Tahun 1 Bil. 6 Mac-Ogos 2005
Surat Pembaca

Ruangan ini disediakan untuk pembaca membicarakan isu-isu berkaitan sastera dan dunia sastera amnya.

 

TENTANG NAMA DAN BAHASA

Assalamualaikum,

Aku baca BESt dan aku ada beberapa komen rambang yang bukan akademik atau berwajaran sastera untuk disiarkan di mana-mana... entahlah.  Silalah baca.

SATU.  Nama BESt cukup tak best memandangkan dinamakan kepada sebuah gagasan yang best seperti sastera, apatah lagi majalah e-sastera yang bestBESt saperti nama atau jenama sos cili/tomato. Memang ada roti Best.  Kalau tak silap aku, ada satu jenama pakaian dalam wanita yang pakai nama Best.  Lagi pun, BESt itu kata Inggeris.  Nampaknya kita turut terjebak dalam sindrom komersil yang "jika pakai nama kemelayuan, tak best... tak laku". Paling menyedihkan, kita yang sedang berjuang untuk bahasa ibunda juga turut terjebak.  Aku tahu, BESt ialah akronim  daripada ungkapan asal dalam bahasa Melayu.  Namun, sebelum menjadi UMNO yang sudah sukar untuk dimelayukan, baik tukar nama BESt kepada yang tak menggugat bahasa Melayu. Kalau tak ada idea, sila anjurkan musabaqah mencari nama Melayu untuk e-majalah ini.

DUA.  Berkaitan wawancara sdr Dahrie dengan SN Dato' A. Samad Said, mengapa soalan Persatuan Penulis seperti persatuan anak-beranak?  Saya rasa soalan itu kurang tepat... atau memang ada anak menantu yang pegang jawatan? Kalau anak-beranak dalam erti kata menjaga keluarga penulis seperti anak-beranak, memang bagus.

Satu sanjungan tinggi dan tabik untuk sdr Khairul kerana suratnya yang begitu bernas dan mencelikan mata. Elok diberi ruang untuknya setiap bulan di bawah ruangan "Artikel".

Okeylah.  Wassalam... saja respons untuk beri idea kepada sdr Dahrie dan Wan Dinie yang amat rajin.
 

Ahkarim. 

 

 



Diterbitkan oleh eSastera Enterprise (001470857-K) mulai Ogos 2004
Anda adalah pelawat no.
Hit Counter

 ©2004 Wan Dinie Ashrafi, Hak Cipta Terpelihara.