|
Cis!!!
MOHD. DAHRI ZAKARIA, Kota Melaka, 1999-2001
|
Setelah dia tidak dapat
masuk ke syurga melalui iman
MOHD. DAHRI ZAKARIA, |
|
SETELAH KALAH
Dan dia pun bertelanjang MOHD. DAHRI
ZAKARIA,
|
Bulan itu masih gadis tidak pernah disentuh oleh bintang pun yang setia memagari walau ratusan tahun
Tinggallah pungguk sebagai seorang penanti yang setia - tidak terjangkau oleh capainya yang singkat.
MOHD. DAHRI ZAKARIA, Kolej Yayasan Melaka. 27 April 2001 : 3.50 Petang |
|
Tangan menggapai hajat tak sampai hati berderai.
Sifat teratai tak pernah bercerai walau jiwa berkecai.
MOHD. DAHRI ZAKARIA, Kondo Rakyat Desa Pantai, Kuala Lumpur. Ogos 2003
|
Matamu adalah fitnah penglihatanmu yang memfitnahnya.
Hidungmu adalah fitnah baumu yang memfitnahnya.
Mulutmu adalah fitnah percakapanmu yang memfitnahnya.
Bibirmu adalah fitnah ciumanmu yang memfitnahnya.
Lidahmu adalah fitnah rasamu yang memfitnahnya.
Telingamu adalah fitnah pendengaranmu yang memfitnahnya.
Tanganmu adalah fitnah sentuhanmu yang memfitnahnya.
Kakimu adalah fitnah perjalananmu yang memfitnahnya.
Rambutmu adalah fitnah ikalmu yang memfitnahnya.
Tubuhmu adalah fitnah auratmu yang memfitnahnya.
Hatimu adalah fitnah perasaanmu yang memfitnahnya.
Dirimu adalah fitnah nafsumu yang memfitnahnya. Segala-galanya adalah fitnah, kecuali imanmu!
MOHD. DAHRI ZAKARIA, Gubuk Tepi laut, Terengganu. Januari 2002 |
REFORMASI I
Kau mengajakku bermain pedang ditengah padang saujana yang luas.
Tiba-tiba kau lari meningalkan medan itu menyusup masuk ke dalam hutan rimba yang tebal merimbun. Sedang aku masih terpinga-pinga dengan sebilah pedang tajam masih di tangan kananku.
MOHD. DAHRI ZAKARIA, ARPIPI Besut, Terengganu. Januari 2002 |
REFORMASI II
Dan kau terkapar
mati
MOHD. DAHRI
ZAKARIA,
|
|
REFORMASI III
Setelah kau mati, MOHD. DAHRI
ZAKARIA, |
HUJAN DI KUALA LUMPUR
Tiba-tiba aku teringin
ke pusat bandar petang itu; baiki telefon, beli prepaid, tambah nilai;
dan aku segera mengajak kawan dengan Honda buruk 12 tahun usia. Dan aku fikir nakal,
mereka ini lepas solat dua waktu sebab trafik, anak nangis tunggu ibu
disekolah rendah, isteri resah suami hilang lepas waktu pejabat, atau mak
ayah rungsing anak gadis belum balik sampai rumah. Nah! Dua jam hujan,
seluruh Kuala Lumpur lumpuh, dan kami tak sampai-sampai juga ke Pertama
Kompleks.
MOHD. DAHRI ZAKARIA, Jun 12, 2003 |
|
SIRI
MARI BERMIMPI (Edisi 31 Ogos)
Di atas masjid kosong Semua pun hairan Lalu semua ini
memberi persoalan yang perlu dijawab;
|
(Edisi Diri)
Hari ini mimpi berkunjung lagi entah kali ke berapa, diri tak pasti tapi yang jelas mimpi itu datang lagi.
Mimpi bagaimana mengunjungi diri? mimpi datang menelanjangi diri diri dipacu serata diri diri lemas terkapai diri diri lena dibuai diri.
Diri apakah ini, Diri? diri datang ke dalam diri diri berdiri disebalik diri diri memuja sekalian diri.
Diri datang dan pergi diri hilang dan menyepi diri ada disanubari.
Diri ini diri sendiri diri bertamu di dalam diri diri meresap segenap sendi diri kukuh berdiri sendiri.
Diri datang, datanglah lagi diri enggan begini lagi diri kamil diri dicari diri ingin pulang sendiri diri berteman iman hakiki.
MOHD. DAHRI ZAKARIA, Akademi Seni Melaka. 1999-2001. |
|
TIDAK AKAN KU BUNUH ANJING ITU (kepada kawan)
Seekor anjing muda Tulang dimulut telah
kau lepaskan Tidak akan ku bunuh
anjing itu Menyalaklah sepuasmu,
wahai anjing
|
AEAT AL-AKHRAS (al-fatihah untuk semua pejuang intifada)
Kautamatkan lapan belas tahun kehidupanmu Telah berfirman Allah : "Dan kalau kiranya penduduk negeri itu beriman dan memelihara dirinya dari kejahatan, nescaya Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan(kebenaran Tuhan), lalu mereka Kami siksa, disebabkan apa yang mereka usahakan." (Al-A'Raaf : 96) Wasiatmu, "Pesanlah kepada semua saudara kita, kematian ini belum tentu menjanjikan kebahagiaan di sana, walau cagarannya dengan sepotong nyawa, kerana hanya iman yang akan menentukan kedudukan kita disisi-Nya."
Berjuanglah dengan seribu Aeat Al-Akhras sekalipun
Sesungguhnya hanya itu,
|
|
Aku masuk universiti dua bulan lewat telegram sampai setelah rakan khatam dua kitab dan aku pun telah berpeluh sebagai buruh kasar.
Telah masuk aku ke universiti Mak hantar dengan air mata Ayah kirim dengan seribu doa lalu berkelanalah aku seorang diri naik bas ke Kuala Lumpur sampai pagi tanpa kawan, tiada kenderaan, tanpa sambutan, dan aku tergesa naik teksi untuk ke universiti itu.
Lepas daftar, pagi 24 haribulan, maka masuklah aku ke universiti ini, Universiti tertua, Universiti berjasa, Universiti perdana, Universiti peristiwa, Universiti sejarah negara; maka bergelarlah aku seorang mahasiswa.
Maka masuklah aku ke universiti ayah bilang, inilah lubuk ilmu, tempat buku-buku tidur-baring tanpa jemu maka duduk berenanglah anak ayah dalam lautan ilmu yang tiada sempadan ini tanpa ragu-ragu.
Maka masuklah aku ke universiti mundar mandir seorang diri tak sampai seminggu datanglah wakil parti beri tawaran nak bantu diri rupanya ada udang berdiri urusan ilmu cuba dicampuri maka ketawalah aku seorang diri begini rupanya dunia universiti memang tak lari dari dunia berparti.
Setahun aku di sini tahulah aku universiti ini bukan semua bersungguh cari ilmu diri duit PTPTN tak sampai sebulan gigit jari tukar handphone, tambah nilai lagi malam-malam makan mee maggi tengok wayang, tempat cari isteri demonstrasi tak pasal-pasal kembali menangislah mak ayah di kampung lagi jual lembu-kambing sendiri jamin anak dalam lokap peribadi.
Siswa sekarang sudah berubah yang jadi pilihan bukan lagi jubah atau ijazah tetapi nafsu yang sentiasa berubah-ubah orang tualah yang selalu susah kemahuan mereka yang tak sudah-sudah.
MOHD. DAHRI ZAKARIA, Grup Penyair ISUM, Universiti Malaya, 14 Ogos, 2003 : 8.40 malam. |
Setelah kau mati dan akulah pengunjung setia kuburanmu telah ku makamkan jasadmu disisi rumahku agar aku selalu dapat mengunjungi pusaramu.
Akulah yang menanamkan kemboja dipanggal nesanmu dan wangi kasturi yang aku cucuri saban hari mengiringi doa dan sedekah Fatihah moga-moga rohmu bersatu disisi-Nya.
Akulah lelaki itu yang mendoakan kesejahteraan buat rohmu walau kutahu sulitnya hidup di dunia sana tanpa bekal yang apa-apa itu.
Kematianmu adalah luka panjang dunia fana kau pulang dengan tiba-tiba, dan aku yang terpinga itu mengiringi perjalananmu dengan langkah paling kanan kerana kematian itu adalah pilihan tekadmu.
Diamlah mu di negeri sana moga kau redha dengan pilihan itu.
MOHD. DAHRI ZAKARIA, Grup Penyair ISUM, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. September 28, 2003 : 7.00 malam
|