|
Pengurusan BESt
|
Irwan Abu Bakar
Editor Residen
Profesor di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Malaya. Berasal dari Segamat, Johor. Dilahirkan pada 11 Mei 1951.
Menulis sajak, cerpen, dan
laporan/artikel. Antologi
sajak
perseorangan berjudul Semelar (kAPAS Publication, Jun
2003). Menerbitkan majalah sastera elektronik esastera.com sejak 2002. |
|
Muhd Lutfi Ishak
Kolumnis
Dilahirkan di negeri Kedah Darul Aman, di sebuah kampung
yang aman damai, Kg Ulu Bakai, pada 27 Januari 1980. Mula menulis sekitar
Tingkatan 3. Kemudian lebih serius semasa menunggu keputusan SPM. Menyertai
Minggu Penulis Remaja 2000 anjuran
DBP. Kini betugas sebagai guru. |
|
Mohd Dahri Zakaria
Wartawan
Lahir dan dibesarkan di Besut, Terengganu, tanggal 4 Jun
1978. Mendapat pendidikan awal, rendah, dan menengah di sekitar Besut,
sebelum mengikuti Diploma di Akademi Seni Melaka. Sekarang mengikuti program
Ijazah Pertama di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. |
|
Wan Dinie Ashrafi
Web Master
Lahir 1986 di Kuala Lumpur. Kini mengikuti kursus
International Baccalaureate di Kolej MARA, Banting dalam bidang Perubatan.
Bersekolah menengah di SMK Damasara Jaya, Petaling Jaya (1999-2003) dan
sekolah rendah di SRK Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor (1993-98).
Terlibat dengan esastera.com semenjak mula diterbitkan. Menjadi
ilustrator kepada antologi-antologi puisi cetakan keras dari esastera.com.
|

Diterbitkan oleh
eSastera Enterprise
(001470857-K) mulai 31 Ogos 2004 dan pada setiap 1 haribulan mulai Oktober 2004
Anda adalah pelawat no.

|