| ALAIEFFA | CERITA RAKYAT | 1 | |||||||||||||||||||
| 1
LUMUT LUNTING DAN PULAU PILONG-PILONGAN Oleh Alaieffa Lumut Lunting adalah sebuah pulau yang terletak di antara Pulau Sibungur dengan Pulau Berambang di kawasan Sungai Brunei. Pulau Pilong-Pilongan pulak adalah sebuah pulau yang terletak di Laut Cina Selatan berdekatan dengan Pantai Muara. Lumut Lunting adalah merupakan legenda yang dikaitkan dengan kisah persabungan ayam di antara Brunei dengan Majapahit dimana cerita ini adalah terkenal di kalangan masyarakat Brunei dan dipertuturkan daripada satu generasi ke satu generasi. Menurut cerita orang tua-tua, ketika Brunei diperintah oleh Awang Alak Betatar. Awang Alak Betatar mempunyai seorang anak sedara bernama Awang Senuai, siapa yang mempunyai seekor ayam sabung perkasa yang diber nama Mutiara. Kehandalan Mutiara telah sampai kepengetahuan Batara Majapahit yang bernama Raden Angsuka Dewa siapa juga mempunyai seekor ayam sabung yang tak kurang handalnya bernama Asmara. Mendengarkan kehandalan Mutiara, Raden Angsuka Dewa pun datang ke Brunei untuk mengadu kehandalan ayam sabung Mutiara dengan ayamnya Asmara. Sebelum perlawanan di jalankan, Betara Majapahit telah membuat pertaruhan iaitu jika ayamnya kalah, baginda akan menyerahkan 40 buah kapal serta isi harta di dalamnya kepada Raja Brunei dan sebaliknya jika ayam Raja Brunei kalah, Raja Brunei hendaklah menyerahkan sebahagian daripada wilayah kekuasaan baginda kepada Majapahit. Pertaruhan ini di persetujui oleh Raja Brunei. Dalam persabungan itu, Asmara, ayam Ratu Majapahit telah kalah. Asmara pun terbang melarikan diri, lalu jatuh ke laut berdekatan dengan Pantai Muara dimana ianya menjadi batu dan menjadi sebuah pulau yang dikenali dengan nama Pulau Pilong-Pilongan. Betara Majahapit merasa malu dan murka dengan kekalahan Asmara itu, lalu baginda menyumpah Mutiara menjadi batu. Akibat sumpahan itu, Mutiara yang sedang terbang pada waktu itu kerana gembira denga kemengan nya, telah jatuh ke Sungai Brunei dan menjadi sebuah pulau kecil yang dikenali dengan nama Lumut Lunting. Kedua-dua tempat ini, Pulau Pilong-Pilongan dan Lumut Lunting masih kekal dan dapat dilihat sehingga sekarang. Menurut cerita dan kepercayaan orang tua-tua, jika Lumut Lunting menjadi ghaib, hilang, tenggelam ataupun dilanda banjir, maka itu adalah satu petanda bahawa sesuatu peristiwa yang mendukacitakan akan berlaku ke atas Negera Brunei Darussalam. |