DOKUMEN PERJANJIAN A
(Esastera Enterprise membiayai seluruh kos penerbitan dan pengedaran buku)
| KONTRAK PERJANJIAN ini dibuat pada (tarikh):
............................................................................................ antara Penulis: .................................................................................................................................. (nama Penulis) No. KP: ................................................................................................................................................................. Alamat: .................................................................................................................................................................. dengan Esastera Enterprise (Penerbit). Judul Buku: ............................................................................................................................................................ DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti yang berikut: (1) Penulis menyediakan manuskrip judul di atas. (2) Penerbit menguruskan percetakan dan pengedarannya. (3) Penerbit akan membiayai semua kos mencetak (termasuk menyediakan manuskrip akhir yang mungkin melibatkan penyediaan Kata Alu-aluan atau Kata Pengantar dari pihak ketiga) dan mengedar bahan yang telah dicetak. (4) Penerbit akan membayar royalti 10 peratus (10%) daripada harga tersenarai kepada penulis untuk semua buku yang berjaya dijual tertakluk kepada syarat bahawa: (a) Penerbit tidak akan membayar royalti kepada lima peratus (5%) daripada jumlah buku yang dicetak kerana diperuntukkan bagi tujuan promosi dll, dengan lima (5) naskhah daripada peruntukan ini akan diberikan kepada penulis secara percuma, dan (b) Penerbit tidak akan membayar royalti untuk 25 peratus (25%) lagi kerana akan dijual bagi menampung kos penerbitan dll. (5) Penulis berhak membeli buku dari Penerbit dengan potongan 50 peratus (50%). Walau bagaimanapun, buku yang dijual kepada Penulis sendiri akan dikecualikan daripada pembayara royalti oleh Penerbit kepada Penulis tetapi jumlah ini akan diambil kira dalam menghitung bilangan buku yang terjual. (6) Hak cipta buku ini adalah milik Penulis. (7) Hak menerbitkan buku ini dimiliki Penerbit untuk 5 tahun dari tarikh kontrak ini ditandatangani. Pelanjutan tempoh pemegangan hak menerbit memerlukan kontrak baru. DITANDATANGANI oleh Penulis: ................................................................................................................ DITANDATANGANI oleh SAKSI: ................................................................................................................ Butir-butir Saksi Nama: No KP: Alamat: DITANDATANGANI oleh Wakil Penerbit: ......................................................................... Nama: No. KP: DITANDATANGANI oleh Saksi: ........................................................................................................ Butir-butir Saksi (jika berbeza daripada yang di atas) Nama: No KP: Alamat:
|