dongeng antah berantah

by tareht |
   
|
lalu mengamuklah jebat
konon membela sahabat
dek kerana bencikan raja
jebat bunuh rakyat jelata
dek kerana dendamkan raja
jebat gauli gundek raja
dek kerana marahkan raja
jebat bahagi-bahagikan harta negara
tanpa diduga
tuah datang menjelma
gembira jebat tidak terkira
kini sahabat setia sudah ada
"mari bang tuah,kita jadi penguasa,
kita momokan pemerintah raja,
kita dirikan istana buat kita berdua"
bujuk jebat
tuah berdarah setia
tuah keturunan melayu mulia
ditolak segala janji
kini jebat mahu dia uji
terkejut jebat dengan pegangan
lalu keris dihunus
taming sari di tangan jebat
helah perang di dada tuah
ketika jebat leka diri
tuah datang menikam dari kiri
tikaman bukan untuk mati
ini amaran bahawa kamu masih ada tujuh hari
malang jebat terasa walang
stateji tuah tidak dibaca
tujuh hari diberi untuk menghilangkan diri
jebat gunakan buat menambah beban diri
lalu seluruh melaka diamuk jebat
konon kini diderhakai sahabat
berita amuk dikhabarkan orang
menangis tuah kenangkan jebat
"tujuh
hari kuberikan buat bertaubat
kamu gunakan untuk menambah berat."
kesan tuah akan akibat
dilemparnya keris disarungnya ibadat
amuk jebat di hari ketujuh
tersepak duri di tengah bendang
mati ia dek bisa tulang
bukan kerana ditikam orang
hubaya-hubaya..
tareth.
|