|
BESt MENCAPAI USIA
SETAHUN
Majalah Bulanan
E-sastera (BESt) mencapai umur setahun kini. Begitulah hakikatnya. Walaupun hanya enam
isu sahaja berjaya dikeluarkan setakat ini, sebenarnya BEST mula
diterbitkan pada bulan September 2004 (tepatnya 31 Ogos 2004). Akhir Ogos
ini, genaplah setahun umur BESt. Isu September 2005 yang akan
datang ialah isu pertama untuk Tahun 2 penerbitan BESt.
Halaman depan isu pertama BESt
Masuk tahun kedua penerbitannya nanti, pengurusan BESt
bercadang mengambil langkah-langkah wajar untuk memastikan BESt
diterbitkan pada setiap bulan dan terus mempertahankan falsafah BESt untuk
menjadi bukti bahawa karya siber dapat diterbitkan dengan mutu yang dikawal.
Pihak BESt berharap para pembaca dan sasterawan
siber terus memberikan sokongan dengan menyumbangkan karya untuk dinilai dan
seterusnya disiarkan.
|