| eSastera.com lancar taman perumahan siber Akhbar Mahasiswa Bil: 25 KUALA LUMPUR: eSastera.com, sebuah laman sastera di talian, baru-baru ini melancarkan Taman Perumahan Siber yang menawarkan lot-lot persendirian untuk ahli komuniti berkarya secara blogger. Menurut pengendali laman berkenaan, Irwan Abu Bakar, taman berkenaan diperkenalkan bagi membolehkan ahli-ahi komunitinya berkarya secara bebas di laman masing-masing serta menjadikannya 'rumah' untuk menempatkan karya-karya mereka. Sebagai langkah permulaannya, satu sayembara membangunkan laman berkenaan telah diadakan bagi tujuan menggalakkan peserta dan penghuni komuniti berkenaan membangun dan memperindahkan laman masing-masing. eSastera.com sebelum ini telah membangunkan 14 komuniti pelbagai genre sastera seperti sajak, cerpen, drama, madah, pantun, sajak jenaka, teka-teki, berita dan bicara sastera, cerita rakyat, novelis, resensi, sastera sains, haiku Melayu, poets, dan juga profil. eSastera.com akan mengadakan penganjuran Hadiah eSastera.com (HesCom) untuk kali ke-3 pada pertengahan Disember ini. eSastera.com baru-baru ini turut dijemput oleh Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka. Taman Perumahan Siber boleh dikunjungi secara terus melalui www.esasterawan.com. |