AHKARIM : SAJEN

Halaman 1 2 3

 

TOKWAN SYOK DI BANK MUAMALAT

 

Bahagia sungguh rasa Tokwan

Kini dapat berurusan perbankan

Tanpa curiga waham dan zan

 

 

Aku bawak dia ke Bank Muamalat

Tersergam cantik selesa benar

Selepas ambil nombor

Kami tunggu dengar sabar

 

Wah! Ada pulak tempat menunggu berasingan

Jantan betina tak boleh bergandingan

Ini sudah amat Islamik fikir Tokwan

 

Sambil menunggu Tokwan menikmati pemandangan

Suasana bank yang amat berpadanan

Tiba-tiba Tokwan duduk tegak badan

Bila masuk seorang nyonya perawan

Berseluar pendek baju tanpa lengan

Paha melepak seksi menawan

 

Tokwan nampak sedikit gelisah

Toleh kiri kanan berkeloh-kesah

Dia harap nanti pasti nyonya dinyah

Oleh Pak Gad atau pegawai yang sah

 

Diperhati Tokwan gelagat lelaki

Mata mata  penunggu sebelah sini 

Semua terpaku ke dada, ketiak, paha dan kaki

Si Nyonya seksi yang menunggu di sebelah kiri

Termasuk Pak Gad tua tinggal gusi

Terpegun merenung telan liur basi

 

Kalau begini apa nak jadi

Tokwan pun tak tahan turut sama menikmati

Hidangan perbankan yang halal lagi suci

 

ahkarim

alorsetar 071004

 

 

 

 

TOKWAN MABUK...

Tokwan memang kaki berjalan

Pantang diajak hari panas atau hujan

Kali ini Tokwan dijemput cucu menakan

Jika lapang datanglah ke Pasir Gudang

 

Menyerama Tokwan bergegas bersiap

Esoknya kami dah sampai di sempadan

Meloya aku dengan gelagat si tua tu

Sampai sempadan Johor Melaka

Lidahnya tergeliat mencuba pelat selatan

Bayangkan orang Kedah pelat Johor

Semua perkataan berhujung a di e pepetkan

Sampai bola pun jadi bole’

MARA pun jadi mare’

Rupa-rupanya dia peminat setie’

Biduanite’ Orkid Abdullah

Yang gebu putih nyanyi lagu Pakngah Balik

Aku suruh dia bunyi baku sahaja

Macam pengacara Tivi Tiga

Dia degil katanya Johor-Riau lah pusat

Di mana  martabat bahasa dan bangsa didaulat

 

Mendengar celoteh Tokwan sepanjang jalan

Aku memandu terlepas simpang bulatan

Terus sampai pinggir Tanjung Puteri

Pusing balik jalan Menteri

Dah pasti aku tersesat jalan ni

 

Aku dimaki hamun Tokwan;

Bodoh macam telok !

Pandai cakap tapi bongok !

Jalan ke Pasir Gudang pun tak tengok !

 

Dalam keadaan tenggelam punca

Aku talipon cucu menakan dia segera

Dia pun bagi petua;

“Pusing kiri jumpa jalan Bakar Batu....”

Aku pun mengulang; “ Jln Bakar Batu,

Lepas tu terus naik titi panjang,

jumpa Taman Permas Jaya,

tengok kiri ada kedai Guieness,

kanan Kara ok Dragon Palace

pusing kanan sampai Restoran Anchor,

terus Pasir Gudang Highway,

susur keluar ke Taman Rinting,

sampai jumpa bangunan Magnum 4 Digit

short-cut masuk Jalan arah pekan Masai

sampai Masai Snooker Centre,

terus lagi keTaman Scientex

dekat kedai Sports Toto

ada simpang dekat kilang...”

“Hoii! kilang apa? Arak!?” Sergah Tokwan

Terpelanting telefon gengam ku

ke longkang Terbabas kereta kami

“Hang nak bawak aku kemana?

Ke Taiwan, Hongkong atau darul..apa?”

Membebel lagi Tokwan

Yang aku tahu dah separuh sawan

 

Ahkarim alorsetar, 300904

 

(gelosari utara; cucu menakan= cucu saudara macam Indon keponakan lah tu, menyerama=lambat dipelawa , telok==telor, bongok==bodoh)

 

 

TOK WAN PENING DI PUTRAJAYA

 

Aku melancong ke Putrajaya

Bersama Tok Wan yang berkerusi roda

Masya`Allah ! kagum kami melihat terpegun

Istimewa sungguh macam tak percaya;

Masjid, mahligai, waduhh !

Phyuuyoo..macam berada di Taman Kencana

`Ini pasti mengangkat martabat bangsa!`,

fikir kami dalam benak orang desa

 

Tiba-tiba saja Tok Wan bertanya;

`Presint tu apa bendanya?`

`Macam seksyen di PJ lah tu,`

jawab ku macam-macam tahu

` Parcel tu menatang apa pulak?`

tanya Tok Wan berkedut dahi sejuta

`Bungkus hantar pos lah agaknya,`

jawab ku bodoh

`Hang ni betoi tau ka ? bahasa kapiak atau

Bahasa Melayu tu?` herdik Tok Wan

`Tu lah Bahasa Melayu hadhori,

diceduk dari bahasa mat saleh,`

jawab ku,bohong

Tok Wan amat tak puas hati

Maka dia tanya bertubi;

`Kalau hang betoi-betoi gheti,

tu menatang apa tu depa tulis besak-besak tu;

Palace of Justice

MINDEF

MOE, MOF, MOT

MOA,MECD, PCC...`

` Cukup, cukup Tok Wan !

chek serrender,` jawab ku malu

Bukan aku tak tahu siapa Tok Wan aku

Seorang pejuang kemerdekaan

Hingga cacat anggota lawan petualang

Johan  berbalas pantun

Juara pidato bulan bahasa

Wakil Kedah ke Dewan Bahasa

Ahkarim alorsetar

260904

(Nota Untuk orang bukan utara; Tok Wan (Tok ayah/ Tok Aki), Kapiak ( dari pkt kafir bererti bukan Melayu), hadhori ( moden/tamadun),

gheti (reti/tahu), menatang (binatang bererti benda), chek (che bererti saya)...yang lain tu ikhtiar cari sendiri...)

 

HARAM ! TAK HARAM!
(Teringat drirwan dengan 'sms sah tak sah')

Mufti Perak berfatwa;

`` sureheboh haram !``

Majlis Mufti bergegas bersidang

Masuk gelangang;

``Naam ! sureheboh haram!``

Yang bukan Mufti tapi YB-YB berfatwa;

``Tak Haram!

Yang bukan mufti dan bukan YB-YB pening;

``Jadi pulak !! Haram ja..h``

DBP pun masuk campur

Majlis DBP pun bersidang dan berfatwa;

``Sureheboh HARAM dan infotainment pun Haram``

YB jawab; ``ikut suka aku...``

Rakyat jawab;`` ikut suka hangpa... tapi jangan bawak kami keneraka !``

 

Ahkarim

Alorsetar

180804

 

 

 

 

USUL TERGEMPAR SIES

(Penubuhan Tabung e-sperma)

 

Mesyuarat Sisters In E Sastera(SIES) jadi gempar

Kerana tiba-tiba seorang wanita hodoh berambut celup merempuh masuk

`Kami bangkang, kami bangkang !` pekik nya

Mek `Shimah, pengerusi tergamam

` Mu sapo ? tak po duduk, duduk ! Jange` ghiuh `

Rupa-rupanya dia dihantar oleh Sisters In Islam(SII)

`Saya wakil SII membangkang sebarang langkah

mahu benarkan lelaki............` dia terus berhujah berjela-jela

Memetik kata-kata ulamak sekular

Bukan dari Al Quran, Hadith atau Ulamak muktabar

` Oleh itu kami SII cadangkan supaya SIES jangan bincang

Tentang kawin empat tiga dua. Itu kami yang otoriti, kamu semua tak reti

Kamu mesti bincang pasal sastera semata, itu kamu punya area

Kami cadang bincang saja pasal hal lain, misalnya

Macam mana nak simpan baka penyaer tersohor esastera

Demi mempastikan kelansungan dan kelestarian sastera siber ke alaf muka

Untuk menuju Hadiah Nobel diiktiraf dunia

SIES patut ujudkan tabung...tabung..Tabung Sperma e Sastera`

Selepas berkata dia cabut keluar tergesa-gesa

Tegamam semua ahli mesyuarat terlopong muncung

Mek pengerusi tiba tiba tersenyum sambil terpikir;

`Betul juga, aku mesti simpan abe` punya`

Dayang ku dari Brunai pun fikir juga;

`Mesti suruh Awangku bikin sajak baru boleh dia punya

disimpan dalam bank sperma e sastera`

Sridiah tak terfikir benda lain tapi tajuk baru nobelnya;

E-SPERMA- di mana suamiku punya !

Rupa-rupa pengintip bertauliah ZAKED PLC

Sedang ikuti perjalanan mesyuarat SIES melalui alat intipan PJJ

Terus beritahu kekalutan kepada drirwan

Serta orang Jelobu dan taukeh ikan Kuantan 

Semuanya gempar tak ketahuan

Mek `Shimah pun segera tangguh mesyuarat

Setelah tenang keadaan dan buat dua keputusan muafakat;

Satu—bersetuju ujudkan sebuah TABUNG SPERMA E SASTERA

Dua—bersetuju Tabung dilancarkan pada Malam APAS 04

Tiga---bersetuju  gugurkan semua usul tentang tukar/tambah bini

          (dengan bantahan oleh isteri 1&2 Latip Jelobu)

 

Mesyuarat bersurai dan semua tergesa-gesa

Mahu balik jumpa yang tercinta

(minta ampun dan maaf daripada mereka yg disebut...bergurau saja..kisah di atas ada kena mengena dengan mereka yg masih hidup atau yg telah mati dan waktu yg sama dengan nya)

 

 

 

BOLEHNOT

Sekarang musim hantar orang ke angkasalepas

Bukan sekadar ke Marikh,Bulan atau Musytari

Amerika dah naik dipanggil Astraunaut

Entah mengapa tak dipanggil Amerikanaut

Russia panggil Cosmonaut

Kerana kos nya terlalu tinggi (Cost more ?)

Wah Cina pun tak ketinggalan

Angkasawannya lantas dipanggil Taikonaut

Kerana dia menjadi taikong angkasa

bukan taikong darat atau taikong laut

Namun mereka semua pakai kapal sendiri

Tak main tumpang-tumpang tapi berdikari

Malaysia pun nak hantar juga

Tapi nak tumpang kapal Russia

Sebagai hadiah kerana beli barang mereka

Maka berduyunlah sambut aspirasi negara

Apa agaknya kita nak panggil ya?

Jagenaut (Jalur Gemilang Naut)atau Juggernaut?

Ya ampunnn! Tolong jangan Jalangnaut(jalur gemilang)

Mengapa tidak BOLEHNOT!

 

Ahkarim alorsetar 161003

(Minta maaf sekadar berjenaka jangan marah...juggernaut erti satu tenaga/kuasa yang kuat)

 

 

OBVI

Pak Menteri melawat banjir

Maka pemberita berduyun hadir

Besok keluar berita sensasi;

` Apabila ditanya, Pak Menteri berkata,

banjir berlaku kerana  kawasan tanah rendah`

Aku ketawa bukan kepada Pak Menteri

Kerana cerdiknya si pemberita

Yang amat terang disuluh pelita

Kerana terlalu taksub mahu bikin cerita

           Mahu dilapor saja tak kira  binatang apa

Terlupa dia maxim berita;

`berita itu apabila orang makan anjing,

bukan bila anjing makan orang`

ahkarim

alorsetar

101003

(nota bawah yang kecil; OBVI tu maknanya nyata yang dislangakan dari perkataan Inggeris obvious

Maxim perkataan Inggeris yg bermaksud bidalan)

 

RISEK SILAP LANGKAH

 kalau berani... masuk: oleh ahkarim

 

Mendengar umpatan di pinggir keraton

Ahkarim bengang dan melompat melanton

Siapa celupar dan begitu biadap

Konon diri dan putrinya jadi umpanan senda

Melenting misai merah padam muka

Murkanya gah sepelusuk dusun

Sekelian anak menakan lari lintang pukang

Jangan main pabila ahkarim meradang

Nanti mampus ditusuk parang

 

Tengah ahkarim mundar-mandir berkawat di beranda

Sayup-sayup dengar suara Effa dan Seridiah

Memberi salam malu-malu kampong

Menegur ahkarim sambil memuji berkarung-karung

Bingkas pak ahkarim menyonsong menyergah;

`betina kota mana yg berani datang !

aku lempang pulaih ekok tocang !`

Terkejut Effa menyiku Seridiah, sambil menyebek berkata.

`itu lah awak aku dah kata, suruh ajak Nakhoda kau tak betah.

Sekarang mampus kita, tengok lading di pinggang dia`

`Ah, awak jangan takut. Gempaq keling saja orang tua tu,

bukan kita tak kenal orang Kedah. Mujur tak bawa Nakhoda,

kalau dia buka pantun seribu rangkap lagi bala`

 

Mendengar leteran Seridiah agak lega Si Effa

Ini semua angkara Mdzakir yg gatal nak menikah

Pilih punya pilih nak juga bini orang Kedah

Itu pulak pilih  bakal mentua yang garang

Batang hidung dara pak ahkarim pun belum dipandang

Baru dengar cerita Pak Latip dia dah girang

Habis seluruh kampong esastera dia nak undang

Ini baru merisik pun dah nak kena tendang

Silap tak silap terbenam di bendang

 

`Ooi ! Hangpa nak minang anak dagha aku untuk Zaked?

Balik bagi tau dia haghga bukan sekupang-dua.

Syarat asas pun dia tak qualifai

Dok mengaji lagi pun dah gatai

Kot lah kalau dah ada digri pun sepasai....

Kalau aku tak sabaq habih hangpa aku simpai !`

 

Seridiah memberanikan diri

`Pak ahkarim jangan buat macam `ni

hajat kami besaq sebesaq baldi

Kalau nak apa pun kami bagi

Nah ambek novel cek KL..dimana suami cek pi

Kalau nak bawa bendera hijau pun kami sudi`

 

Hoi! Sergah gempita dari beranda

`takat hangpa jangan dok mengada !

jangan dok perli sampai senja

pi balik merambus ke kota

aku tak pandang sebelah mata

Kalau hangpa sungguh nah cuba

Nak pegu Zaked dengan anak beta

Bawak Cikgu Hasimah dengan Doktor Propesar`

Baghu padan dengan standad kita

 

Adoi ! keluh Effa `ni gila punya cerita

Patut biar Pak Latip menikah saja

Jom kita balik habaq Pak Ariselba

Dia tu banyak petua

Mungkin petua dia tangkap ikan boleh kita guna

Atau biar kita tengok Cikgu Hasimah dan abe prof dia

Apa ilmu depa nak pakai

Silat pulut Nakhoda pun mesti terai

Biar bisa ahkarim tu terongkai

Semoga hajat Si Zakir tu sampai

 

Oleh

Ahkarim

Alorsetar

031003

 

(lepas ni Hasimah dan Prof pun bergegas dtg ke Kedah..almaklum kerana cukup sayang kat MuhammadZakir, takut dia menyebai dan tinggai esastera...sapa nak berdakwah dan bermadah sirah?)

RISYWAH

nukilan ahkarim yg dah lama tak bersajen, bunyi macam sajen tapi isu nya tak berapa jen. Tolong baca kalau tak faham bahasa kedah tanya org kedah di putrajaya.

 

Ambek, kata bos

Jangan tak ambek

Hang tak ambek orang lain ambek

 

Buah luruh, kata bos

Hang tak tutuh  sang keluang tutuh

 

Dahan patah, kata bos

Hang tak ratah kutu lain mamah

Jangan biak depa sorang mentekedaghah

 

Pulun, kata bos

Hang tak pulun habeh depa balon

 

Baham, kata bos

Baham puas puas

Hang tak baham depa tak lepas

 

Tapi bos, kita oghang bawah

BiPiaR tangkap tuduh kita rasuah

Kena lokap makan nasik kawah

Keluak nanti letak mana maruah

 

Hang toksah takut, kata bos

Tengok aku tak pernah sangkut

Pandai makan boroi perut

 

Hang tengok depa, kata bos

Pakai mesedes mata bulat

Rumah bungalo bukan palat

Tak laghat BiPiaR nak siasat

Lagi ataih lagi ligat

 

Betoi la bos !

Kita ni kelas F saja

Depa kelas besak-besak belaka

Lesen balak, , kilang beraih, lori dan traktor

Sejuta dua tak main lah depa

Tau lah pasai depa bekuasa

Kita ni depa beli sekupang dua

 

Ahkarim

Alorsetar

230803

 

 

Terlena Dalam El Ar Ti

 

Tak cukup pitih nak naik teksi

Jadi naik lah el ar ti

Tak dak tempat duduk

Terpaksa lah berdiri

 

Dari Taman Jaya

Nak pi Dang Wangi

Tengok kanan dan tengok kiri

Bermacam gaya pelbagai ragam

Ada yang pegang perut

Ada yang pegang tangan

Ada yang ketagih cerut sambil angan-angan

 

Duduk depan saya

Seorang wanita jelita

Pakai jubah bertudung Wardina

Muka cantik putih melepak

Mata mengantuk kuyu nampak

“Astagfirullah.....’’ menguap kakak

 

Tersengguk  lentok matanya rapat

Jiran sebelah tersenyum lihat

“Stesyen berikutnya ...Universiti”

terkejut jaga namun lali

“Astagfirullah...” menguap lagi

Terus lena semula dibuai mimpi

Saya melihat geli hati

Hati kecil langsung berperi

Pukul berapa tidur malam tadi...

Kesian si kakak pasti ada suami

Terjaga malam minta rezeki, atau

Anak kecil minta disusui

 

“Stesyen berikutnya...Kerinchi”

Kakak kita terkejut lagi

“Astagfirullah..” kesekian kali

Menguap luas tutup bersopan

Tersengguk semula jatuh kehadapan

 

“Stesyen berikutnya....Abdullah Hukum”

Dia terus lena nyenyak nampaknya

“Stesyen berikutnya...Bangsar”

“Stesyen berikutnya.... Kay El Sentral ”

Ramai bergegas berebut turun

Tersepak kaki yang terhayun

Kakak yang lena terjaga terpegun

“Allah ! Terlepas stesyen yang nak turun”

Gopoh-gapah ikut terjun

 

Ahkarim

El Ar Ti

Kelanajaya-Pandan Indah

140303