![]() Masa Depan Sastera Anda (Diterbitkan sejak 2002) |
PANDUAN BERKARYA DI
eSastera.com (Dikemaskinikan pada: 16.02.2011) |
|||||||||||
|
PERHATIAN: eSastera.com ialah sebuah majalah sastera yang serius. Sdr boleh mengembangkan bakat dan menempa nama sebagai penulis di sini. Maka sdr adalah diingatkan supaya menggunakan nama sebenar atau nama pena sdr yang biasa sebagai "user-name" (nama pengguna) supaya mudah dikenali khalayak. |
||||||||||||
PERINGATAN: (1) Untuk memperoleh fasiliti eSastera.com yang lengkap, laman web ini hendakiah dibuka dengan menggunakan perayau Internet Explorer. (2) Karya yang telah disiarkan di eSastera.com tidak boleh diedit mahupun dipadamkan. Jika tersilap, sila siarkan versi yang betul. Dapatkan bantuan Administrator komuniti yang berkenaan untuk memadamkan karya yang telah diduplikasikan dengan versinya yang betul. (3) Karya yang mahu disiarkan di eSastera.com hendaklah tulisan sendiri dan belum pernah disiarkan di mana-mana sebelum ini. (4) Di komuniti Penyair, sdr adalah diminta untuk menyiarkan tidak lebih daripada satu puisi sehari. (5) Ahli-ahli TIDAK digalakkan menyiarkan karya siber berbentuk primitif. Panduan Memasukkan Warna, Imej, Lagu, Video, dan Kesan Bunyi pada Karya: Sila klik DI SINI.
(6) Penilaian: eSastera.com melaksanakan sistem penarafan 4 bintang untuk karya yang disiarkan di komuniti-komunitinya, seperti yang berikut: ****Karya yang baik dan mempunyai ciri "siber" yang signifikan. ***Karya yang baik. ** Karya yang sudah mencapai mutu yang sesuai untuk bacaan khalayak. * Karya yang belum mencapai mutu yang sesuai untuk bacaan khalayak. Tiada Bintang: Belum dinilai. |
||||||||||||
|
SASARAN KEAHLIAN. eSastera.com mempunyai sasaran untuk mewujudkan sekumpulan 1,000 orang ahli yang komited menulis dan membaca di sini, dan masuk ke sini sekurang-kurangnya empat atau lima kali seminggu. Apabila berlaku hal yang sedemikian, penulis di eSastera.com boleh menjadi penulis terkenal di Malaysia hanya dengan berkarya di sini. |
||||||||||||
| MAKLUMAT PENTING |
||||||||||||
| 1 | Pendaftaran Sebagai Ahli: Sudahkah sdr mendaftarkan diri di mana-mana komuniti (kumpulan berasaskan genre) di eSastera.com? Untuk berkarya mahupun membaca karya di mana-mana komuniti eSastera.com, sdr perlu mendaftarkan diri sebagai ahli terlebih dahulu. Pendaftaran dilakukan di laamn entri (dinamai LAMAN SELAMAT DATANG) bagi mana-mana komuniti eSastera.com. Untuk mendaftar: Klik ikon "Daftar" di bar atas. Sdr akan dibawa ke LAMAN PENDAFTARAN. Isi maklumat yang diminta, kemudian klik butang "Daftar" untuk melengkapkan pendaftarn diri sdr sebagai ahli. (Pendafaran di mana-mana satu komuniti adalah memadai untuk sdr memasuki semua komuniti di eSastera.com). |
|||||||||||
| 2 | Lajur Karya (Lajur Tengah) Laman depan bagi setiap komuniti terbahagi kepada tiga lajur. Karya disiarkan di lajur tengah yang mempunyai tujuh sel, Rajah 1:
Rajah 1: Struktur Laman Depan Setiap Komuniti |
|||||||||||
| 2(a) | >Sel 1 (paling atas) ialah ruangan "Karya Pilihan" yang dikawal oleh
Adminstrator. >Sel 2, 3, dan 4 dinamai "kotak tambah karya" (kotak subkomuniti) dan adalah untuk memasukkan karya sdr yang hendak disiarkan di subkomuniti itu. >Sel 5 ialah ruangan Forum. (Kotak ruangan Forum adalah istimewa kerana topik forum yang menerima komen paling terkini akan naik ke kedudukan paling atas dalam paparan). >Sel 6 ialah ruangan Galeri untuk sdr memuatnaikkan gambar. >Sel 7 ialah sel tempat sistem memaparkan nama 10 ahli yang terakhir log-masuk ke komuniti itu. |
|||||||||||
| 3 | Menyiarkan Karya Sdr dapat menyiarkan karya sdr di sel 2, 3, dan 4 dengan menklik ikon "Tambah" pada bar atas kotak penambahan karya. Ketiga-tiga sel itu mempunyai ciri-ciri yang sama. |
|||||||||||
| 3(a) | PERINGATAN: >Kotak judul boleh menerima maksimum 100 aksara sahaja. >Elakkan penggunaan tanda apostropi kembar (") di kotak judul kerana tanda itu dan apa-apa yang selepasnya akan hilang apabila Administrator masuk ke ragam edit. >Fasiliti "search" (pencarian) eSastera.com tidak berupaya melakukan pencarian di kotak judul dan dikotak pengarang. Maka pastikan judul karya dan nama sdr sebagai penulisnya ditaip sekali lagi di dalam "kotak tambah karya" demi memudahkan sdr melakukan pencarian pada masa yang akan datang. >Untuk panduan memasukkan warna, imej, lagu, video, dan kesan bunyi pada karya, sila klik DI SINI. |
|||||||||||
| 4 |
Etika Penyiaran Karya: |
|||||||||||
| 5 |
HADIAH ESASTERA.COM (HesCom): Semua karya yang tersiar di eSastera.com dan memenuhi syarat akan dipertimbangkan untuk anugerah-anugerah tahunan dalam Hadiah eSastera.com (HesCom). (Sila klik "Anugerah" di laman entri eSastera.com untuk butir-butir lanjut). Perhatian: Hanya karya ahli yang menyiarkan profil lengkap dan memperoleh 3 bintang (di Komuniti "Profil") sahaja yang akan dinilai dan dipertandingkan untuk menerima anugerah dalam HesCom.
|
|||||||||||
|
|
||||||||||||
|
INGAT:
masa depan sastera anda berada di
eSastera.com |
||||||||||||