Panel Editor Jemputan

 

Dinsman
Dinsman dilahirkan 1949 di Kampung Raja, Jitra, Kedah. Mendapat pendidikan di Maahad Mahmud, Alor Setar; sebelum ke Kolej Islam, Petaling Jaya. Apabila mendapat ijazah di bidang Antropologi-Sosiologi dari Universiti Malaya, 1974, dia langsung berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Awal 1980 tinggalkan DBP untuk bergiat sepenuh masa dengan teater. (Aktiviti teaternya bermula di tingkatan 4 Maahad Mahmud). Beberapa tahun kemudian tinggalkan teater dan masuk dunia perniagaan. Sekarang menulis sekali-sekala sambil menghasilkan VCD dokumentari dan pendidikan. Bukan Bunuh Diri adalah kumpulan skrip teaternya, Macam Orang Gila kumpulan puisi reformasinya, Gawat Gagalnya Formula Mahathir buku analisis politiknya, manakala Kota Bharu Bandaraya Islam buku terbarunya (Julai 2004).

Sutung Umar RS
Nama sebenar Wan Omar bin Wan Ahmad.  Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1948.  Memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dari Universiti Malaya pada tahun 1982.  Semasa bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pernah berkhidmat di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera dan di Bahagian Majalah.  Pernah bertugas sebagai Editor Kumpulan Majalah terbitan DBP.  Kemudian bertugas pula dengan Kumpulan Berita Harian.  Bidang penulisan utama Sutung ialah puisi.  Banyak puisinya telah tersiar di dalam akhbar dan majalah perdana tanah air seperti Dewan Sastera dan Berita Minggu.  Selain daripada puisi, beliau juga turut menghasilkan esei, kritikan, dan rencana.  Pada masa ini, menjadi kolumnis "Rentak Kalam" di akhbar Berita Minggu.



Diterbitkan oleh eSastera Enterprise (001470857-K) mulai 31 Ogos 2004 dan pada setiap 1 haribulan mulai Oktober 2004
Anda adalah pelawat no.
Hit Counter

 ©2004 Wan Dinie Ashrafi, Hak Cipta Terpelihara.