ALAIEFFA BIODATA  

 

BIODATA

 

Sharifah Mariani Malai Haji Othman, lahir pada 6 Ogos 1955, anak ke-7 dari 11 orang adik beradik, berasal dari Daerah Belait, NBDarussalam. Mempunyai 3 orang anak dan sudah ada menantu dan seorang cucu. Anak pertama dan menantu bertugas sebagai guru bahagian Sains dalam aliran English, anak kedua seorang Pegawai Tentera Udara dan yang bongsu pada masa ini masih belajar di Universiti Lim Kok Weng, Cyberjaya Kuala Lumpur dalam jurusan Fashion Design and Retail. 

Saya telah bersara dari tugas saya sebagai seorang Penyelia Unit Komputer cum Computer Engineer, di Jabatan Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.  Kini  saya membuka perniagaan sendiri dalam pelbagai bidang.

Berminat membaca buku-buku cerita yang berunsurkan kisah-kisah lama dan kisah yang benar.  Suka mendengar sajak-sajak dan syair sebab sejak kecil lagi neneknya selalu membacakan syair-syair tempatan seperti syair Awang Alak Betatar dan Syair Allahyarham Seri Begawan, Ayahnda pada Sultan Brunei pada masa ini, serta lain-lain syair tempatan sewaktu hendak tidur (maklum sajalah pada masa itu tiada tv atau apa-apa hiburan).  Selain dari berminat membaca, juga berminat dalam sukan.  Minat terbaru ialah  membaca cerpen, syair, sajak, novel, dan lain-lain yang ada dalam majalah "e-sastera".