|
ANUGERAH SASTERAWAN ALAM SIBER
Perkembangan sastera Melayu di alam siber (Internet) pada masa ini amatlah menggalakkan. Beberapa laman web yang dikendalikan pihak tertentu menyediakan wadah untuk penulis menyiarkan karya mereka. Antara homepaj yang popular ialah majalah elektronik e-sastera (http:// www.esastera.com).
Anugerah ini dinamai Anugerah Sasterawan Alam Siber (Aswas).
Mereka yang memenuhi kriteria yang berikut layak dipertimbangkan untuk anugerah ini: (a) Menyiarkan karya di majalah elektronik e-sastera. (b) Anugerah akan diberi berdasarkan kepada karya yang disiarkan di majalah e-sastera. Karya lain akan diambil sebagai sokongan sampingan sahaja. (c) Bagi anugerah pertama yang akan dikeluarkan pada tahun 2006, karya yang diambil kira ialah karya yang disiarkan di e-sastera sepanjang tahun 2003, 2004, dan 2005. (d) Menulis dalam sekurang-kurangnya tiga (3) genre, dengan setiap genre merujuk kepada satu "komuniti" (atau subkomuniti) dalam "e-sastera": Puisi (termasuk dalam bentuk tradisional seperti mantera, seloka, gurindam, dll), Sajak Jenaka, Pantun, Madah, Cerpen (Cerita Pendek, Cerita Mini, Cerita Panjang), Novel (Novel, Novella, Novelet), Cerita Rakyat, Drama (Drama Pentas, Drama Radio, Drama TV, Skenario Filem, dll), dan Artikel (termasuk Diskusi, Ulasan, dan Laporan).
(a) Anugerah pertama akan dikeluarkan pada tahun 2006. Karya yang akan diambil kira ialah karya yang disiarkan di sepanjang tempoh 3 tahun, 2003-2005. (b) Hadiah yang seterusnya akan dikeluarkan setiap dua (2) tahun.
(a) Hadiah bagi anugerah ini ialah wang tunai RM100,000 (Rgt satu ratus ribu sahaja). [Jumlah RM100,000 ini hanya cadangan hadiah maksimum sahaja. Hadiah sebenar bergantung kepada penajaan yang diperoleh dari pihak kedua.] (b) Hadiah-hadiah tambahan lain yang difikirkan sesuai, termasuk sijil dan cenderamata.
(a) Anugerah diurus oleh syarikat eSastera Enterprise (kAPAS). Syarikat eSastera akan melantik sebuah Jawatankuasa Pengurus untuk menguruskan perjalanan anugerah ini. (b) Jawankuasa Pengurus berkuasa menentukan criteria kelayakan dan melantik Panel Hakim untuk anugerah ini.
(a) Panel Hakim dilantik oleh Jawatankuasa Pengurus anugerah. (b) Panel Hakim ialah suatu badan bebas. (c) Panel Hakim akan menentukan kriteria pemilihan secara terperinci.
(a) Semua urusan kewangan yang berkaitan dengan anugerah ini akan diuruskan oleh eSastera Enterprise. (b) eSastera Enterprise berhak menjana pendapatan dan menentukan bayaran mengikut budi bicaranya.
(a) Pencalonan seseorang ahli boleh dibuat ahli itu sendiri atau oleh seorang ahli yang lain. (b) Pencalonan hendaklah disertai dengan "write-up" (penulisan) tentang penglibatan calon dalam kegiatan yang berkaitan dengan majalah e-sastera. (Kertas konsep asal untuk anugaerah ini -mulanya dinamai Anugerah Sasterawan negara Alam Siber- telah dibincang dan dipersetujui di pertemuan Komuniti "Penyair" di Universiti Malaya pada 21.2.03).
Irwan Abu Bakar |