Postscript kepada
Malam Penyampaian Hadiah eSastera.com 2004

Setelah tamat malam Hescom 2004, penganjur telah membuat refleksi dan membuat keputusan untuk mengeluarkan hadiah tambahan (sijil sahaja, di mana sesuai) kepada yang berikut.  Refleksi ini ialah amalan yang biasa dilakukan kepada pertemuan-pertemuan esastera.com sebelum ini, bukannya sesuatu yang kami ada-adakan secara sebarangan.

(1) Tiga deklamator terbaik: Dr. Victor Pogadaev, Ahkarim, dan Arisel BA.

(2) Peserta paling kerap naik ke pentas menerima hadiah: Wan Zulazmi, mewakili
semua pemenang yang tidak hadir.

(3) Hadiah paling istimewa: Dua bakul buah-buahan dari Jelebu, sumbangan
Abdullatip.

(4) Peserta paling istimewa: George Manos, datang dari USA dan mendeklamasi 3 buah
sajak dalam BM.

(5) Peserta paling anggun: Dipinggiran.

(6) Peserta paling kuat semangat: Saleha Ahmad, datang dari Perlis, dalam
keadaan kesihatan yang mencabar.

(7) Peserta paling responsif: HMS Abu Bakar.

(8) Peserta berdaftar paling muda: Wan Akmal Afiq, 11 tahun.

 

Sekian, untuk makluman.

Drirwan/ 09.01.2005
 

 

Malam Penyampaian Hadiah eSastera.com 2004

 

(Laporan dikemaskinikan pada 2.1.2005)

 

GAMBAR-GAMBAR PILIHAN 1


GAMBAR-GAMBAR PILIHAN 2

 

Malam penyampaian Hadiah e-sastera.com 2004 (HeS.com 2004) telah diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada mulai jam 8.00 malam, 25 Disember 2004.  Majlis itu berbentuk makan malam, persembahan baca puisi, dan penyampaian hadiah.  Kehadiran di sekitar 70 orang, dengan peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia dan dari luar negara, iaitu Singapura, Brunei Darussalam, dan USA. Majlis telah dihoskan oleh Hasimah Harun dan adik Wan Muna Amirah (Innocent One).

 

Malam HeS.com dirasmikan oleh penulis mapan dan pemenang SEA Write Award 2004, Puan Zurinah Hassan.

 

Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk menyampaikan anugerah kepada penulis-penulis pilihan berdasarkan mutu karya mereka yang diterbitkan di portal e-sastera.com (www.esastera.com) sepanjang tahun 2003. Majlis dianjurkan oleh syarikat Esastera Enterprise serta dilaksanakan oleh aktivis-aktivis esastera.com.

 

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Founder e-sastera.com, iaitu Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas (penyair Irwan Abu Bakar).  Antara lain, beliau menyatakan bahawa pengurusan esastera.com telah mengambil berat akan saranan Dr. Anwar Ridhuan, perasmi Hescom 2003, tentang esastera.com, iaitu "hayatnya mesti dilanjutkan, wujudnya mesti diperkasa".  Beliau mnegaskan sambutan ulang tahun kedua esatera.com serta pelancaran Hescom 2005 pada awal tahun ini jelas menunjukkan kejayaan melnjutkan hayatnya.  Menurutnya lagi, pemerkasaan esastera.com telah berlaku melalui suntikan ahli-ahli baru yang aktif di samping kehadiran berterusan ahli-ahli lama yang terus gigih memberikan sokongan.  Di samping itu, terbitan-terbitan tambahan seperti e-majalah Bulanan Esastera (BESt) dan sateraSMS juga menyumbang ke arah itu.

 

Ucapan Irwan diikuti oleh ucapan perasmian oleh Puan Zarinah Hassan.  Dalam ucapannya, Puan Zurinah menegaskan peri pentingnya penulis menjaga mutu karya walau apapun media tempat menulis. Mengambil contoh daripada bidang memasak, beliau menegaskan bahawa peralatan baru tidak dapat menghasilkan produk yang baik sekiranya ramuan-ramuan yang digunakan adalah yang telah basi.

 

Majlis makan malam bermula sebaik-baik sahaja Puan Zurinah menamatkan ucapan beliau dan merasmikan majlis.

 

Selepas 20 minit majlis makan bermula, acara persembahan "Baca Puisi 1" telah diadakan. Lapan orang penyair dari esastera.com telah dijemput untuk mendeklamasi sajak mereka secara bergilir-gilir, seorang demi seorang. Mereka ialah Mohd Dahri Zakaria (Dahrie), Ramy (diwakil oelh sdr Aminhad), Iltizam (ahli dari Singapura), Anasuraya (diwakil), Rudy Bluehikari, HMS Abu Bakar, dan ahli dari USA, Mr. George Manos.  Mr. George Manos telah menyampaikan versi Melayu bagi tiga buah puisinya yang telah disiarkan di komuniti "Poets", iaitu "Apakah", "Matlamat Cinta", dan "Malaysia".

 

Acara penyampaian hadiah bermula dengan penyampaian hadiah sayembara pada talian, iaitu sayembara menulis sajak Puasa dan Raya 2003 (5 hadiah), sayembara menulis sajak Ramadan 2004 (3 hadiah), sayembara menulis puisi pilihanraya (3 hadiah), dan sayembara menulis pantun merdeka (3 hadiah).  Setiap hadiah berbentuk wang tunai RM100 dan sijil.

 

Majlis diteruskan dengan acara persembahan "Baca Puisi 2" yang melibatkan deklamasi puisi oleh penyair-penyair esastera.com.  Acara ini telah disertai oleh Ahkarim, Arisel BA, Raja Rajeswari, Saleha Ahmad, Muhammad Zakir, Abdullatip, Elmi (ahli dari Singapura), Nilamsuri, Anbakri, dan Airmas.

 

Selepas persembahan, majlis telah menjemput pengadil Hadiah eSastera.com 2004, sdr Dinsman, untuk menyampaikan ucapannya.  Dalam ucapannya yang amat berkesan itu, Dinsman telah menyatakan bahawa pengadilan karya seni seperti yang dilakukannya untuk Hescom 2004 ini adalah berbentuk subjektif kerana memanglah begitu sifat penilaian hasil kerja seni. Beliau mengaku yang beliau memilih karya yang sesuai dengan selera beliau.  Namun beliau memberikan perhatian utama kepada aspek bahasa dan isi yang terkandung dalam karya.  Pada pandangan beliau, karya yang dihasilkan di esastera.com tidak banyak kelainan daripada karya yang dihasilkan di tempat-tempat lain.  Beliau mencuba mencari kelainannya tetapi tidak jelas kelihatan. [ Perlu diingat bahawa Dinsman menilai karya-karya itu berdasarkan "hard copy" yang diberikan kepadanya dan beliau tidak berpeluang melihat sajak itu dalam bentuk multimedia asalnya :) --- Penulis. ] Namun Dinsman memerhatikan bahawa genre sajen (sajak jenaka) adalah unik kepada esastera.com dan tidak ada di luar esastera.com, termasuk DBP.  Beliau mencadangkan supaya genre ini terus dipromosikan dan mengambil perhatian bahawa genre ini mempunyai agak ramai pengikutnya.

 

Majlis diteruskan pula dengan acara cabutan bertuah. Sebelas orang hadirin dari kalangan ahli esastera.com telah menerima hadiah cabutan bertuah berupa novel-novel sumbangan Karangkraf Sdn. Bhd.  Kemudiannya diadakan pula lima cabutan bertuah khas apabila dua pemenang pertama menerima sebakul seorang buah-buahan sumbangan Abdullatip (buah-buahan dari kebunnya sendiri di Jelebu) dan tiga pemenang berikutnya setiap satu menerima voucher high-tea untuk dua orang sumbangan Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

 

Selepas cabutan bertuah, majlis diteruskan dengan Baca Puisi 3 oleh Drvictor, Drirwan, Zurinah Hassan, dan Dinsman.

 

Acara itu diikuti majlis penyampaian anugerah-anugerah.  Penyampaian anugerah dimulai dengan Anugerah Sajak Multimedia dan Interaktif (Asmi).  Kemudiannya disusuli oleh penyampaian Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (Ahmas), Anugerah Novelis Alam Siber (Anas), Anugerah Cereka Alam Siber (Acas), Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas), dan Anugerah Penyair Alam Siber (Apas).

 

Seramai empat orang ahli telah memenangi hadiah utama.

 

Hadiah utama bagi Apas 2004 yang membawa gelaran “Penyair Alam Siber 2004” telah disandang oleh penulis muda Nik Mohd Iznan Tuan Yaacob (atau Nimoiz T.Y).  Beliau menggondol hadiah wang tunai RM2004.00 dan sijil. Nimoiz T.Y juga memenangi hadiah utama bernilai RM1000 untuk Anas 2004.  Guru muda yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan ini telah tidak dapat hadir di majlis tersebut kerana baru ditugaskan mengajar di Sarawak.

 

Hadiah utama bagi Asjas 2004 telah disandang oleh Administrator komuniti "Sajak Jenaka", Arisel BA.    Beliau juga menggondol hadiah-hadiah utama wang tunai RM1000 untuk Acas dan JY2000.00 untuk Ahmas.

 

Hadiah-hadiah utama bagi Asmi dimenangi oleh Airmas s_z (administrator "Poets"), RM600 dan Dipinggiran, RM400.

 

Semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Zurinah Hassan.

 

Majlis tamat pada kira-kira jam 10.45 malam selepas Dr. Irwan menyampaikan cendermata kepada perasmi, pengadil, dan penyanyi jemputan, sdr Omar Sarif dari Kolej Kediaman Kedua, Universiti Malaya. Selepas itu,  para peserta mengambil kesempatan untuk beramah mesra serta bergambar ramai. Kemudiannya masing-masing pulang dengan penuh kenangan manis.

 

Senarai lengkap hadiah serta nama pemenang yang berpadanan adalah seperti dalam Lampiran kepada laporan ini.

 

GAMBAR-GAMBAR PILIHAN 1


GAMBAR-GAMBAR PILIHAN 2

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

Lampiran

 

 

KEPUTUSAN HADIAH eSASTERA.COM 2004
 

 

Di sini disenaraikan nama-mana pemenang hadiah-hadiah* yang telah disampaikan di malam Hes.com 2004:

 

1.         Anugerah Penyair Alam Siber 2004 (Apas 2004)

 

Penyandang Gelaran "Penyair Alam Siber 2004"
Hadiah Wang Tunai RM200.00 dan Sijil*

Nimoiz T.Y.

 

Tempat Kedua
Hadiah Wang Tunai RM100.00 dan Sijil*

Abdullah Jones

 

Tempat Ketiga
Hadiah Wang Tunai RM50.00 dan Sijil*

Anbakri

 

7 Hadiah Sagu Hati
Hadiah Wang Tunai RM10.00 dan Sijil*

1. Dahrie
2. Fahd Razy
3. Saleha
4. Rudy Blueikari

5. Raja Rajeswari
6. Elmi Zulkarnain
7. Glateh
 


2.         Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2004 (Asjas 2004)

 

Penaja utama: United Akrab Sdn Bhd.

 

Hadiah Wang Tunai RM1000.00 dan Sijil*

Arisel BA

 

Tempat Kedua
Hadiah Wang Tunai RM100.
00 dan Sijil*

Alaieffa

 

Tempat Ketiga
Hadiah Wang Tunai RM50.
00 dan Sijil*

Ahkarim

 

 

3.         Anugerah Cereka Alam Siber 2004 (Acas 2004)

 

Hadiah Wang Tunai RM1000.00 dan Sijil*

Arisel BA

 

Tempat Kedua
Hadiah Wang Tunai RM100.
00 dan Sijil*

Ghafirah Idris (RM100)

 

Tempat Ketiga
Hadiah Wang Tunai RM50.
00 dan Sijil*

Fahd Razy)

 

 

4.         Anugerah Novelis Alam Siber 2004 (Anas 2004)

 

Hadiah Wang Tunai RM1000.00 dan Sijil*

Nimoiz T.Y

 

Tempat Kedua
Hadiah Wang Tunai RM100.00 dan Sijil*

Muhammad Zakir

 

Tempat Ketiga
Hadiah Wang Tunai RM50.
00 dan Sijil*

Abdullatip

 

5.         Anugerah Haiku Melayu Alam Siber 2004 (Ahmas 2004)

 

Hadiah Wang Tunai RM1000.00, cenderamata dari Jepun, dan Sijil*

Arisel BA

 

Tempat Kedua
Hadiah Wang Tunai RM100.00, cenderamata dari Jepun, dan Sijil*

Rudy Bluehikari

 

Tempat Ketiga
Hadiah Wang Tunai RM50.
00, cenderamata dari Jepun, dan Sijil*

Abdullatip

 

2 Hadiah Sagu Hati
Cenderamata dari Jepun
Airmas

Penggiran

 

6.         Anugerah Sajak Multimedia/Interaktif 2004 (Asmi 2004)

 

Hadiah Wang Tunai RM600.00 dan Sijil*
Airmas

 

Hadiah Wang Tunai RM400.00 dan Sijil*
Dipinggiran

 

 

7.         Sayembara "Pada Talian" 2003/04
Hadiah Wang Tunai RM100.
00 dan Sijil*

 

Di sepanjang tahun 2003 (selepas Hescom 2003) dan 2004, esastera.com telah mengadakan empat sayembara khas untuk sambutan tertentu. Pemenang-pemenangnya adalah seperti yang berikut:

 

(a) Sayembara Menulis Sajak Puasa & Raya 2003

1. Airmas ("Selamat Hari Raya Abah")
2. Dahri Zakaria ("Dan Pohon-pohon Pun Sujud")
3. Abdullatip ("Menuai Pahala Ramadan")

4. Ummu Hani ("Kampung Ramadan")

5. Mosna ("Memasuki Sekolah Ramadan")

 

(b) Sayembara Menulis Sajak Ramadan 2004

1. Raja Rajeswari ("Bulan Barakah")
2. Zainallasim ("Jurang")
3. Rudy Bluehikari ("Penghujung Ramadan")

 

(c) Sayembara Menulis Puisi Pilihan Raya 2004

1. AbdullahJones ("Kronologi Pengundi")
2. Nilamsuri ("Di Medan Pertembungan Ini, Watanku Bersama Kita Saksikan")
3. Tintasukma ("Lelaki Berbaju Biru")

 

(d) Sayembara Menulis Pantun Merdeka

1. Ramy
2. Abdullatip
3. Dipinggiran

---------------------------------------------

*Hadiah hanya diberi kepada mereka yang menghadiri majlis penyampaian hadiah pada 25.12.2004.

 

Laman ini telah dikemaskinikan pada:  24.12.2004 11:50 pm                      To see the ENGLISH VERSION, please click HERE

Hadiah eSastera.com 2004 (HeScom 2004)
Tarikh : 25.12.2004

A : Butir-Butir Anugerah

B : Status Penilaian


 

20.12.2004
kemaskini 24.12.04

TEMPAT DUDUK HESCOM 2004

Jumlah Peserta Yang Pasti = 66

Meja 1 [VIP]

01.   Drirwan

02.   Hasimah

03.   Zurinah

04.   Dinsman

05.   Sutung

06.   Dr. Victor

07.   Alaieffa

08.   Pangeran Ahmad

09.   George Manos

10.   Dahrie

 

Meja 2

01.   Airmas

02.   Airmas 2

03.   Abdullatip

04.   Abdullatip 2

05.   T. Nazirah

06.   Shakirin

07.   Anbakri

08.   Anasuraya

09.   Saleha

10.   Nilamsuri


 

Meja 3

01.   Ramy

02.   Ramy 2

03.   Rajarajes

04.   Rajarajes 2

05.   Ylang-Ylang

06.   Ylang-Ylang 2

07.   Ylang-Ylang 3

08.   Ylang-Ylang 4

09.   Iltizam

10.   Iltizam 2

 

Meja 4

01.   Damahum

02.   Damahum 2

03.   Dipinggiran

04.   Dipinggiran 2

05.   Izwansah (ep)

06.   Rudy

07.   Rudy 2

08.   Sri Diah

09.   Sri Diah 2

10.   x


 

Meja 5

01.   Ummu Hani

02.   Juwairiah

03.   Omar Sarif

04.   Anipe

05.   Ghafirah

06.   Hudasoid

07.   Ida Munira

08.   Innocet_One

09.   x

10.   x

  

Meja 6

01.  Wan Afiq

02.  Zulazmi

03.  Wan Dinie

04.  Zurinah 2

05.  Zurinah 3

06.  Zurinah 4

07.  Wan Hamidah

08.  Wan Azie

09.  Adib

10.  Adib 2

 

Meja 7

01.   Ahkarim

02.   Ahkarim 2

03.   Muhammad Zakir

04.   Arisl BA

05.   Glateh

06.   HMS Abu Bakar

07.   HMS Abu Bakar 2

08.   HMS Abu Bakar 3

09. Elmi Zulkarnain

 

16.12.2004 PERINGATAN KEPADA PENDEKLAMASI

(1) Juruacara akan memanggil setiap kumpulan pendeklamasi secara serentak. Setiap orang dalam kumpulan itu hendaklah tampil mendeklamasi apabila tiba gilirannya tanpa dipanggil sekali lagi secara individu.

(2) Pendeklamasi hendaklah terus mendeklamasi sajaknya apabila tampil ke hadapan. Mereka tidak dibenarkan "membebel" sebelum  menyampaikan puisi.  Satu dua ayat dibenarkan.

(3) Setiap pendeklamasi akan mendeklamasikan sebuah sajak sahaja (3 hingga 4 minit).

 

15.12.2004
 
Atur Cara (Tentatif)

8.00 - Alu-aluan juruacara
8.05 - Doa
8.10 - Ucapan Drirwan
8.15 - Ucapan Perasmian oleh Pn. Zurinah Hassan
         (pemenang S.E.A Write Awards 2004)
8.20 - Makan malam
8.40 - Baca puisi 1 (Dahrie, Hasimah,
         Ramy, Iltizam, Anasuraya, Rudy,
         HMS Abu Bakar, George Manos)
         [Cendera mata kepada George Manos]
         Nyanyian 2 lagu oleh Omar Sarif
9.20 - Pengumuman pemenang sayembara
         : Sajak Puasa dan Raya 03 (5 hadiah)
         : Sajak Ramadan 04 (3 hadiah)
         : Puisi Pilihan Raya (3 hadiah)
         : Pantun Merdeka (3 hadiah)
9.40 - Baca Puisi 2 (Ahkarim, Raja Rajes, Muhammad Zakir,
         Abdullatip, Elmi, Nilamsuri, Saleha, Anbakri, Airmas)
10.20 - Ucapan Hakim
10..30 - 6 Cabutan Bertuah
10..35 - Baca Puisi 3 (Drirwan, Sutung Umar, Zurinah
            Hassan,   Dinsman)
10..50 - Majlis Penyampaian Anugerah
            : ASMI - RM600, RM400
            : AHMAS - Yen2000, Yen1000, Yen1000
            : ANAS RM1000
            : ACAS RM1000
            : ASJAS RM1000
            : APAS RM2004 dan 5 saguhati
            [Cenderamata kepada Pn. Zurinah Hassan]
            [Cenderamata kepada Hakim]
11.20 - Tamat

ASMI = Anugerah Sajak Multimedia/Interaktif
AHMAS = Anugerah Haiku Melayu Alam Siber
ANAS = Anugerah Novelis ALam Siber
ACAS = Anugerah Cereka Alam Siber
ASJAS = Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (sumbangan
              United Akrab Sdn Bhd)
APAS = Anugerah Penyair Alam Siber

15.12.04
Kemaskini 22.12.04
PERSEMBAHAN

Senarai Peserta Yang Akan Membuat Persembahan pada Malam HESCOM 2004

1. Drirwan

2. Hasimah

3. Dahrie

4. Abdullatip

5. Elmi Zulkarnain

6. Airmas

7. George Manos

8. Ahkarim

9. Rudy Bluehikari

10. Saleha

11. Nilamsuri

12. Omar Sarif

13. Iltizam

14. Ramy

15. Rajarajes

16. Muhammad Zakir

17. Anbakri

18. Anasuraya

19. Dr. Victor

20. Arisel BA

21. HMS Abu Bakar

22. Sutung Umar

23. Dinsman

24. Zurinah Hassan
 

6.12.2004
Kemaskini 18.12.04

Senarai Peserta Yang Akan Hadir Malam HESCOM 2004 (kemaskini pada 14.12.2004)

Perasmi : Zurinah Hassan

[Ö] sudah bayar/komplimentari

[*] dalam proses membayar

[@] Dari luar negara. Akan bayar di pintu masuk

Tarikh tutup untuk mengesahkan kehadiran dan membuat bayaran ialah 10.12.2004.

01.  Drirwan [Ö]

02.  Hasimah [Ö]

03.  Abdullatip 2 (*)

04.  Innocent1 [Ö]

05.  Grokster [Ö]

06.  Psicorpse [Ö]

07.  Muslim4Life [Ö]

08.  Dahrie [Ö]

09.  Ummu Hani [Ö]

10.  Juwairiah [Ö]

11.   Anipe [Ö]

12.  Abdullatip [Ö]

13.  Tengku Nazirah [Ö

14.  Shakirin [Ö]

15.  Alaieffa 1 [@]

16.  Alaieffa 2 [@]

17.  Elmi Zulkarnain [@]

18.  Airmas [Ö] 

19.  Airmas 2 [Ö]

20.  George Manos [@]

21.  Ahkarim [Ö]

22.  Rudy Bluehikari [Ö]

23.  Rudy 2 [Ö]

24.  Damahum [Ö]

25.  EP Izwansah (*)

26.   Dipinggiran [Ö]

27.  Dipinggiran 2 [Ö]

28.  Saleha [Ö]

29.  Nilamsuri (Ö)

30.   Omar Sarif [Ö]

 

31.  Sri Diah [Ö]

32.  Sri Diah 2 [Ö]

33.  Iltizam [@]

34.  Iltizam 2 [@]

35.  Ramy [Ö]

36.  Ramy 2 [Ö]

37.  Rajarajes [Ö]

38.  Rajarajes 2 [Ö]

39.  Ghafirah [Ö]

40.  Hudasoid [Ö]

41.  Ida Munira [Ö]

42.  Muhammad Zakir [Ö]

43.  Anbakri [*]

44.  Anasuraya [*]

45. HMS Abu Bakar [Ö]

46.  Sutung Umar [Ö]

47. Dinsman [Ö]

48.  Zurinah Hassan [Ö]

49.  Zurinah Hassan 2 [Ö]

50. Zurinah Hassan 3 [Ö]

51. Zurinah Hassan 4 [Ö]

52. Ghazali Lateh [Ö]

53. Ylang-Ylang (Ö)

54. Ylang-Ylang 2 (Ö)

55. Ylang-Ylang 3 (Ö)

56. Damahum 2 [Ö]

57. HMS Abu Bakar 2 (Ö)

58. HMS Abu Bakar 3 (Ö)

59. Ylang-Ylang 4 (*)

60.  Ahkarim 2 [Ö]

61. Arisel BA [Ö]

62. Dr. Victor (*)

63. Wan Hamidah [Ö]

64. Wan Azie [Ö]

65. Adib [Ö]

66. Adib 2 [Ö]

Semua peserta akhir layak memenangi sebarang anugerah.  Namun hadiah hanya dikeluarkan kepada pemenang yang hadir di majlis penyampaian anugerah.

  HESCOM 2004, 25.12.2004, jam 8.00 malam. Di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

!!! TERKINI

2.12.06

Peserta diminta membuat bayaran kehadiran RM45.00 selewat-lewatnya pada 10.12.2004 ke akaun Esastera Enterprise di Bank Bumiputera Commerce, No. Akaun: 1421-0008623-05-4.

Sila beritahu kami setelah bayaran dibuat. Bawa bukti pembayaran pada malam tersebut dan serahkan di meja pendaftaran untuk mendapatkan tiket masuk.

!!!

LAGI TERKINI

29.11.04

 

HESCOM 2004:

MASA
Sabtu 25.12.2004,  jam 7.45 mlm.

TEMPAT
Hotel Singgahsana, Persiaran Barat, Off Jalan Sultan,  Petaling Jaya, Selangor. (Tel: 03-79562100; Fax: 03-79542041; emel: kubhspj@tm.net.my)

Bayaran:  RM45.00 seorang (Makan malam)

Sila daftar nama dengan Dr Irwan 019-2680086;
 
 e-mel drirwan@esastera.com.

!!!

TERKINI

25.11.04

PENTING: Malam penyampaian anugerah HADIAH eSASTERA.COM 2004 akan diadakan pada Sabtu 25.12.2004, jam 8.00 malam. Oleh sebab akan diadakan di sebuah hotel, bayaran akan dikenakan kepada ahli. Bayaran juga dikenakan jika ahli membawa tamu atau pengiring. Sila sahkan kehadiran anda dengan segera sama ada melalui emel atau melalui papan nota di Komuniti. MAJLIS akan hanya diadakan sekiranya ada 50 orang (termasuk tetamu pengiring) yg akan hadir. Salam.

Semua peserta akhir layak memenangi sebarang anugerah.  Namun hadiah hanya dikeluarkan kepada pemenang yang hadir di majlis penyampaian anugerah.

 

Pendahuluan

Hadiah esastera.com (Hescom) pertama kali diadakan pada tahun 2003 berdasarkan karya yang diterbitkan di majalah elektronik sastera "esastera.com" sepanjang tahun 2002.  Hescom 2003 itu telah menawarkan dua anugerah utama, iaitu Anugerah Penyair Alam Siber (Hadiah utama RM2003.00) dan Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Hadiah utama RM1000). Hescom 2003 ditaja oleh Tan Sri Dato' Dr. Chan Ah Chye dari Talam Corporation.

A : Hadiah eSastera.com 2004 (Hescom 2004) -- Butir-butir Augerah

Hadiah eSastera.com 2004 (Hescom 2004) adalah untuk menghargai karya yang diterbitkan di majalah esastera.com sepanjang tahun 2003. Hadiah ini mengandungi 7 kategori yang berikut:

1. Anugerah Penyair Alam Siber 2004 (Apas 2004)
2. Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber 2004 (Asjas 2004)
3. Anugerah Cerpenis Alam Siber 2004 (Acas 2004) - Ditukar kepada Anugerah Cereka (Cerpen/Skrip Drama) Alam Siber
4. Anugerah Novelis Alam Siber 2004 (Anas 2004)
5. Anugerah Sajak Multimedia/Interaktif Alam Siber 2004 (Asmi 2004**)
6. Anugerah Haiku Melayu Alam Siber 2004 (Ahmas 2004)
7. Anugerah Haiku Jenaka Alam Siber 2004 (Ahjas 2004) (Dibatalkan)


Pemilihan Pemenang
Pemenang bagi setiap kategori akan dipilih berasaskan tiga (3) karya pilihannya yang disiarkan di majalah e-sastera sepanjang tahun 2003.

Hadiah
1. Untuk Apas 2004: hadiah utama ialah wang RM2004.00, cenderamata, dan sijil. Hadiah lain akan ditentukan kemudian.

2. Untuk Asjas 2004, Acas 2004, Anas 2004, dan Asmi 2004: hadiah utama ialah wang RM1000.00, cenderamata, dan sijil. Hadiah lain akan ditentukan kemudian.

3. Untuk Ahmas 2004 dan Ahjas 2004: hadiah utama ialah wang Yen2004, cenderamata, dan sijil. Hadiah ke-2: wang Yen1000, cenderamata, dan sijil. Hadiah Ke-3: wang Yen500, cenderamata, dan sijil. 5 Hadiah Sagu Hati, setiap satu: Yen100, cenderamata, dan sijil. (Penganjur sedang mencari tajaan hadiah sampingan untuk mengiringi hadiah wang Yen.)

Syarat Penting
Penulis perlu menyiarkan biodata lengkap masing-masing untuk melayakkan karya mereka dipertimbangkan. Hanya penulis yang masih aktif di esastera.com pada masa penilian dilakukan yang layak dipertimbangkan untuk menerima mana-mana anugerah.

** ANUGERAH SAJAK MULTIMEDIA/INTERAKTIF (ASMI) 2004

1.0 Pendahuluan
Pada awal tahun 2003, majalah e-sastera telah melancarkan Hadiah eSastera.com (HeS.com) 2004 dengan empat kategori anugerah, iaitu APAS 2004, ASJAS 2004, ACAS 2004, dan ANAS 2004. Maka ASMI 2004 ialah anugerah yang kelima dikeluarkan untuk karya tahun 2003.

2.0 Objektif
Untuk menggalakkan perkembangan sajak berciri multimedia dan interaktif dalam bahasa Melayu.

3.0 Syarat
3.1 Terbuka kepada sajak-sajak yang disiarkan di majalah e-sastera dalam Komuniti "Penyair" atau Komuniti "Sajak Jenaka (Sajen)".
3.2 Sajak mestilah mempunyai ciri-ciri multimedia (teks, animasi, dan audio) dan/atau bersifat interaktif.
3.3 Sajak yang dipilih untuk menyertai ASMI 2004 akan tetap dipertandingkan dalam APAS 2004 atau ASJAS 2004 dan layak memenangi kedua-dua anugerah, jika terpilih.

4.0 Hadiah
Hadiah wang tunai bernilai RM1,000 disediakan, dengan pemenang pertama mendapat RM600 dan pemenang kedua mendapat RM400.

5.0 Kelayakan
Semua sajak yang disiarkan di komuniti "Penyair" dan "Sajen" di sepanjang tahun 2003 layak dipertimbangkan dengan syarat memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan dalam 3.2 di atas. Penganjur akan menentukan sama ada sajak itu layak atau tidak. Penulis tidak perlu berbuat apa-apa dalam hal ini.

6.0 Pengadilan
Pemenang akan dipilih berdasarkan tiga karya pilihan.

ASMI 2004: Dilancarkan pada 8.5.2003. Dianjur oleh Komuniti "Penyair" Alam Siber.

WAB/8.5.2003

 

B : Hadiah eSastera.com 2004 (HeScom 2004) -- Status Penilaian

1.1.04 (1) Semua karya sedang dicetak dan dikompilasi. (2) Penajaan sedang dicari.
10.1.04 Anugerah Haiku Jenaka Alam Siber 2004 (Ahjas 2004) dibatalkan kerana bilangan haiku jenaka (haijen) yang disiarkan adalah terlalu kecil. Semua haiku (termasuk "haijen") akan dinilai sekali gus untuk Anugerah Haiku Melayu Alam Siber 2004 (Ahmas 2004).
29.4.04 ACAS 2004 ditukar daripada anugerah CERPEN ALAM SIBER kepada anugerah CEREKA ALAM SIBER (dengan DRAMA diadili bersama).
15.8.2004 Dicadangkan majlis diadakan pada 20.12.2004 sempena ulang tahun ke-2 majalah esastera.com.
17.11.2004

Proses pengadilan bermula.
Diingatkan bahawa hanya ahli yg AKTIF dan yang telah mengemukakan BIODATA sahaja akan dipertimbangkan. Ahli yang AKTIF ialah ahli yang memasuki komuniti berkenaan dalam masa maksimum 30 hari sebelum hari ini (dikira dari hari ini kerana proses pengadilan bermula pada hari ini). Kekecualian hanya bagi ahli yang menghubungi kami untuk "memohon cuti" atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ahli yang menyiarkan kurang daripada TIGA buah karya dalam sesuatu kategori di sepanjang tahun 2003 juga tidak layak dipertimbangkan (kerana anugerah setiap kategori akan diasaskan kepada tiga buah karya).

18.11.2004         

 

Di sini disenaraikan "username" bagi 39 orang penulis yang layak menyertai Hescom 2004 dalam pelbagai kategori berasaskan (a) keahlian yang aktif, (b) mengemukakan biodata yang lengkap, dan (c) menyiarkan sekurang-kurangnya tiga buah karya pada tahun 2003.
Peserta diingatkan supaya JANGAN mengedit karya tahun 2003 kerana perbuatan itu akan mengeluarkan karya yang berkenaan daripada folder Tahun 2003 (folder pertandingan).
Tajuk karya-karya yang dipilih untuk mewakili peserta ke peringkat akhir akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.
APAS 2004 ASJAS 2004 ACAS 2004 ANAS 2004 ASMI 2004 AHMAS 2004
1. Dahrie (22)
2. Damahum (17)
3. FahdRazy (15)
4. Airmas_sz (44)
5. Uthayasb (4)
6. Zarez_alhusaini (13)
7. Drvictor (22)
8. Ghafirahidris (42)
9. Little_Tulip (11)
10. Anbakri (38)
11. -Saleha_Ahmad (29)
12. Lutfiishak (15)
13. Alaieffa (29)
14. Abdullatip (33)
15. Rudy_Bluehikari (15)
16. Zainallasim (25)
17. Nimoizty (44)
18. Mankie38 (4)
19. Arisel (86)
20. Glateh (5)
21. Tanven (16)
22. Scorpio26 (62)
23. Ida-munira (40)
24. Dipinggiran (38)
25. Mshukrinasiar (55)
26. MuhammadZakir (30)
27. Sarennande (5)
28. ErwinKhairul (27)
29. Elmizulkarnain (12)
30. Easy21 (6)
31. Miyaahbah (11)
32. Ahkarim (46)
33. -Nilamsuri- (45)
34. Ana_suraya (3)
35. AbdullahJones (55)
36. Kak_hani (13)
37. Ylang_ylang (13)
1. Airmas_sz (10)
2. Anbakri (17)
3. Alaieffa (20)
4. Abdullatip (41)
5. Rudy_Bluehikari (7)
6. Zainallasim (11)
7. Arisel (11)
8. Nimoizty (44)
9. MuhammadZakir (45)
10. Mshukrinasiar (5)
11. Ahkarim (6)
1. Abdullatip(11)
2. Dahrie(3)
3. Nimoizty(5)
4. Airmas_sz(4)
5. Ghafirahidris(16)
6. Arisel(12)
7. FahdRazy(5)
8. AmizaKhusyri(4)
9. RazaliendunBer(4)
10. Saleha_Ahmad(3)
11. Glateh(3)
12. Ida-munira(5)
1. Abdullatip(8)
2. Nimoizty(7)
3. MuhammadZaki(3)
Semua peserta yang tersenarai dalam senarai APAS, ASJAS, dan AHMAS. 1. Rudy_Bluehikari
2. Dipinggiran
3. Abdullatip
4. Airmas_sz
5. Arisel

1123

217

83

18

   
Angka dalam kurungan (...) menunjukkan bilangan karya yang disiarkan di sepanjang tahun 2003.

Senarai nama peserta
1.AbdullahJones 2.Abdullatip   3.Ahkarim  4.Airmas_sz  5.Alaieffa   6.AmizaKhusyri   7.Ana_suraya   8.Anbakri  9.Arisel  10.Dahrie  11.Damahum   12.Dipinggiran   13.Drvictor  14.Easy21   15.Elmizulkarnain   16.ErwinKhairul  17.FahdRazy  18.Ghafirahidris  19.Glateh  20.Ida-munira   21.Kak_hani  22.Little_Tulip  23.Lutfiishak  24.Mankie38  25.Miyaahbah   26.Mshukrinasiar   27.MuhammadZakir   28.Nilamsuri  29.Nimoizty  30.RazaliendunBer  31.Rudy_Bluehikari  32.Saleha_Ahmad  33.Sarennande  34.Scorpio26  35.Tanven  36.Uthayasb  37.Ylang_ylang  38.Zainallasim  39.Zarez_alhusaini

 

20.11.2004

Disenaraikan judul tiga karya yang dipilih untuk mewakili peserta berkenaan.  Karya-karya ini telah dipilih untuk menggambarkan kekuatan penulis daripada pelbagai segi dalam genre yang berkenaan. Penulis dibenarkan memohon untuk menukar SEBUAH karya bagi setiap genre dengan mana-mana karya lain yang juga telah disiarkan di esastera.com dalam tahun 2003. (Sila hubungi kami di e-mel: esastera@esastera.com selewat-lewatnya pada 25.11.2004).

APAS 2004:

1. Dahrie (Di Kubur Reny; Aeat al-Akhras; Hujan Di Kuala Lumpur).
2. Damahum (Ring Ring Ring; Oh Bulan Mana Bintang; Protokol Berbicara Di Papan Nota (Netiket)).
3. FahdRazy (Mimpi Seorang Penyair*; Bintang Yang Runtuh; Rintih Muhasabah (Cinta Samawi 2)).
4. Airmas_sz (Nota Buat Negra Di Hujung Tanduk; Dari Secawan Milo; Sakit Yang Panjang).
5. Uthayasb (Diwali Sebuah Sajak; Raja Se(ri)gala Bahasa; Da Bulan Muncul Di Wajahnya).
6. Zarez_alhusaini (Pertarunagn Sengit Di Tengah Samudera; Tafakur Di Malam Sunyi; Membedah Khazanah Ilmu).
7. Drvictor (Cermin Tua; Kuperlukan Sedikit Saja; Inilah Kau Berdiri).
8. Ghafirahidris (Kuntuk Mawar Di Metropolitan; Aku Berjumpa Dia Semalam; Si Kunang-kunang).
9. Little_Tulip (Aku Bersendirian; Ada Satu Roh; Kanak-kanak Kaca).
10. Anbakri (Panggilan Terakhir MH1984; Republik Bangsar; Aku Masih Tidak Percaya).
11. -Saleha_Ahmad (Mendepani Cabaran; Bayang-bayang Pesona; Istana Kepastian).
12. Lutfiishak (Politikus; Ngaco Seorang Yatim Di Hari-hari Peperangan-4; Lidah Muhammad).
13. Alaieffa (Semlam Hari Ini Dan Esok; Kau Istsimewa Bagiku; Aku Kaya).
14. Abdullatip (Berbanggakah Kita; Tasbih; Jejak Indah Omar).
15. Rudy_Bluehikari (Si Cerdik Si Pandai; Sedangkan Mendirikan Sebuah Masjid; Sekeping Poskad).
16. Zainallasim (Persekitaran dan Sebuah Puisi Sepi; Selalunya; Sunyi).
17. Nimoizty (Gual Ipoh (2); Wajah Bahasa; Kerusi).
18. Mankie38 (Nasihatmu; Di Sebalik Nama Itu; Kenangan Silam).
19. Arisel (Elegi Pejalan Kaki; Hilang Suara Gema Merdeka; Ombak Sajak).
20. Glateh (Dengan Nurmu Ya Rasullalah; Hujan Tengah Malam; Tentang Perang).)
21. Tanven (Asrar Kamar Hijau Sebuah; Roda Pendidikan; Potret Bahasa).
22. Scorpio26 (Menjaring Mentari; Ketuk Pintu Kamar; Suara Dari Desa).
23. Ida-munira (Seorang Perempuan; Percaya; Aceh).
24. Dipinggiran (Sesekali Kau Terlupa; Mungkinkan Esok?; Menunggu Kehadiran).
25. Mshukrinasiar (Inul, Si gadis Desa; Teori Pakcik Darwin; Lagi, Warkah Teruka Buat Si Bush).
26. MuhammadZakir (Kampung Rencong (Aceh); Titis-titis Derai Air Mata Ibu; Pembunuh Moyang).
27. Sarennande (Dia Yang Kufahami Nuraninya; Perempuan; Sebuah Daulat).
28. ErwinKhairul (Rumah Kami; Siapa Salah?; Aku Pasrah).
29. Elmizulkarnain (Aku Masih Di Hutan; Atuk; Menanti Damai Merasuk Bumi).
30. Easy21 (Kalam Kita; Percikan Kasih; Garis-garis Mimpi).
31. Miyaahbah (Nagasari; Ada Lagi Satu Pintu; Langkah Ke Lokap).
32. Ahkarim (Angguk-angguk Belatuk III; Imsak Enam Ramadan; Bahasa lacur).
33. -Nilamsuri- (Cermin Persefahaman; Nota Di Penghujung Hayat; Sabda Lidah).
34. Ana_suraya (Bila Ilmu Tepu Di Dada;  Harga Sebuah Kasih Sayang; Dan Roh Pun Bersuara).
35. AbdullahJones (Jenaka Dan Teka-teka; Terakhir (Ketiga); Sajak Buat Perempuan Gemuk Di Sebelah Meja).
36. Kak_hani (Bicara Cemburu Pad Sebaang Pokok Mempelam; Terjaga Tengah Malam; Sepeeang Di Kuala Besut)
37. Ylang_ylang (Buah Kana Jeruk Kelubi; Kekasih; Kemuncup, Pipit Uban, Dan Cakcibo).

ASJAS 2004

1. Airmas_sz (Jalan-jalan Di Kuala Lumpur; Mabuk Kepayang; Untungnya Kami, Tuan).
2. Anbakri (Dilema Duda janda; Calling MH1385; Jah).
3. Alaieffa (Buah Cempedak Menjadi Nangka; Takdir?; Petua Memancing).
4. Abdullatip (Hadiah Hari Raya; Kalaulah Lembu Pandai Berkata; Di Jelebu MuhammadZakir Tertipu).
5. Rudy_Bluehikari (Dialog Ayah Dengan Anak; Rempeyek atau Tempeyek?; Kepala Syarikat Malaysia vs Kepala Syarikat Jepun).
6. Zainallasim (Aku Rasa Menyampah; Di Satu Waktu; Perang & Parang).
7. Arisel (Gejala Orang KL (3); Gejala Orang KL (2); Buku Dan Isteriku).
8. Nimoizty (Kekasih; Pat Pat Siku Lipat; Cikgu Pelatih).
9. MuhammadZakir (Depa Kata Aku Gila; Coming, Coming, Kambing!; Hantaran Anak Dara Kedah).
10. Mshukrinasiar (Resepi Char Kuetiau; Budaya Tukar III; Gadis Nabila).
11. Ahkarim (Terlena Dalam ElArTi; Risywah; OBVI).

ACAS 2004

1. Abdullatip (Perjuangannya Belum Seleai; Selagi Nadi Masih Berdenyut; Tangisan Di Bumi Anbiyak).
2. Dahrie (Eskapis; Maqam Percintaan; Rumah).
3. Nimoizty (Mencapai Sebuah Resolusi; Alica Trivocia; Revolusi Cinta, Xuanwa).
4. Airmas_sz (Dua Keping Syiling Baru; Pasir Berdengung; Saudagar Senja).
5. Ghafirahidris (Kutemu Cintanya Di Ramallah; Eksperimen 5-S;  www.aids.com).
6. Arisel (Siapakah Yang Mati Hari Ini?; Enigma; Sot).
7. FahdRazy (Memburu Bayang; Hujan Mengguyur Di Al Quds*; Kitab Lagenda).
8. AmizaKhusyri (Hikayat Nenda; Cahaya Zulmat; Bukan Kehendakku, Ratna).
9. RazaliendunBer (Persidangan Beruk; Merdeka Si Jalak; Hati).
10. Saleha_Ahmad (Dewan; Meniti Senja Duka; Hikmah).
11. Glateh (Telah Kubunuh Engkau; Api! Api! Api!; Singa, Rimau, Dan Sang Badut).
12. Ida-Munira (Menakdir Bulan; Cepat; Kerana Cahaya).

ANAS 2004

1. Abdullatip (Gurauan 1 April; Juara; Nostalgia Zalee masuk Jawi).
2. MuhammadZakir (Bujang Terlajak; Cinta Keinsafan Zalee; Perpisahan Dengan Encik Zikir).
3. Nimoizty (Festival Seni Bertukar Jadi Kes; Lamunan Aliman; Nostalgia Cinta Dan Kes Gempar).

AHMAS 2004

1. Rudy_Bluehikari (Tasik Chini; Jerangau II; Cahaya Bulan Dan Kejora).
2. Dipinggiran (Mentari Muram; Bila Senja Pun Tiba; Setenang Tasik).
3. Abdullatip (Rezeki; Tomohiko; Desaku).
4. Airmas_sz (Suasana Kampung; Hijau; Semut).
5. Arisel (Gunung Dan Pohon; Kuala Sat; Aspal Berliku).

SAYEMBARA PADA TALIAN

1. Sayembara Menulis Puisi Ramadan 27 Okt - 26 Nov 2003 (5 hadiah)
2. Sayembara Puisi Pilihan Raya 12 Mar - 21 Mar 2004 (3 hadiah)
3. Syembara Puisi Ramadan 16 Okt - 13 Nov 2004 (3 hadiah)
4. Pertandingan menulis Pantun Kemerdekaan (3 hadiah)

* Ditukar atas permintaan penulis.

MAKLUMAN: Semua peserta akhir layak memenangi sebarang anugerah.  Namun hadiah hanya dikeluarkan kepada pemenang yang hadir di majlis penyampaian anugerah.