 |
|
|
|
SAJAK SMS 29 |
Selintas camar yang lalu
membawa sarat harapan
nun di puncak awan biru
sana sayapnya meluas membuka
ruang pandangan manusia
agar mengheret dukanya pergiAnipe
05-04-2005 |
|
SAJAK SMS 28 |
|
SAAT BERTEMU V..
Sesekali bertemu
apa salahnya
bertanya khabar
suka dan duka
semanis gula
seindah inderaloka...
atau
tika sua tersapa
puteri memalingkan muka?
Alang Rateh
Pulau Pinang, 7-03-2005 |
|
SAJAK SMS 27 |
|
ANUGERAH UNTUKMU RABIAH
Kau poersis seorang abid
Ynag sering rindukan munajat
dalam nafas reda
dengan jihat untuk menagih rona simpati
biar tikar lusuh
pendamping setia
asalkan kau tak terpukat
dengan gemercik pedang durjana
yang tak serik memancing muslihat
di ufuk kamar nubari
lalu mampir mega syahdu
dalam dakapan kerinduan
antara hamba dengan Zat
Yang Mulus.
Hingga dinihari
datang bertamu atmamu
masih tekal dengan "Lailahailallah wa Muhammad Rasullah"
sedangkan kolam matamu
acapkali berkaca di kala diutus dari Khaliq Yang Esa
seutas zabarjat milik syurgawi
buat anugerah untukku Rabiah.
Nursuriana
Mesir.
Sender:
+20102xxxxxxx
Sent: 15:29:17 01-03-2005
|
|
SAJAK SMS 26 |
|
ORANG ASING Hidup
serba terasing
masyarakat rasa terasing
semua rasa asing
segala-galanya rasa terasing.
Tiba-tiba aku teringat
bahawa aku sememangnya
orang asing
di tanah yang penuh asing
penuh asing...
Nimoiz T.Y
Mukah, Sarawak.
Sender: +6012xxxxxxx
Sent: 18:26:48 26-01-2005 |
|
SAJAK SMS 25 |
|
SERUAN KEBENARAN
Aku acapkali bermunajat di suatu lorong alam
dalam gelap tidak terperi
mengenal diri nan kerdil
antara kebesaran terserlah
mendatang cahaya kebenaran.
Tercari-cari aku sebuah perhentian
berdiam sekadar menggapai ketakwaan
dari kemelut hidup penuh perlumbaan
walau seruan kebenaran kuat beralun
melintasi pendengaran dan fikiran
aku dan kau yang bernama insan
masih lemah digoda nafsu.
Aku leka di sini
setelah warna diri kukenali
setelah pencarian kutemui
maka bermulalah sebuah kehidupan
bersama penyerahan kudus untuk-Mu
ketika cahaya kebenaran merentang bak pelangi.
Saleha Ahmad
Teratak Persinggahan, Perlis.
Sender: +6012xxxxxxx
Sent 10:24:15 23-01-2005
|
|
SAJAK SMS 24 |
|
MIMPI 2
Bersenang-senang bersamamu di pantai kasih
menanti senja berinsut jingga
dan menunggu rambulan masak
mata bertentang dalam makrifat
senyummu menguntum kembang mekar pagi
ah, terlalu pantasnya fajar menjelma siang!
Alang Rateh
Pulau Pinang.
Sender: +60125694950
Sent: 23:28:00 19-01-2005
|
|
SAJAK SMS 23 |
|
Bicara Mata
teratai manja
senyum teratai di tasik mataku
harum baunya mengubat rindu
aku pun terkulai layu dalam jaga
terpesona kelembutan wajahmu
inikah cinta pandang pertama tanpa nota?
Nazri Abdullah
Ranau, Sabah.
Sender:
+6016xxxxxxx
Sent: 09:27:38 13-01-2005
|
|
SAJAK SMS 22 |
|
Di Ambang Maut
Tatkala mentari
meraut mendung
dasar lautan bertempelak membelah ruang
lalu menolak gelombang hangat ke wajah tenang pantai
jasad yang merenung takdir itu
kaku
bingung mentafsir bahasa alam
sedang ombak merejam
memusnah dalam diam
dan manusia pun tenggelam
hilang dahan berpaut
nyawa nan ringan di ambang maut.
Anipe
Kuala Lumpur, 11.1.2005
|
|
SAJAK SMS 21 |
|
JAUH DI SUDUT HATI II
Bukan bahana dendam mempasak
bukan warna amarah mencorak
atau wajah kebencian tampil menggoda
cuma aku perlu segera mencari taman
untuk kupindahkan ke sudut hati
lantas kuhumban hanyir kecewa.
Sekian lama membusung di jiwa
nanah dan bisanya perit kurasa.
Jauh di sudut hati
berbunga kuntum-kuntum harapan
doa kudus terhimpun di perkebunan
hauskan titisan embun keesaan.
Saleha Ahmad
Teratak Persinggahan, Perlis.
Sender:
+6012XXXXXXX
Sent: 12:00:45 03-01-2005
Disiarkan pada: 5-01-2005 |
|
SAJAK SMS 20 |
|
SEKUDUS LAMBAIAN SALJU
Aku masih dibaluti dengan kedinginan metah
hanya mafla hijau yang melilit malu
tidakkah kau mengerti figuraku ini?
di sini gerimis salju melambai lagi
aku kedinginan dek tamparan kasarmu itu
tidakkah kau mengerti mandala sukmaku kini?
Hembusanmu itu persismemukau ke segenap maya
krn zatmu yang yang dingin itu
dari khaliq yang seni
buatku mengerti makna lambaianmua itu.
Nursuriana
Mesir.
Sender:
+20102xxxxxxx
Sent: 21:19:15 01-01-2005
|
|
SAJAK SMS 19 |
|
SEMANIS CINTA AL-KHALIK
Hatiku mabuk dilanda cinta
rindu bertimpa-timpa menyesakkan dada
gelora cinta diapung padanya seribu duka
sukar menafsir dalam nyata
gementar seluruh atma pabila menyebut nama
goyah tapak kukuhku bila Dia berbicara
sukar melelap mata
terasa sedar walaupun lena
jirusan air kasih nyamanan membelai jiwa
cinta semanis madu walau zahirnya menongkah liku
terpilih bukan memilih...
cinta ini mahal nilainya
kerana ia milik Allah, bukan manusia!
Husna Izzati
UTM, Skudai, Johor Bahru, Johor.
Sender:
+60127245883
Sent: 18:54:09 31-12-2004 |
|
SAJAK SMS 18 |
|
BILANG Sudah
berkali-kali kubilang
satu, dua, tiga, dan empat
utuh, tiada berubah.
Mahu berapa kali kubilang
satu, dua, tiga, dan empat
tiada berselirat serabut.
Ah, sudah letih mahu bilang
satu, dua, tiga, dan empat.
Adikku juga tadi sudah bilang
atu, ua, iga, dan pat
sama saja, tiada beza!
(Ah, sukarnya mencabar keterbiasaan sendiri!)
Alang Rateh
Pulau Pinang.
Sender:
+60125694950
Sent: 20:31:53 25-12-2004 |
|
SAJAK SMS 17 |
|
LAMBAIAN SALJU
Gerimis salju mengundang kedinginan
Yang meresap segenap liang-liang seni
Terus menerjah ke celah ubun-ubun
Tanpa ada ilusi simpati
Aku masih di... *missing text* (Sdr Nursuriana, sila
kemukakan sambungan)
Nursuriana Abd. Razak
Mesir.
Sender:
+20102xxxxxxx
Sent: 20:22:35 18-12-2004 |
|
SAJAK SMS 16 |
|
FORMULA TOL Tol
campur plus jadi tol
Plus campur tol jadi plus
Plus campur tol campur plus jadi pulas
Plus campur pulas campur tol jadi Tolol.
Razali Endun
Melaka.
Sender:
+6019xxxxxxx
Sent: 15:11:28 17-12-2004
|
|
SAJAK SMS 15 |
|
GUGURNYA SEORANG SATRIA
Kau pernah mendaki puncak itu bersama sisipan senjata
buat bekalan menelusuri tanah juang.
Di sebalik kegelapan malam itu
gelisah sering bertandang
Kerana khuatir kepada jerkah sang musuh
kerana khuatir kepada jerangkap samar.
Langkahmu harus waspada
namun apakan daya
tika kau berjaya menawan puncak itu
si musuh keparat membuat angkara
darah merah membuak-buak keluar
persis tekadmu yang sentiasa tegar
sebagai pembela maruah bangsa.
Wahai satria
gugurmu bukan sebarang
namamu tetap dijulang.
Nursuriana Abd. Razak
Mesir.
Sender:
+20102xxxxxxx
Sent: 02:12:05 08-12-2004 |
|
SAJAK SMS 14 |
|
INDAH WANITA
Wanita
indahmu secerah pawana
seri seteguh intan
selembut sutera
sedingin salju
menyejuk ammarah.
Wanita
dirimu bak mutiara
andai maruah dibelai
nafsu ditunduk
menangkis cela
teguh memagar laman
mewangi kelopak semerbak kasturi
mengundang kumbang sejati
terbina singgahsana iman
dihias mahligai taqwa
menggapai reda
Pemilik Agung Insani.
Azzahra Safiah
Macang, Kelantan, 05.12.2004
Sender : +6013xxxxxxx
Sent: 07:40:30 05-12-2004 |
|
SAJAK SMS 13 |
|
BULANKU Bulan itu
milikku
tidak pernah gerhana
tidak pernah sabit
dan aku bukan pungguk
kerana bulan itu bukan di awan
bulan di hatiku.
Ahkarim
Kedah, 3.12.2004
Sender : +6013xxxxxxx
Sent: 22:27:03 03-12-2004 |
|
SAJAK SMS 13 |
Tika rembulan dikejutkan mentari
selimut mimpi ditarik pergi
dan yang kedengaaran jeritan burung
"Pagi! pagi!"Khadijah Muar
Sender : +6013xxxxxxx
Sent: 14:03:46 03-12-2004 |
|
SAJAK SMS 12 |
|
MANIS Dari mana
datangnya susu
dari rumput ragutan lembu
atau nasi kunyahan ibu?
Dari mana datangnya cinta
dari rupa nan jelita
atau dari tulus nian di jiwa?
Dari mana datangnya syurga
dari manis nikmat dunia
atau dari pahit dugaan Dia?
Abdul Atan Din
Astaka Seni, 3.12.2004
Sender : +6012xxxxxxx
Sent: 13:02:02 03-12-2004 |
|
SAJAK SMS 11 |
|
Cinta Samawi IX
Pada wajah malam
kubunuh mimpi dengan khanjar sunyi
dalam sujud nasuha
antara murka langit dan sangsara bumi.
Fahd Razy
Dublin, 6 pm, 2.12.2004
Sender : +353857084678
Sent: 17:59:34 02-12-2004 |
|
SAJAK SMS 10 |
|
KUHAMPIRI CAHAYA
Kuintai jendela sufiah
mencari sinar hidayah
kulerai belenggu nafsu
memancar kilauan mujahadah
kucantas sulur mazmumah
bertunas pucuk keinsafan
Kutenggelamkan kapal keegoan
belayarlah bahtera keikhlasan
lantas bercahaya wajah suram
indah menghias memancar seri
terserlah riak syukur
kini
kuabdikan diri
mencarim restu
reda Ilahi.
Azzahra Safiah
Macang, Kelantan, 30.11.2004
Sender : +6013xxxxxxx
Sent: 00:18:01 03-12-2004 |
|
SAJAK SMS 9 |
|
MENGAPA Teriak
pawana menghembus duka
mengapa!
Aku kini terhimpit dek tusukan menggila
malam berlabuh dengan tangisan sepi
bulan mengambang ketawa sendiri
fikirku bercangkaliwang...
bersama mimpi lama menghantui diri
tolong...
tolong...
mindaku meliar
sukma pedih memugar kamar kesengsaraan
merobek ketenangan hakiki.
Mankie
Taman Keramat.
Sender : +60162333421
Sent : 01:41:25 02-12-2004 |
|
SAJAK SMS 8 |
|
KOMPAS BUMI KINANAH
Bumi ini bumi suci
yang persis sebuah kompas
punya misi bagi setiap haluan
sebagai pedoman
pada bejat lembaran silam
di setiap arah kelana
membuka lorong taajub di nubari sani
lalu dengan pantas benak ini menilai
betapa tinggi aras keagungan-Nya
di kala kaki ini menelusuri lewat padang sahara
yang penuh dengan liku-liku yang unik
di sinilah musafir para rasul
melawan arus tribulasi
di sini jualah kau menghunus pedang runcing
bagi meradak musuh durjana
Bumi ini bumi suci
yang persis sebuah kompas
sertiap kali mendongak bongkah segi tiga itu
visual kekejaman firaun sering melambai-lambai
walau setinggi itu ilham ciptaanmu
walau setinggi itu jua keangkuhanmu
namun akhirnya kau berkubur di celah lautan merah
dek dibelah tongkat mukjizat Musa A.S.
kerana bumi ini persis sebuah kompas
yang arahnya pelbagai rencah
di sinilah pertemuan dua mercu
yang merakamkan episod kejahilan
yanag menakalkan jejak sirah kenabian.
Nursuriana Abd. Razak
Mesir.
Sender:
+20102xxxxxxx
Sent: 01:40:19 01-12-2004
|
|
SAJAK SMS 7 |
|
MENCARI CINTA
Syahdu alunan zikrullah
manis bibir melafaz kalimah agung
memuji yang Maha Esa
hati terus terpukul... meronta...
mengajak mahmudah menepis keegoan mazmunah
jiwa gundah disimpul kekalutan
meredah gelora mencari secebis cinta
melewati sedetik masa
selangkah menghampiri sakaratul maut...
Masihkah ada cinta
untuk hamba-Mu?
Azzahra Safiah
Macang, Kelantan, 30.11.2004
Sender : +601xxxxxxx
Sent: 16:35:18 30-11-2004 |
|
SAJAK SMS 6 |
|
NASIB BUANA RIA
Buana ria sebuah merintih
rindu meronta
resah terbayang nasibnya
terfikir takdirnya
dalam genggaman insan.
Buana ria sebuah
menangis dan mengurus
detik demi detik
diinjak sepatu barat yang berat.
Rajeswari Seetha Raman
Kepong, 28.11.2004
Sender:
+6013XXXXXXX
Sent: 23:14:57 28-11-2004 |
|
SAJAK SMS 5 |
|
JAUH DI SUDUT HATI (i)
Langkah-langkah tersusun rapi
menyusur lorong duka
berpinar pandangan mata
dibalut kesedihan silam
bila irama itu beralun lagi.
Bersama sebeban derita
kuikat rapi di belakang usia
agar tidak tercicir
dalam penghijrahan.
Saleha Ahmad
Kangar, Perlis, 28.11.2004
Sender:
+6012XXXXXXX
Sent: 11:19:29 28-11-2004 |
|
SAJAK SMS 4 |
|
MALAM BALAM Dalam
malam balam
bintang saksi sendu
gelagat insan buana
menari rentak alam
menelan ragam silam
di pentas purba.
Raja
Rajeswari Seetha Raman
Kepong, 27.11.04
Sender:
+6013XXXXXXX
Sent: 22:25:29 27-11-2004 |
|
SAJAK SMS 3 |
|
NUKILAN BUAT BONDA
Seombak kasih selaut kesabaran
segunung pengorbanan telah kaucurahkan
meninggalkan seuntaimkenangan.
Bondaku
indah senyumanmu terpahat di ahti
mengubat rindu di sanubari. azzahra safiah
macang, kelantan
Sender:
+60139678330
Sent: 18:22:43 27-11-2004 |
|
SAJAK SMS 2 |
|
SYAWAL DAN HAKIKAT KEMENANGAN UMAT
Ya Muhammad!
kemenangan di Syawal ini
kami sambut tanpa seri wajahmu.
Tahukah engkau
umatmu kini dilambung ombak kesesatan
sinar gemilang yang kaubawa
kini pudar warnanya.
Belia gagah berani
menanti syahid
terkubur sudah.
Yang tinggal kini
hanyalah umat yang lupa sunnahmu
umat yang lupa wasiat terakhirmu
lupa ungkapan di akhir hayatmu
ummati...
ummati...
azzahra safiah
macang, kelantan
Sender:
+60139678330
Sent: 14:31:44 26-11-2004
|
|
SAJAK SMS 1 |
| MEMANAH MATAHARI
Aku memanah matahari yang merenung tajam ke arahku
dengan busur ragu.
Yang kupanah
adalah celaru.
NIMOIZ T.Y
Kuala Lipis, Pahang, 21 Nov 2004
Sender:
NIMOIZ
+6012xxxxxxx
Sent:
14:20:18
21-11-2004
|