ABDULLATIP
Dibangunkan 4.7.2003. Laman ini telah dikemaskinikan pada 5.12.2003. Direka bentuk dan diselenggara oleh kAPAS Enterprise
Anda
Pelawat Ke-
![]() |
|
|
|
|
KARYA |
|||
| Artikel | Cerpen | ||
| Cerjen | Novel | ||
| Sajak | Sajen | ||
|
PAPAN MESEJ sila taip mesej dan klik "TAG"
|
|
BIODATA Abdul Latip bin Talib lahir di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954, berbintang Gemini. Mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di tempat kelahirannya sehingga lulus STPM. Kemudian bekerja dengan Tanah Rancangan FELCRA bermula sebagai Pemantu Luar sehingga menjawat jawatan Pengurus dan pernah bertugas di FELCRA Gugusan Igan, Mukah, Serawak sebelum bersara pilihan pada tahun 1998. Kini bekerja sendiri di samping meneruskan minat menulis. Nama isteri Tengku Nazirah binti Tengku Alias, lahir pada 3hb Ogos 1956. Mempunyai tiga orang anak: Muhammad Shukri, 24 tahun ( UUM) , Muhammad Shakirin, 23 tahun (UiTM), dan Norfaizin, 20 tahun (UKM). Bidang penulisan rencana, cerpen, novel remaja dan skrip drama tv. Minat menulis sajak, sajen, pantun, dan ulasan sajak setelah menjadi ahli komuniti e-sastera. Pernah mendapat bimbingan menulis cerpen dan novel remaja daripada Dr Othman Putih dan Ali Majod. Mula menulis secara aktif sekitar tahun 1990. Cerpen pertama tersiar di akhbar Utusan Zaman "Tok Ngah" pada 11 November 1990. Dan hingga kini lebih 40 buah cerpen telah tersiar di akhbar Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Terbaru, cerpen "Suamiku Seorang Mujahid" telah tersiar di Majalah SARINA, Mei 2003. Novel remaja yang pertama terbit Bebaskan Aku (Utusan Publications & Distributors, 1991) dan terbaru novel sejarah Datok Moyang Salleh. Antara novel remaja yang telah diterbitkan:
ANTOLOGI CERPEN PERSENDIRIAN 1. Kebenaran (DBP, 2000) ANTOLOGI CERPEN BERSAMA SKRIP DRAMA 1. Nur Penyuluh Alam (NTV7) HADIAH PENGHARGAAN CERPEN 1. Jagoh
Kampung (Hadiah Sastera Utusan,
2001) Pernah mengikuti rombongan GAPENA ke Sumatera Barat "Pertemuan Penulis Nusantara Tahun 1994". Mewakili Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN). Sajak dan sajen di majalah
dalam internet e-sastera
(www.esastera.com).
|