ALAIEFFA SAJEN 1 2 3 4 5                              
                                       

 

 
 

1. PETUA MEMANCING

 

Konon ada satu cerita
Kesah dua anak muda
Pergi memancing ikan di kuala
Terjumpa nelayan tua

Kail dilabuh berjam-jam lamanya
Namun seekor ikan pun tak ada
Tapi...
Nelayan tua yang mereka jumpa
Banyak ikan diperolehinya

Mereka dekati nelayan tua
Melabuh kail dekat perahunya
Satu gigitan pun tak mereka rasa
Akhirnya ...
Anak muda pun bertanya
“Pak, kenapa umpanku tak dimakan ikan”
“Sedangkan perahu kita berdekatan”

Senyum simpul nelayan tua
Sambil berkata
“Kalau memancing mesti ada petua”
Orang muda heran ternganga
“Boleh Pak Tua ajarkan petua?”

“Begini...” mula pak tua bercerita
Sebelum kamu turun memancing
Toleh isterimu yang sedang baring
Jika ke kiri ia mengiring
Sebelah kananlah kau labuh pancing
Begitu juga jika ke kanan
Maka ke kiri pancing dilabuhkan

Tapi Pak Tua
Jika ianya baring melentang?
Pak Tua senyum nampak gusi
"Pancingmu simpan ke tepi
Memancing kamu jangan pergi
Kerana rezekimu sudah tersaji"
 

 

 
 
Sudin seorang muda yang nakal
malas kerja tapi panjang akal
satu hari dia ke kampung seberang
konon nak cuba nasib yang malang
 
Di kampung sana Sudin sudah tertawan
pada serorang gadis yang cantik rupawan
tapi dirinya banyak kekurangan
tiada pelajaran tiada pekerjaan
 
Ayah si gadis orangnya kuat beriman
suka menantu yang berilmu dan tetap pendapatan
Waktu meminang gadis rupawan
Sudin terpaksa menempuhi ujian
 
"Bakal menantu mesti ada pegangan hidup"
Sudin mengangguk menandakan sanggup 
Hati si ayah rasa berkenan
Memandang Sudin bergaya dan sopan
 
"Bakal menantu mesti pandai mengaji"
Sudin mengangguk sanggup diuji
menghadap Al-Quran Sudin menjadi sebak
Air mata mengalir tak dapat dielak
 
"Kenapa jadi begini?" tanya ayah tua
"kerana menghayati dengan penuh perasaan
"hati sebak tidak tertahan
"air mata jatuh bercucuran"
 
Senang hati si ayah tua
dapat menantu yang bijaksana
tapi sudah 5 bulan berumah tangga
masih juga belum pernah pergi bekerja
 
Satu hari si ayah bertanya
kenapa Sudin tak pernah pergi kerja
Sudin mengaku tak mempunyai kerja
"dulu Sudin mengaku pegangan hidup sudah ada"
bentak pak tua pada menantunya
 
"Betul ayah" dengan perlahan Sudin berkata
penganggan hidup memang saya ada
sebab setiap kali dipegang akan hiduplah ia
Terkejut ayah mulut ternganga
Dengan jawapan menantunya yang bersahaja
 
nukilan: Alaieffa
Brunei Darussalam
20 Julai 2003

 

 

 
 
 
 
Di Beijing kami membuat satu lawatan
kita sebuk memilih barangan
dibawa pulang untuk buah tangan
 
Di satu gerai berlaku berdebatan
jurujual dengan seorang pelanggan
aku menyampuk untuk menyelesaikan
 
"no no already she buy," kataku spontan
merah muka penjual sambil panas baran
"why u angry she buy and already she paid"
 
kuulangi lagi berkali-kali
namum penjual mula menunding jari
aku tercengang dan juga heran
kenapa penjual marah tak keruan
 
penjual bertanya dengan kasar, "driver where?"
aku kata "no here,  it is lunch hour"
tiba-tiba penjual mengangkat kayu besar
hendak memukulku tanpa kusedar
aku lari dia mengejar
 
Terjumpa kami seorang polis
kuceritakan padanya dalam bahasa inggeris
terbahak-bahak polis tertawa
kerana ada kekeliruan dalam bahasa
sebab aku tak  tahu bahasa cina
penjual tak tahu bahasa inggeris pula
 
bila diterangkan satu persatu
"she buy" dan "she paid" adalah bahasa kesat
dalam bahasa cina bila disebut dengan cepat
 
begitu juga dengan "lunch hour"
jika disebut dengan cepatnya
membawa makna yang menghina
 
aku menjadi malu... penjual tersipu-sipu
cerita betul bukan melucu
 
nukilan: Alaieffa
Brunei Darussalam
20 July 2003

 

 
  4
 

 

SAKIT HAIKU
oleh: ALAIEFFA

Aku duduk termanggu- manggu
Seperti mengingatkan sesuatu
Mungkinkah aku ini rindu?
Atau disampuk hantu?

Jari-jemari bergerak-gerak
Mulutku terkumat-kamit
Suami ingat sedang bertahmid
Atau sedang mengira duit.

Satu dua tiga empat lima
Aduh, sudah lebih suku kata
Kira lagi jangan tak kira
Hingga pening kepala.

Haiku, oh, haiku
Hingga hairan suamiku
Dalam tidur jari bergerak
Dia ingat aku nak minta pulak
.
 

 
  5

  Sunat Sunat
Oleh: Alaieffa

 

Kawanku namanya Jin Chew
Bertemu jodoh gadis Melayu
Kerana cintanya yang membara
Dia sanggup tukar agama

Kubawa dia jumpa Tok Imam
 Meminta petunjuk memeluk agama Islam
Kebetulan masa itu ceramah agama
Tentang Sembahyang serta Puasa

Selesai ceramah kawanku bingung
Ia duduk sambil termenung
Bila kutanya apa sebabnya
Kawanku geleng kepala

Sambil berkata...
”Kalau masuk Islam mesti sunat
”Itu sembahyang pun mahu sunat
"Itu puasa pun mahu sunat
“Lama lama semua habis
”Apa mahu sunat?”

Aku ketawa tak terkira
Rupanya dia salah terima
Pada pendapatnya
Sunat itu berkhatan saja.