Tahun 1 Bil. 6 Mac/Ogos 2005
Editorial

 

ILMU PENULISAN TIDAK MENJADIKAN ANDA SEORANG PENULIS?

Beberapa banyak penulis kreatif pada hari ini tidak pernah menerima pendidikan formal dalam bidang sastera.  Dan beberapa banyak graduan dalam bidang penulisan kreatif tidak menjadi penulis yang tekemuka.

Maka apakah objektif mengajar mata pelajaran sastera di sekolah?

Pada pendapat saya, pengajaran sastera di sekolah harus bertujuan melahirkan masyarakat yang mampu mengapresiasi karya kerana apresiasi karya sastera dapat mendidik dan mendodoi jiwa.  Hal ini berlainan dengan ilmu teknikal (termasuk yang berkaitan dengan sastera) kerana ilmu teknikal hanya berperanan mengajar teknik untuk melakukan sesuatu kerja.

Pendapat yang mengatakan bahawa pendidikan sastera tidak lagi penting adalah betul sekiranya ilmu sastera yang diajarkan ialah teori-teroi dan kaedah-kaedah untuk menghasilkan karya atau menganalisis karya.  Mustahil untuk kita menjadikan setiap pelajar sebagai penghasil karya atau penganalisis karya.

Pelajaran sastera harus menjadikan seorang pelajar pintar dalam mengapresiasi karya sastera dan berupaya menikmati karya-karya itu sebagai makanan pengelus jiwa.

Soalan-soalan peperiksaan juga, pada pandangan saya,  harus menjurus ke arah itu.


Editorial bulan ini ditulis oleh
Irwan Abu Bakar

 

(Sila set MUTE pada sistem audio komputer anda sekiranya anda tidak selesa membaca dengan muzik latar)

 

 

 

 

 

 

 

 

Salam hormat dari saya,
Irwan Abu Bakar

IKLAN



Diterbitkan oleh eSastera Enterprise (001470857-K) mulai Ogos 2004
Anda adalah pelawat no.
Hit Counter

 ©2004 Wan Dinie Ashrafi, Hak Cipta Terpelihara.