ABDULLATIP

ABDULLATIP

Dibangunkan 4.7.2003. Laman ini telah dikemaskinikan pada 5.12.2003. Direka bentuk dan diselenggara oleh kAPAS Enterprise

Anda Pelawat Ke-
Hit Counter

GALERI GAMBAR

 

Abd Latip bin Talib

BIODATA

KARYA

Artikel Cerpen
Cerjen Novel
Sajak Sajen

ANUGERAH / HADIAH

 

  PAPAN MESEJ
sila taip mesej dan klik "TAG"
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

 

 

BIODATA

Abdul Latip bin Talib lahir di Kampung Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954, berbintang Gemini. Mendapat pendidikan peringkat rendah dan menengah di tempat kelahirannya sehingga lulus STPM. Kemudian bekerja dengan Tanah Rancangan FELCRA bermula sebagai Pemantu Luar sehingga menjawat jawatan Pengurus dan pernah bertugas di FELCRA Gugusan Igan, Mukah, Serawak sebelum bersara pilihan pada tahun 1998. Kini bekerja sendiri di samping meneruskan minat menulis. 

Nama isteri Tengku Nazirah binti Tengku Alias, lahir pada 3hb Ogos 1956.  Mempunyai tiga orang anak: Muhammad Shukri, 24 tahun ( UUM) , Muhammad Shakirin, 23 tahun (UiTM), dan Norfaizin, 20 tahun (UKM).

Bidang penulisan rencana, cerpen, novel remaja dan skrip drama tv. Minat menulis sajak, sajen, pantun, dan ulasan sajak setelah menjadi ahli komuniti e-sastera. Pernah mendapat bimbingan menulis cerpen dan novel remaja daripada Dr Othman Putih dan Ali Majod.

Mula menulis secara aktif sekitar tahun 1990.  Cerpen pertama tersiar di akhbar Utusan Zaman "Tok Ngah" pada 11 November 1990. Dan hingga kini lebih 40 buah cerpen telah tersiar di akhbar Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Terbaru, cerpen "Suamiku Seorang Mujahid" telah tersiar di Majalah SARINA, Mei 2003.

Novel remaja yang pertama terbit Bebaskan Aku (Utusan Publications & Distributors, 1991) dan terbaru novel sejarah Datok Moyang Salleh.

Antara novel remaja yang telah diterbitkan:

  1. Bebaskan Aku (Utusan, 1991)
  2. Lembah Hijau (DBP, 1992).
  3. Merentas Ranjau (DBP, 1993)
  4. Sesat Di Puncak Gunung Datok (DBP, 1993)
  5. Nadia Farhana (Eastview, 1994)
  6. Anak Rimba (Utusan, 1995)
  7. Darah Jempol (Easview, 1995)
  8. Bejat (KARANGKRAF, 1996 )
  9. Pendekar Siamang Gagap (Utusan, 1998)
  10. Istana Seri Menanti (Utusan, 1998)

ANTOLOGI CERPEN PERSENDIRIAN

1. Kebenaran (DBP, 2000)

ANTOLOGI CERPEN BERSAMA

  1. Pilihan Hatiku (DBP, 1993) sebagai penyelenggara.
  2. Embun Hidayah (DBP, 1991)
  3. Nota-nota Yang Lusuh (DBP, 1991)
  4. Warisan (Jabatan Perpaduan Negara, 1995)
  5. Kalung Perpaduan (JPN, 1996)
  6. Syahdu (DBP, 1993)
  7. Susu di Balas Tuba (Easview, 1994)
  8. Wira Kemerdekaan (DBP, 1993)
  9. Lelaki dari Shatila (DBP, 1992)
  10. Bukan Mimpi Terakhir (DBP, 1999)
  11. Calar Mimpi (DBP, 1999)

SKRIP DRAMA

  1. Nur Penyuluh Alam (NTV7)
  2. Anak-Anak Gemilang (TV1).

HADIAH PENGHARGAAN CERPEN

  1. Jagoh Kampung (Hadiah Sastera Utusan, 2001)
  2. Begitu Kehendak Tuhan (Sayembara Cerpen Berunsur Islam 111, 1991)
  3. Menaruh Harapan (Sayembara Cerpen Berunsur Islam 1V, 1993)
  4. Darah Kita Merah (Sayembara Cerpen Perpaduan, 1995)
  5. Kasihnya Tumpah (Sayembara Cerpen Perpaduan, 1996)

Pernah mengikuti rombongan GAPENA ke Sumatera Barat "Pertemuan Penulis Nusantara Tahun 1994". Mewakili Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN).

Sajak dan sajen di majalah dalam internet e-sastera (www.esastera.com).
Alamat laman web : http://esastera.com/abdullatip