.com, Fokus, Buletin Ma’al Hijrah Perlis
1424H dan 1425H, Majalah Mahasiswa (Terengganu) Universiti Al-Azhar,
Sutera Terengganu, Radio IKIM.fm dan Radio 3 Kangar.
Beliau meminati penulisan Prof Hamka, novel-novel tulisan Pn. Aminah
Mokhtar, Saudara Faisal Tehrani, Saudara Zaid Akhtar jua cerpen-cerpen
karya saudara S.M Zakir dan saudara Zainal Rashid Ahmad.
Penulis muda ini merupakan ahli laman siber komuniti penulis
www.esastera.com
Beliau boleh dihubungi di alamat emel
al_maghfirah@hotmail.com
dan laman sawang
www.ghafirahidris.blogspot.com
|